APABILA
DISEBUT NAMA ALLAH
PENDAHULUAN
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah.
(Surah
al-Anfaal:2)
Ayat
ini menjelaskan perihal hati kita dengan Allah s.w.t. Hati yang sangat dekat
dengan Allah maka setiap kali disebut namaNya, pasti akan gementar.
Bagaimana
pula dengan kita? Seharian kita beribadah seperti solat sebagai contohnya,
adakah hati kita makin hari makin gementar?
Persoalkan
pada diri sendiri. Jika masih tidak ada rasa gentar atau takut, hati kita
sedang ada problem.
Bahayakah
hati jika ia problem? Sudah tentu sangat bahaya. Kerana ia adalah permulaan
terhadap keingkaran dan ketidakpatuhan kepada suruhan dan larangan Allah s.w.t.
Ini
yang kerap kita lihat berlaku di kalangan kita. Terlalu mudah untuk ingkar dan
terlalu payah untuk taat.
Kerna
hati itu tidak lagi gementar dengan nama yang menciptakan bumi dan langit, yang
menciptakan makhluk, yang menurunkan rezeki buat makhluk-makhlukNya.
LEBIH
GENTAR DENGAN NAMA MANUSIA
Kita
di zaman ini lebih gentar terhadap nama manusia berbanding Allah s.w.t sendiri.
Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Kita
takut dengan orang yang melakukan kezaliman, tetapi kita tidak pula takut
kepada tuhan yang menciptakan orang zalim tersebut.
Jika
nama manusia lebih kita gentar berbanding nama Allah dan sifat-sifatNya, maka
hati kita sedang tidak sihat.
Bukan
gentar tetapi hormat. Sepatutnya itu yang perlu berlaku. Staf perlu hormat
terhadap ketua, bukan gentar.
Gentar
dan takut hanya disandarkan kepada Allah s.w.t sahaja. Kerana itulah ciri-ciri
orang yang beriman.
AYAT-AYAT
ALLAH PENAMBAH KEIMANAN
Ketika
mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Dan
orang yang beriman ketika ayat-ayat itu dibaca, maka bertambahlah iman mereka.
Kerna
ayat-ayat itu memberi banyak peringatan kepada kita seterusnya menyedarkan kita
siapa kita sebenarnya di dunia ini.
Ayat-ayat
Allah yang berbentuk nikmat, seksaan, panduan dan sebagainya boleh menjadikan
iman kita benar-benar bertambah.
Oleh
itu, jika ditanya bagaimanakah ingin mnejadi mukmin yang soleh? Bagaimanakah ia
bermula?
Sudah
tentu dengan perhatikan ayat-ayat Allah s.w.t. Ambil iktibar darinya. Pelbagai
pengajaran yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.
Dalam
al-Quran, ada disebutkan tentang umat yang gagal kerana menolak ayat-ayat Allah
s.w.t. Ada juga umat yang berjaya kerana patuh dan taat akan perintah Allah
s.w.t.
Maka
ayat-ayat tersebutlah yang boleh membuatkan kita bertambah iman. Bukankah kita
sedang kea rah menjadi mukmin yang professional? Maka mulakanlah ia dengan
memperelokkan hati.
Belajarlah
untuk menjadikan hati sentiasa gementar setiap kali disebutkan nama Allah
s.w.t.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Perbaikilah
hati agar lebih gentar apabila disebutkan nama Allah s.w.t.
2. Hati
yang tidak gentar dengan Allah s.w.t adalah hati yang tidak sihat.
3. Hati
yang tidak gentar akan mudah menjadikan kita hamba yang ingkar.
4. Hormat
manusia dan takut pada Allah s.w.t.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah hatiku gentar setiap kali disebutkan nama Allah s.w.t?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment