JIKA
ALLAH TARIK NIKMAT SEGALANYA
PENDAHULUAN
Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu,
jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula
memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa
mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang
menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu,
mereka tetap juga berpaling - ingkar.
(Surah
al-An’am:46)
Ayat
ini menjelaskan kepada kita tentang apabila Allah mengambil kembali nikmat yang
telah diberikan kepada hambaNya?
Maka
dengan siapa kita akan meminta untuk dikembalikan nikmat tersebut?
Tazkirah
kali ini akan membincangkan tentang apa bila Allah menarik nikmat yang telah
diberikan kepada hambaNya.
Maka
di akhir tazkirah ini kita dapat mengambil manfaat dari segi pengajaran
terhadap segala pemberian Allah s.w.t kepada kita dengan menghargainya.
Manusia
tanpa pendengaran pasti sukar untuk mendengar sebarang perbicaraan. Apatah lagi
mendengar ayat-ayat Allah s.w.t.
Penglihatan
jika ia di tarik Allah s.w.t, maka kita tidak akan dapat melihat sekeliling
kita apatah lagi peluang kita untuk membaca al-Quran dan sebagainya.
Maka
bagaimanakah kita memanfaatkan peluang dan nikmat yang ada ini untuk kita
sama-sama gunakannya dan manfaatkannya di atas jalan Allah s.w.t.
MANFAATKAN
ANGGOTA DENGAN MENERIMA PERINGATAN
Berdasarkan
ayat di atas tadi, Allah menerangkan kepada kita bahawa terdapat golongan yang
telah diberikan nikmat anggota tubuh badan seperti mata dan telinga atas tujuan
untuk menerima segala peringatan dari Allah s.w.t.
Akan
tetapi malangnya mereka ini lebih suka untuk menolak segala seruan dan perintah
serta peringatan dari Allah dan RasulNya.
Kenapa?
Kerana mereka merasakan semua itu adalah sia-sia dan tidak sesuai untuk
diaplikasikan di dunia ini. Tetapi mereka silap.
Apakah
kita bersedia jika Allah menarik nikmat-nikmat tersebut? Sedangkan Allah sudah
memberinya kepada kita tetapi kita tidak menggunakannya untuk menerima
peringatan.
Kita
terus ingkar dan ingkar hinggakan kita lupa akan siapa kita di muka bumi ini.
Bukankah kita dalam usaha melahrkan diri kita
insan yang mukmin serta professional?
Maka
dalam usaha ke arah tersebut perlu untuk kita menilai kembali atas tujuan apa
Allah berikan segala nikmat anggota ini kepada kita?
MEMETERAI
HATI: HILANG PANDUAN
Seperti
lembu yang tidak di ikat, apabila dilepaskan maka ia boleh tersesat jauh tanpa
ada sebarang pegangan atau kawalan.
Begitu
juga kita. Tali taqwa yang sepatutnya mengikat hati kita dengan Allah s.w.t
jika ia hilang maka kita akan sesat.
Itulah
akan terjadi jika hati kita dimeterai oleh Allah s.w.t dan disebabkan itu kita
gagal untuk menerima sebarang peringatan.
Bahayanya
apabila hati dah mula gagal untuk menerima peringatan, maka kita akan terus sesat
hingga ke akhir hayat.
PELBAGAI
CARA PERINGATAN TETAPI TETAP INGKAR
Ada
golongan yang siang malam di beri peringatan. Pebagai cara peringatan
disampaikan. Melalui tazkirah, forum, video, papan kenyataan dan sebagainya
bagi menyampaikan amanat Allah s.w.t.
Akan
tetapi malangnya, peringatan itu seringkali diingkari.
Malah
mereka ini tetap berpaling dari peringatan tersebut. Persoalannya, adakah kita
tergolong dikalangan golongan tersebut?
Yang
apabila diberi peringatan, kita ingkar. Apabila dibacakan amanat-amanat Allah
dan RasulNya dia berpaling. Adakah kita sebegitu?
Maka
bermuhasabahlah kita dalam memastikan kita tergolong dikalangan umat yang
beriman dan beramal soleh.
Apabila
peringatan diingkari, maka jangan salahkan sesiapa jika Allah s.w.t menarik kembali
nikmat penglihatan dan pendengaran serta memetari hati kita dari sebarang
pedoman. Nauzubillah minzalik.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Manfaatkanlah
anggota tubuh badan terutama penglihatan dan pendengaran untuk menerima
peringatan dari Allah s.w.t dan RasulNya.
2. Rasulullah
s.a.w sentiasa mengingatkan kepada kita untuk sentiasa patuh dan taat akan
suruhan dan larangan Allah s.w.t.
3. Pastikan
hati kita tetap mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w bagi memastikan hati itu
tidak dimeterai dari sebarang peringatan.
4. Jangan
ingkar atau berpaling tadah kerana Allah s.w.t Maha Berkuasa terhadap sesuatu.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah aku hamba yang sentiasa ingkar dan berpaling tadah?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment