Jubah

Jubah

Thursday, August 28, 2014

KAEDAH MELAYAN TETAMU PATUH SHARIAH

KAEDAH MELAYAN TETAMU PATUH SHARIAH
SAYANG ULAMA'
PENDAHULUAN

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan keterangan hadis ini, ia membawa maksud yang sangat mendalam kepada kita. Bagaimana Allah dan RasulNya mengajarkan kepada kita cara melayan tetamu dan memuliakannya.

Tazkirah kali ini akan kita bincangkan bagaimana cara melayan tetamu mengikut kepatuhan shariah yang sebenar.

Apabila kita bicarakan tentang tetamu, sudah tentu ia melibatkan orang luar yang hadir ke tempat kita.

Sebagai contoh di hotel, pelbagai jenis manusia yang datang dan hadir untuk menginap di hotel kita.

Persoalannya, bagaimanakah cara kita melayan tetamu tersebut? Adakah cara kita itu mengikut seperti yang diajarkan oleh Baginda Muhammad s.a.w?

Bagaimanakah pula cara bicara kita dengan tetamu? Adakah penuh sopan santun atau paksarela?

Dan bagaimanakah mimik muka kita? Adakah kita senyum dalam keadaan ikhlas atau terpaksa?

Dan bagaimana pula kita menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh tetamu? Adakah kita menyombong diri tanpa mengambil berat atau sebaliknya?

Dan yang terakhir bagaimana kita berlaku adil terhadap tetamu-tetamu kita? Adakah sama cara layanannya atau tidak?


MELAYAN TETAMU DENGAN PENUH KEADILAN

Kita dituntut untuk berlaku adil dalam melayan tetamu. Kita dilarang untuk berbeza-beza cara layanan terhadap tetamu yang datang.

Bagaimanakah baginda Rasulullah s.a.w melayan tetamu ketika mana ada tetamu datang ke rumah baginda?

Memberi layanan yang luar biasa kepada tetamu itu sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda mengajarkan kepada kita agar sentiasa melayan tetamu dan memuliakannya sebaik yang mungkin.

Memberi ruang yang terbaik untuk tetamu berehat, menyediakan makanan yang halal dan yang terbaik untuk tetamu makan, berkongsi pandangan jika ia memerlukan, dan sebagainya.

Dengan melayan tetamu secara adil, itu adalah salah satu konsep bagi sesebuah hotel yang patuh shariah.
Setiap tetamu adalah VVIP buat kita sebagai tuan rumah.

SENYUMAN ITU SUNNAH

Senyuman yang kita ukirkan buat tetamu itu sunnah. Maka perbuatan tersebut ada ganjaran pahala. Indahnya Islam kerana mengajarkan kepada kita bahawa dengan senyum itu boleh mengikat kasih-sayang di antara dua insan.

Membina hubungan yang baik melalui senyuman. Kegembiraan hadir pada tetamu apabila melihat tuan rumah melontarkan senyuman keikhlasan kepada mereka.

Dan baginda Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang sentiasa senyum dan membuatkan hati-hati yang manusia yang melihat terasa tenang.

Senyuman yang ikhlas dapat dibezakan dengan senyuman yang tidak ikhlas. Senyuman yang ikhlas automatik akan memberi layanan yang istemewa kepada orang yang disenyum itu.

Automatik kita sebagai tuan rumah akan memberi servis layanan yang terbaik yang tidak terjangkau oleh pemikiran tetamu kita.

SERVIS TERBAIK PATUH SYARIAH ADALAH DAKWAH

Ini adalah konsep dan tujuan sebenar. Dakwah tidak hanya disamapikan melalui khutbah atau ceramah atau tazkirah.

Tetapi dakwah itu akan sampai juga melalui dengan mempraktikkan akhlak yang baik.

Cara melayan tetamu mengikut sunnah baginda adalah akhlak yang boleh diikuti.

Ini adalah sunnah yang kita mula tinggalkan sedekit demi sedikit sedangkan Islam itu kaya dengan akhlak.

Berushalah untuk menunjukkan akhlak yang terbaik melalui penyediaan servis perkhidmatan kepada pelanggan dan tetamu kita.

Dan indahnya Islam itu hanya akan didapati dari orang Islam itu sendiri jika dia benar-benar orang yang beriman.

Maka oleh demikian, ayuh kiat semua bermuhasabah dan membina kembali dengan menyediakan servis perkhidmatan yang benar-benar patuh shariah bagi memenuhi sunnah baginda Rasulullah s.a.w.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Muliakanlah tetamu seperti mana yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

2.      Berlaku adillah terhadap tetamu yang hadir.

3.      Sentisa lontarkan sneyuman yang penuh keikhlasan kerana senyuman yang ikhlas akan memberi reflek untuk menyediakan layanan yang terbaik dan patuh shariah.

4.      Memberi perkhidmatan yang terbaik adalah merupakan salah satu dakwah kita di mana kita menunjukkan akhlak yang baik kepada tetamu/pelanggan.

5.      Ayuh kita menyediakan sebuah layanan yang terbaik dan patuh shariah seperti yang telah diajarkan oleh Islam buat pelanggan dan tetamu kita.


Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam

No comments:

Post a Comment