Jubah

Jubah

Tuesday, August 19, 2014

PENEBUSAN DIRI YANG SIA-SIA

PENEBUSAN DIRI YANG SIA-SIA
PENDAHULUAN

Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.
(Surah ar-ra’d:18)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang akibat perbuatan kita yang akan menjadi punca kita pulang ke tempat yang tidak kita inginkan.

Maka tajuk tazkirah pada hari ini ingin sama-sama kita bermuhasabah tentang suatu penebusan diri yang sia-sia.

Apa yang dikatakan sebagai penebusan diri yang sia-sia?

Ayat yang disebutkan tadi sangat baik untuk kita ambil iktibar dalam usaha kita menongkah arus ke arah pembentukan sakhsiah diri.

Seperti hidup di dunia ini, membuat sesuatu yang sia-sia dengan hasil yang juga sia-sia, maka apakah itu adalah yang terbaik buat kita?

Sudah tentu tidak bagi golongan yang sentiasa berfikir. Kadang-kadang kita tidak tahu seajuh manakah amalan kita di sisi Allah s.w.t?

Sedangkan jelas dari ayat tadi bahawa orang yang menyahut seruanNya, maka baginya balasan yang baik.
Manakala bagi yang ingkar, buruk balasannya.

Maka penilaian dan tindakan yang bagaimanakah yang kita inginkan dalam hidup kita seterusnya memberi hasil yang terbaik di akhirat kelak?

MENGHARAPKAN BALASAN YANG BAIK

Seperti yang kita sedia maklum, buat sesuatu yang baik akan menghasilkan balasan atau keputusan yang baik.

Melaksanakan perintah Allah dan RasulNya, itu adalah sesuatu yang baik yang wajib kita laksanakan.

Tetapi malangnya perkara ini sukar diterjemahkan oleh sebahagian umat Islam sendiri. Kegagalan mereka memahami apa yang di suruh dan apa yang dilarang.

Maka disebabkan itulah nilai-nilai murni dan akhlak Islam susah untuk kita lihat wujud dikalangan mereka.

Maka bagaimanakah cara yang dapat kita lakukan untuk memastikan apa yang disuruh dibuat dan apa yang dilarang benar-benar ditinggalkan?

Maka ini perlu kita sama-sama muhasabah agar kita dan juga orang di bawah pimpinan kita mampu mengaplikasikannya mengikut apa yang telah ditetapkan.

APA YANG DIMILIKI, TIDAK DAPAT MENJADI TEBUSAN

Apa yang kita miliki di dunia ini, harta yang berlimpah ruah, jika kita cuba untuk menebusnya dengan sebab kita akan ditempatkan di tempat yang kita tidak inginkan di akhirat kelak, maka penebusan itu menjadi sia-sia.

Kerana jelas bahawa Allah tidak memandang semua itu. Maka berhati-hatilah kita. Dikhuatiri kita tersilap langkah dan pada akhinya kita gagal melaksanakan apa yang sepatutnya.

Kita sangkakan dengan segala benda yang kita miliki mampu membantu kita untuk menebus diri dari dikenakan seksaan dari Allah, tetapi malangnya sangkaan kita itu pasti salah.

Maka bermuhasabahlah kita. Dan kita tahu sekarang ini, tiada apa yang dapat menebus diri kita melainkan amal soleh sahaja.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Orang yang menyahut seruanNya, maka bagi mereka balasan yang baik.

2.      Orang yang menolak seruanNya, maka bagi mereka balasan yang buruk.

3.      Tiada apa yang dapat menebus diri kita melainkan amal soleh semata-mata.

4.      Pastikanlah kita dan juga orang bawah pimpinan kita benar-benar patuh akan seruan Allah.

5.      Bermuhasabahlah “ Adakah aku menyahut seruanNya atau tidak?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


No comments:

Post a Comment