Jubah

Jubah

Monday, July 21, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN 10: MUKMIN DAN SYIAR ISLAM

TAZKIRAH RAMADHAN 10
MUKMIN DAN SYIAR ISLAM
PENDAHULUAN

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
(Surah al-Hajj:32)

Jelas pada ayat ini bahawa, orang-orang yang menghormati syiar Islam, memeliharanya dengan baik, itu tandanya dia adalah orang yang bertaqwa.

Bagaimana dengan kita sekarang ini? Adakah kita menghormati syiar-syiar Islam? Adakah kita menghormati setiap kepatuhan shariah yang kita laksanakan?

Dalam usaha kita membangunkan kepatuhan shariah di dalam pengurusan dan pentadbiran, kita kena kembali pada matlamatnya iaitu dalam usaha mewujudkan sebuah pengurusan dan pentadbiaran yang bersih dan telus.

Dan usaha kita bersama dalam melahirkan individu yang mukmin dan professional di kalangan pekerja-pekerja kita.

Apabila kita bicara tentang syiar Islam, pernahkah kita terfikir sejauh manakah ketaqwaan kita pada Allah s.w.t?

Pada level manakah tahap ketaqwaan kita dengan Allah s.w.t? Jika kita menentang syiar Islam, maka jelas kita berada di paras bahaya.

Jika kita menghormatinya, maka kita ada ciri-ciri sifat orang bertaqwa.

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
(Surah al-Baqarah:103)

Tiadak mahukah kita menggapai janji Allah ini? Orang yang beriman pasti akan berkejar-kejaran untuk mendapatkannya.

BERKATA-KATA BAIK PADA PENENTANG KEBENARAN

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
(Surah al-Israa’:53)

Sebagai invidu muslim, wajar bagi kita untuk berkata-kata yang baik. Sama ada sesama rakan sekerja atau orang lain yang menentang kita.

Dan berawasilah kita dengan syaitan. Jangan biarkan mereka memporak-perandakan kehidupan kita, baik dalam organisasi, keluarga mahupun masyarakat.

Jika kita berselisih pendapat, berkata-katalah dengan yang baik-baik.

Hebatnya Rasulullah s.a.w hinggakan dirinya disegani oleh pihak musuh. Hanyasanya baginda memiliki akhlak yang mulia.

Setiap tutur bicara baginda, membuatkan pendengarnya rasa tenang. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sebegitu atau sebaliknya?

Adakah setiap kali kita bicara pasti akan menyakitkan hati orang lain? Jika ya, maka jauhilah ia.

Tegakkan syiar Islam di mana kita berpijak, dan berkata-katalah dengan perkataan yang baik, kerana itu sifat orang yang bertaqwa.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Hormatilah syiar-syiar agama Allah jika kita ingin memilki sifat orang yang bertaqwa.

2.    Berusahalah dalam mempraktikkan syiar Islam di mana sahaja kita berpijak, kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai invidu muslim.

3.      Pelihara bicara kita dan contohilah Rasulullah s.a.w dalam kaedah berbicara.

4.      Bekata-kata baik terhadap orang yang menentang usaha kita dalam menegakkan syiar Islam.

5.      Bermuhasabahlah “ Benarkah kita adalah mukmin yang bertaqwa sekarang ini?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam

No comments:

Post a Comment