SISTEM PENGURUSAN SHARIAH:
KE ARAH KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR
PENDAHULUAN
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu
umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam
menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah
kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat
kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan
padanya.
(Surah
al-Maidah:48)
Tazkirah
kali ini ingin membincangkan dan mengupas satu ayat dari ayat yang terdapat di
dalam al-Quran iaitu dari Surah al-Maidah 48.
Apabila
kita membicarakan tentang sistem pengurusan shariah di dalam sesebuah
organisasi, apakah objektif kita yang pertama?
Apakah
target yang ingin kita inginkan pada hakikatnya? Apakah yang akan terjadi jika
kita tidak melaksanakan sistem pengurusan shariah ini?
Maka
persoalan-persoalan ini akan kita jawab dan seterusnya dapat membuka minda kita
akan pengetahuan terhadap tujuan pengaplikasian sistem pengurusan shariah.
AL-QURAN
SEBAGAI PEMBAWA KEBENARAN
Seperti
yang kita sedia maklum bahawa al-Quran adalah sumber utama kita sebagai umat
Islam selain dari Hadis, Ijma’ dan Qiyas.
Apabila
al-Quran menjadi rujukan utama, maka setiap kehidupan kita berkaitan dengannya.
Nak tak nak kita perlu patuh akan segala apa yang disuruh dan apa yang
dilarang.
Dalam
mengaplikasikan sistem pengurusan shariah, sudah tentu al-Quran menjadi aspek
penting untuk rujukan kita.
Sistem
pengurusan shariah yang kita tahu sangat hebat di mana ia datang dari
pengolahan melalui 4 sumber yang disebutkan tadi.
Jadi
setiap hukum, pasti akan melaluinya terlebih dahulu dalam memastikan ia
benar-benar di atas jalan shariat Islam.
MENGELAK
SISTEM MENGIKUT HAWA NAFSU
Kadang-kadang
kita ini terlalu terikut-ikut dengan sistem luar yang pada pandangan kita
terdapat unsur-unsur yang melibatkan hawa nafsu dan emosi.
Ini
yang kita cuba nak elakkan. Kita mengatur satu sistem mengikut hawa nafsu kita.
Jika ia tidak kena dengan cara dan trend kita, kita tolak. Dan begitu
sebaliknya. Walaupun ia bertentang dengan syariat Islam.
Inilah
yang berlaku dikalangan umat Islam sekarang. Meletakkan hawa nafsu sebagai
rujukan utama berbanding shariat Islam.
Sistem
shariat Islam memang hebat. Cuba perhatikan sejarah-sejarah terdahulu.
Kejayaan-kejayaan umat Islam dalam membina tamadun.
Dengan
sumber apakah yang mereka pakai? Sudah tentu hanyasanya dari 4 sumber tersebut.
Membina kejayaan dan kekayaan dengan mempraktikkan sistem pengurusan shariah.
SHARIAT
YANG WAJIB KITA IKUTI
Ayat
di atas juga menerangkan kepada kita tentang kewajipan mematuhi shariat Islam.
Apa yang dikatakan wajib?
Jika
tidak ikut apa akan terjadi? Sudah tentu Allah s.w.t Maha Mengetahui setiap
kejadian yang Dia ciptakan.
Dia
Maha Mengetahui akan kemampuan manusia dan apakah sistem yang da[at mengawal
hawa nafsu manusia.
Maka
bukalah minda untuk bersedia mempraktikkan sistem pengurusan shariah
sepenuhnya.
SISTEM
PENGURUSAN SHARIAH TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
Hebatnya
Islam kerana telah disediakan satu sistem pengurusan shariah di mana ia boleh
diaplikasikan di setiap sudut kehidupan kita.
Rasulullah
s.a.w mengajarkan kepada kita bagaimana membina sebuah pengurusan yang terbaik
baik dari segi pengurusan terhadap pekerja, pengurusan terhadap pelanggan, cara
berkomunikasi, pengurusan muamalat dan sebagainya.
Jika
kita inginkan kejayaan dan keuntungan yang berlipatganda, maka laksanakan
sistem pengurusan shariah ini, di mana Allah sedang menyimpan rezeki kita itu
sementara waktu jika kita ingin benar-benar menajdi orang yang bertaqwa.
Ayuh
kita kembali membawa kegemilangan umat yang terdahulu, membina tamadun dan
kejayaan yang terbaik dari sudut pengurusan, kelimuan, dan sebagainya.
Hanya
tinggal kita mencontohi yang terbaik untuk menajdi yang lebih terbaik di masa
akan datang.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1.
Bukalah
minda kita untuk menerima sistem pengurusan shariah ini dengan hati yang
terbuka dan kesediaan dalam mengaplikasikannya secara bersungguh-sungguh.
2.
Sistem
shariah itu sangat hebat. Maka manfaatkanlah ia untuk tindakan yang luar biasa.
3.
Ayuh
kita pahat sejarah dan menjadikan sejarah kita dikenang oleh umat Islam yang
lain.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment