Jubah

Jubah

Sunday, July 6, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN 5: SIHATKAN HATI SEJAHTERAKAN AKAL

TAZKIRAH RAMADHAN 5
SIHATKAN HATI SEJAHTERAKAN AKAL
PENDAHULUAN

Bagaimanakah Ramadhan kita ketika ini? Adakah hati kita sedang sihat walafiat? Hati yang sihat adalah hati yang jauh dari sebarang unsur-unsur negatif.

Apakah unsur-unsur negatif yang boleh menyakitkan hati? Salah satu penyakit hati yang negatif adalah seperti mana yang dialami oleh sang munafik iaitu syak dan hasad dengki.

Allah s.w.t berfirman:

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Surah al-Baqarah:10)

MasyaAllah..Adakah hati kita sedang menghadapi penyakit ini? Jika ya, maka segeralah merawatnya.
Bagaimana pula dengan akal? Adakah ia sedang sejahtera? Sejahtera dari pemikiran-pemikiran atau ideolagi yang tidak sihat?

Di mana ia boleh membawa diri kita ke arah kehancuran dan kebinasaan. Akal yang sejahtera mampu mengawal dan memelihara diri dari sebarang perbuatan yang tidak baik.

Seseorang yang mampu berfikir secara waras dan nasional, sudah pasti akan berfikir dahulu sebelum bertindak.

Demi menjaga kemaslahatan diri mahupun keluarga, pasti kita perlu berfikir dan memastikan setiap tindakan adalah benar-benar di atas jalan yang lurus.


HIKMAH ORANG YANG BERAKAL

Allah s.w.t berfirman:

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakanakal fikirannya.
(Surah al-Baqarah:269)

Jadi jelas, orang yang berakal, akan mengambil pengjaran dan peringatan. Dari sumber mana? Sudah tentu dari sumber al-Quran dan hadis yang sahih.

Oleh sebab itu, kita dituntut untuk memahami isi al-quran. Di dalam al-quran terdapat banyak pengajaran dan pedoman yang boleh kita ambil untuk dipraktikkan di dalam hidup kita.

Contohnya dalam bab rumahtangga bahagia ke, pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang ke, sains dan kejadian alam ke, dan sebagainya.

Maka jadilah orang yang berilmu iaitu orang yang sentiasa mencari kebenaran dan pengajaran khususnya melalui al-Quran dan hadis.

HATI ROSAK KERANA MEMILIH KESESATAN

Ada orang yang masih memilih untu hidup dengan kesesatan. Apa yang dikatakan kesesatan ini? Iaitu apabila dia sudah diberi petunjuk dan panduan melalui al-Quran, akan tetapi dia tetap memilih jalan yang sesat.
Maka ini adalah punca hati makin rosak. Apabila hati rosak maka diri juga akan binasa.

Allah s.w.t berfirman:
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
(Surah an-Nisaa’:44)

Jelas pada ayat ini ada terdapat golongan yang sebegini di mana dia sudah sesat dan dia berusaha mengajak orang lain sesat bersamanya. Menolak ayat-ayat Allah s.w.t dan mengjak orang lain untuk turut sama.

SIHATKAN HATI SEJAHTERAKAN AKAL

Oleh itu, ambillah kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk sihatkan hati dan sejahterakan akal. Sihatkan kedua-duanya dengan mengawal hawa nafsu.

Jika berbuka, maka berbukalah dengan juadah yang berpada-pada. Jika bershopping, bershoppinglah dengan sekadarnya. Jika bergembira, ikutlah syariat yang telah ditetapkan.

Hati yang rosak adalah hati yang lalai dalam mengingati Allah dan tidak patuh akan ketaatan padaNya. Akal yang rosak adalah akal yang cenderung untuk melakukan sesuatu yang luar batas seorang muslim iaitu kecenderungan untuk melakukan kemungkaran dan kejahatan.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Sihatkanlah hati dengan banyak mengingati Allah.

2.      Sihatkan akal dengan sentiasa membaca al-quran dan memahaminya.

3.      Elakkan dari rosaknya hati dan akal dengan mengikut hawa nafsu.

4.      Muslim yang hebat adalah muslim yang sihat hatinya dan sejahtera akalnya.


Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam

No comments:

Post a Comment