BAHAYA
MEMESONGKAN
JALAN
ORANG YANG MENCARI KEBENARAN
PENDAHULUAN
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat,
dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu
menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam
kesesatan yang jauh terpesongnya.
(Surah
Ibrahim:3)
Aya
ini menjelaskan kepada kita beberapa perkara di mana sebagai individu muslim
kita boleh mengambil manfaat darinya.
Tajuk
tazkirah ini ingin membicarakan tentang bahaya memesongkan jalan orang yang
mencari kebenaran.
Apakah
maksudnya? Iaitu apabila kita dengan sengaja menukar laluan orang-orang yang
beriman ke arah kesesatan dan kemungkaran.
Dan
orang yang sengaja menukar laluan tersebut, maka baginya kesesatan yang
berpanjangan yang pada akhirnya dia akan menemukan sebuah tempat yang menjadi
idaman setiap jiwa yang mengingkari perintah Allah s.w.t.
Ada
ke wujud golongan sebegini? Sudah tentu ada. Siapakah golongan ini? Kenapa dia
berlaku demikian?
Maka
pada hari ini ayuh kita mengambil pengajaran dari ayat suci al-Quran bagi
memelihara kita dari terpesong dari ajaran Islam itu sendiri.
UTAMAKAN
DUNIA BERBANDING AKHIRAT
Berdasarkan
ayat di atas, Allah ada sebut bahawa orang yang utamakan dunia berbanding
akhirat, maka dia akan sesat dengan kesesatan yang sangat jauh.
Jadi
sekarang kita boleh tahu kenapa kadang-kadang kita rasa seperti jauh dengan
agama kita sendiri?
Kita
rasa dunia itu lebih penting berbanding akhirat. Buktinya? Ialah apabila segala
suruhan Allah dan laranganNya kita pandang sepi dan sunyi.
Perkara
yang jelas haram kita seronok buat. Perkara yang jelas wajib dan dituntut, kita
buat dek je.
Kenapa
ya perkara ini boleh berlaku? Kerana masih ada disudut hati kita perasaan
utamakan dunia berbanding akhirat.
Dan
sekarang kita boleh nampak apabila kita rasa seolah-olah kita sedang tersesat
jauh. Kita akan gagal mendapat kebahagiaan dan kemenangan dalam organisasi jika
kita memilih untuk terlalu utamakan dunia.
Adakah
utamakan akhirat bermaksud kita hanya beribadah sahaja tanpa bekerja? Sudah
tentu tidak. Apa yang kita perlu lakukan adalah memastikan perjalan kerjaya dan
organisasi kita adalah patuh shariah dan menerapkan elemen-elemen prinsip dan
nilai-nilai murni Islam dalam organisasi.
HALANG
MANUSIA KE JALAN ALLAH
Dan
salah satu punca kita akan sesat jauh adalah apabila kita menghalang manusia
dari melalui jalan-jalan Allah.
Apakah
jalan-jalan Allah? Iaitu sebagai contoh jalan-jalan keampunan. Apabila terdapat
golongan yang ingin bertaubat, maka jangan menghalang jalannya.
Kerana
Allah sedang membuka jalan pintu taubat untuknya. Jika kita memperlekehkannya
atau menyindirnya dnegan tujuan untuk mematahkan semangatnya untuk pulang ke
jalan Allah, maka kita akan disesatkan hingga sampai ke pintu neraka.
Maka
berawasilah kita dengan keadaan sekeliling kita. Jika ada yang sedang menuju ke
pintu taubat, maka galakkanlah ia. Jika ia terpesong jauh, maka nasihatkanlah
ia. Kerana umat Islam itu adalah bersaudara.
Dan
kita janganlah memesongkan jalan-jalan orang yang menuju ke jalan Allah dengan
sengaja atas tujuan untuk kepuasan diri atau tujuan mengajak manusia untuk
cintakan dunia.
Sebagai
contoh apabila kita nampak ada individu yang sedang berubah, kemudian kita
pesongkan jalannya dengan mengajaknya untuk cintakan dunia, maka kita juga
adalah golongan yang akan disesatkan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah
s.a.w adalah pemimpin yang sentiasa memastikan umatnya berada di atas jalan
yang betul. Kita adalah pemimpin yang bagaimana? Maka bermuhasabahlah kita
dalam usaha menajdi pemimpin yang hebat seperti baginda Rasulullah s.a.w.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Janganlah
terlalu utamakan dunia kerana akhirat adalah tempat terakhir setiap jiwa.
2. Jangnalah
menghalangi manusia dari melalui jalan Allah.
3. Janganlah
memesongkan jalan-jalan orang yang sedang mencari kebenaran.
4. Jadilah
pemimpin seperti Rasulullah s.a.w yang sentiasa memastikan umatnya berada di
atas jalan yang benar.
5. Bermuhasabahlah
kita ‘Adakah kita pemimpin yang sedang memimpin orang-orang bawah pimpinan
kita ke arah jalan yang benar atau tidak?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment