BERTANGGUNGJAWABLAH
SEBELUM KITA MENJAWAB
PENDAHULUAN
Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah
Al-Anfaal:27)
Allah
s.w.t telah mengingatkan kita tentang amanah yang dipikulkan. Amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada kita seharusnya kita perlu peka terahdapnya.
Kegagalan
kita untuk memikul amanah boleh mengundang bahaya buat kita di akhirat kelak
kerana ia akan dipersoalkan.
Maka
tajuk tazkirah kali ini akan membicarakan tentang topik “Bertanggungjawablah
sebelum Kita Menjawab”.
Realiti
umat Islam zaman kini mereka tidak lagi bertanggungjawab terhadap segala amanah
yang dipikulkan.
Mengelak
dari untuk bertanggungjawab seterusnya mendatangkan kezaliman pula pada orang
lain.
Dan
perbuatan itu adalah salah di sisi agama. Dan sudah tentu ia tidak patuh
shariah. Maka apakah peranan kita dalam memastikan tugas kita sebagai ketua
baik dalam organisasi, jabatan mahupun keluarga benar-benar bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan?
KITA
DIJADIKAN DENGAN TANGGUNGJAWAB
Dari air mani diciptakanNya, serta
dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
(Surah
al-‘Abasa:19)
Ayat
ini menjelaskan kepada kita bahawa kita diciptakan dengan dilengkapkan
persediaan untuk bertanggungjawab.
Maka
setiap kita ada tanggungjawabnya. Terutamanya tanggungjawab terhadap diri
sendiri. Bagaimana kita menghabiskan umur kita? Bagaimana kita manfaatkan diri
kita untuk agama dan ummah? Bagaimana kita memegang setiap amanah yang
diberikan?
Kesemua
itu sudah pasti akan disoal dan kita perlu menjawabnya. Jika kita gagal, maka
sudah tentu ke nerakalah kita.
Maka
sebab itu, kita perlu untuk belajar bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan.
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia
akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima
balasan)?
(Surah
al-Qiaamah:36)
Jelas
bahawa kita ini tidak akan terbiar begitu sahaja di dunia ini kecuali ada
tanggungjawab yang diberikan dan kita akan menerima balasan terhadap
tanggungjawab tersebut.
Maka
bermuhasabahlah kita dalam memastikan apa amanah yang kita pegang, kita
benar-benar bertanggungjawab ke atasnya.
GAGAL
BERTANGGUNGJAWAB PUNCA ZALIM
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada
langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan
memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada
mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan
persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat
perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Surah
al-Ahzaab:72)
Jelas
bahawa orang yang gagal memikul tanggungjawab kebiasaannya dia akan berlaku
zalim. Inilah yang kerap berlaku dalam zaman umat Islam ketika ini.
Ada
golongan yang suka menerima amanah yang banyak tetapi gagal untuk
bertanggungjawab ke atasnya, dan pada akhirnya dia telah melakukan kezaliman
terhadap orang lain.
Adakah
kita pemimpin yang begitu? Maka berawasilah dalam memastikan setiap
tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik.
Dan
tanggungjawab ketua juga adalah memastikan orang bawahannya melaksanakan apa
yang sepatutnya juga termasuklah menerapkan nilai-nilai murni dikalangan
mereka.
Mendidik
mereka erti tanggungjawab terutamanya tanggungjawab terhadap syarikat.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Janganlah
kita mengkhianati amanah yang diberikan.
2. Bertanggungajwablah
terhadap kesalahan yang berlaku dan sentiasa pastikan setiap kesalahan tidak
berulang kembali.
3. Gagal
bertanggungjawab bakal mengundang kepada kezaliman terhadap orang lain.
4. Setiap
kebertanggungjawaban pasti ada balasannya. Jika baik maka baiklah balasannya.
Begitulah juga sebaliknya.
5. Bermuhasabahlah
“Adakah aku benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment