TAZKIRAH
RAMADHAN 12
JALAN
KEMENANGAN BUAT SANG MUKMIN
PENDAHULUAN
Apakah
ia jalan kemenangan sang mukmin? Seringkali kita mendengar kisah-kisah orang
yang berjaya dan menang dalam apa jua bidang atau tugasan.
Hanya
kerana mereka mengikut jalan yang betul dan benar. Jika betul jalannya, pasti
kemenangan itu akan jadi mudah.
Walaupun
jalan itu berliku, tetapi jika ia berlandasakan dengan panduan yang sahih, maka
baginya kejayaan di penghujungnya.
Bagaimana
pula dengan Ramadhan kita? Adakah kita melalui Ramadhan dengan jalan yang
betul?
Apakah
kita taat segala suruhan dan meninggalkan segala larangan sepanjang kita
melalui jalan-jalan bulan Ramadhan ini?
Maka
nilailah kembali. Kadang-kadang kita sangkakan kita di atas jalan yang betul,
akan tetapi hakikatnya ia adalah salah. Buktinya di akhir penghujung Ramdahan
kita, kita gagal mencapai kemenangan sebagai seorang mukmin.
Bukankah
kemenangan yang hakiki di bulan Ramadhan adalah apabila kita dapat berubah
secara menyeluruh lebih baik dari sebelumnya?
Pekara-perkara
salah atau yang haram yang kita lakukan adakah kita sudah tinggalkannya?
Jika
belum dan masih di bulan Ramadhan ini tiada perubahan, maka itu tandanya kita
sedang lalu jalan Ramadhan yang lain yang tidak sama dengan umat Islam yang
lain.
Maka
kemenangan yang bagaimanakah yang kita inginkan lagi jika kemenangan yang
sepatutnya kita dapat kita gagal meraihnya hanyasanya kita tidak benar-benar
patuh atas ketaatan jalan yang yang telah ditetapkan.
HIJRAH
JALAN KEMENANGAN
Dan sesiapa yang
berhijrah pada jalan Allah
(untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini
tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar
dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia
mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap
pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
(Surah an-Nisaa’:100)
Jelas pada ayat ini bahawa jika seseorang itu berhijrah pada
jalan Allah, maka baginya pintu rezeki yang sangat luas.
Bagaimanakah
dengan kita? Adakah kita berhijrah kerana Allah s.w.t? Cuba perhatikan sejenak
kehidupan kekeluargaan kita, kerjaya kita dan sebagainya.
Adakah
kesemuanya itu sedang kita hijrahkan kerana Allah s.w.t? Jika ya, maka Alhamdulillah.
Oleh
itu, jika kita inginkan kemenangan di dunia dan akhirat, jadikan hijrah kita
adalah kerana Allah s.w.t.
Rezeki
untuk kita itu ada. Akan tetapi ia tertahan kerana dek dosa yang kita lakukan.
Diriwayatkan dari hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda: “Sesungguhnya
seseorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya” (HR.
Ahmad)
Maka
tetap teguhlah atas jalan Allah s.w.t jika kita adalah kaum yang mahu beringat
dan insaf.
Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus.
Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu,
bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
(Surah
al-An’am: 126)
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Jadikan
Ramadhan kali ini Ramadhan yang membawa kita ke jalan kemenangan.
2. Berubahlah
kerana Allah dan RasulNya, bukan kerana manusia.
3. Berhijrahlah
kita ke arah kebaikan kerana padanya ada rezeki yang luas.
4. Peliharalah
diri dari dosa kerana rezeki itu tertahan dek disebabkan dosa.
5. Bermuhasabahlah
“ Jalan bagaimanakah yang kita ingin pilih lagi selain jalan Islam yang
telah Allah tetapkan buat umat manusia?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment