Jubah

Jubah

Tuesday, August 19, 2014

ALLAH PIMPIN HATI ORANG BERIMAN KE ARAH KETENANGAN

ALLAH PIMPIN HATI ORANG BERIMAN KE ARAH KETENANGAN
PENDAHULUAN

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah at-Taghabuun:11)

Berdasarkan ayat ini, ia menjelaskan kepada kita tentang keadaan orang yang beriman apabila didatangkan ujian dari Allah s.w.t.

Orang yang beriman apabila dirinya dilanda musibah atau bencana, sudah pasti dia akan berasa tenang. Kerana Mereka yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik Penolong terhadap sesuatu.

Maka tazkirah kali ini ,kita sama-sama ingin bermuhasabah bagaimanakah kita menghadapi dugaan hidup?

Apa yang akan terjadi jika hati tidak tenang apabila menghadapi musibah atau bencana? Benarkah jika hati tidak tenang, akal gagal berfungsi dengan baik untuk memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik?

Bagaimanakah Rasulullah s.a.w hadapi setiap ujian sehinggakan baginda berjaya membawa misi dakwah terhadap semua umat?

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun hadapi ujian dan ujian baginda sangatlah berat, inikan pula kita.
Kita diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk sentiasa meletakkan hati kita kepada Allah s.w.t setiap ujian yang mendatang.

Kerana dari Allah kekuatan itu datang. Sesiapa yang lemah imannya, sudah pasti Allah bukanlah tempat pertama yang akan dia sandarkan hatinya.

GAGAL UJIAN KERANA IMAN LEMAH

Kita sedia maklum bahawa setiap kita ada ujiannya. Dan ujian itu sama ada besar atau kecil atau lama atau sekejap, itu bergantung.

Apa yang meluluskan kita adalah sejauh mana iman kita ketika itu. Jika kuat iman, insyaallah kita bisa menghadapinya dengan baik.

Kerana berdasarkan ayat tadi Allah sudah memaklumkan bahawa orang yang beriman hatinya akan dipimpin ke arah ketenangan.

Rasulullah s.a.w. memulakan perjalanan dakwah baginda dalam keadaan persekitarannya yang jahiliah. Arab ketika itu yang menyembah berhala.

Bagaiamana ya baginda boleh hadapi semua itu? Dalam usaha meyakinkan orang lain untuk menerima agama Islam?

Nabi s.a.w di maki, dicederakan dan sebagainya, tetapi Baginda tetap utuh di atas misi dan matlamatnya.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita akan terus tetap teguh terhadap matalamat kita atau kita memilih untuk surrender?

Maka bermuhasabahlah. Kerana ada yang lebih kuat ujiannya berbanding kita.

KEJAYAAN SELEPAS BERTENANG

Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa tenang. Apa jenis ujian yang mendatang, baginda tetap hadapinya dengan tenang.

Sehingga baginda dapat membentuk sebuah kerajaan di madinah ketika itu. Dan seterusnya Islam berkembang luas sehinggakan umatnya makin bertambah dengan berbilang kaum dan bangsa.

Apakah rahsia kejayaan tersebut? Sudah pasti ia bermula dalam keadaan tenang. Bila kita tenang, akal dapat berfikir dengan baik. Apabila akal mampu berfikir dengan baik, sudah tentu kita akan dipimpin oleh Allah untuk mendapat jawapan yang terbaik.

Inilah usaha yang kita sedang cuba praktikkan dalam organisai kita. Pastikan ujian yang mendatang, dihadapi dengan cara yang lebih tenang.

Dan syarat untuk mendapat ketenangan itu adalah hanyasanya dengan beriman kepada Allah s.w.t.

Maka ayuh kita bermuhasabah kembali, adakah kita cukup beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya?

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Setiap individu akan hadapi ujian. Maka hadapilah ia dengan ketenangan.

2.      Contohilah baginda dalam menghadapi ketenangan kerana itulah contoh yang baik untuk kita.

3.      Untuk berjaya dalam ujian Allah, maka jadilah hamba yang beriman. Kerna orang yang beriman, hatinya akan dipimpin ke arah ketenangan.

4.      Allah s.w.t adalah sebaik-baik penolong. Maka letaklah pengharapan hanya padaNya sahaja.

5.      Bermuhasabahlah “ Adakah aku tenang setiap kali menghadapi ujian yang mendatang?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


No comments:

Post a Comment