Jubah

Jubah

Sunday, August 24, 2014

SEDANGKAN PAKAIAN YANG KOTOR PUN KITA CUCI

SEDANGKAN PAKAIAN YANG KOTOR PUN KITA CUCI
PENDAHULUAN

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
(Suraha al-Baqarah:175)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang terdapat golongan yang sanggup membeli kesesatan dan meninggalkan keampunan Allah s.w.t. Malah yang ajaibnya mereka sanggup untuk memilih menanggung seksaan api neraka.

Tazkirah kali ini ingin membincangkan tentang diri kita apabila hati kita sentiasa diselaputi dengan dosa.

Maka apakah penyelesaian yang kita buat untuk membersihkannya. Dalam membentuk individu yang hebat dan taat, maka perkara paling simple yang boleh kita lakukan seharian adalah dengan membersihkan dosa yang ada pada diri.

Kadang-kadang kita terfikir kenapa tiba-tiba kita menajdi jahat, ingkar dan marah sedangkan kita bukanlah begitu pada hakikatnya.

Kerna hati kita ketika itu sedang tercalit dosa. Apabila dosa mula tercalit, rahmat makin jauh. Apabila rahmat makin jauh, maka kita akan mula hilang panduan dan pimpinan.

Ini yang kerap berlaku dikalangan umat Islam kini di mana perubahan diri dari baik kea rah yang tidak baik berpunca dari kelaziman melakukan dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar.

Maka bagaimanakah kita dapat mengatasinya? Kita sedang membentuk sebuah jati diri yang berkualiti, dengan atas nama Islam itu sendiri.

Maka apakah peranan kita dalam membawa diri ke arah itu?

MENCUCI HATI YANG KOTOR DENGAN DOSA

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah an-Nisaa’:111)

Jelas pada ayat ini bahawa setiap dosa yang kita lakukan hanya mengundang bala pada diri kita sendiri. Tangan yang membuat dosa, maka diri akan menangung akibatnya juga.

Sedangkan pakaian yang kotor pun kita cuci, inikan pula hati. Apakah kita tidak mahu mencuci hati yang makin lama makin kotor?

Kita apabila melihat baju yang kotor sahaja pun dah tak senang duduk, keadaan jadi rasa serba salah dan serba tidak kena.

Bagaimana pula dengan hati? Tidak gelisahkah kita apabila kita mula dipandang semacam oleh orang lain. Orang yang kerap melakukan dosa diri dia akan dijauhi.

Sama seperti pakaian yang kotor dan busuk. Sifat manusia yang suka yang bersih dan wangi. Dan itu yang membuatkan manusia tertarik.

Maka cucikanlah dosa di hati agar ia menjadi ‘wangi’ dan bersih dari sebarang tingkah laku yang negative yang boleh membuatkan orang disekeliling kita menjauhkan diri dari kita.

SEJERNIH HATI BAGINDA S.A.W

Cubalah pimpin hati kita agar ia sentiasa menjadi jernih seperti hati baginda Muhammad s.a.w di mana baginda ini menjadi insan yang sentiasa dirindui.

Begitulah akhlak dan sikap yang kita inginkan. Sucinya hati akan memberi kesan pada tingkah laku dan akhlak kita.

Bila berjauhan dirindui, bila berdekatan dihormati. Inilah konsep yang kita cuba wujudkan dalam organisasi kita dalam melahirkan pekerja-pekerja yang sentiasa berakhlak baik seperti akhlak baginda Muhammad s.a.w.

Cuba elakkan dari mengotorkan hati dengan sikap-sikap negatif kerana ia boleh mengundang pada dosa.

Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.
(Surah al-An’am:120)

Jelas bahawa Allah s.w.t menyuruh kita meninggalkan dosa kerana setiap dosa itu ada balasannya.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Peliharalah hati dari kekotoran dosa.

2.      Jadilah insan yang dirindui dan dihormati sepanjang masa.

3.      Bersihkan hati dengan sentiasa berakhlak yang baik.

4.      Tinggalkan dosa kerana baginya ada balasan.

5.      Bermuhasabahlah “ Sudahkah hati aku dibersihkan dari dosa?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam 

No comments:

Post a Comment