TAZKIRAH
RAMADHAN 11
TANGGUNGJAWAB
UNTUK MENASIHATI
PENDAHULUAN
Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas
orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek)
itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah
itu) supaya mereka bertaqwa.
(Surah al-An’aam:69)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita bahawa kita tidak akan dipertanggungjawabkan atas dosa-dosa orang
lain, melainkan setelah kita menasihati mereka.
Tugas kita sebagai
individu muslim adalah menasihati orang lain akan kebaikan dan ketaatan
terhadap Allah dan RasulNya.
Selain kebaikan, apakah
lagi yang boleh kita nasihatkan? Iaitu nasihat berkaitan dengan larangan Allah
s.w.t.
Percaya atau tidak
reality umat sekarang suka buat sesuatu yang Allah larang, dan berat untuk
lakukan yang Allah suruh.
Adakah kita tergolong
di kalangan orang-orang yang demikian?
Dan tujuan kita saling
menasihati adalah kerana satu perkara iaitu adalah untuk menjadi orang yang
bertaqwa.
Seperti yang kita
ketahui, setiap kita bertanggugjawab dalam menasihati tetapi kita tidak
dipertanggugjawabkan atas dosa jika mereka menolak nasihat yang diberikan.
Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai
Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada
orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.
(Surah al-Baqarah:119)
Jelas bahawa orang yang
menasihati tidak akan dipertanggungjawabkan jka golongan tersebut menolak
nasihatnya itu.
JANGAN TAKUT DALAM
MENYAMPAI KEBENARAN
Apakah kita pernah
terfikir bagaimanakah Rasulullah s.a.w berani dalam menyampaikan dakwahnya?
Itulah hebatnya
baginda. Adakah kita mampu seperti baginda?
Cuba kita mulakan di
tempat kerja. Mendidik rakan sekerja tentang syariat Islam, akhlak yang soleh
dan solehah dan sebagainya.
Putus asa? Jangan
berputus asa. Apakah kita tegar untuk melihat sahabat handai kita, ahli keluarga
kita dicampakkan ke dalam api neraka?
Sudah tentu tidak. Maka
kita memainkan peranan yang sangat penting selaku individu muslim.
Orang yang nampak dan
menerima kebenaran maka ia memberi faedah pada dirinya. Allah s.w.t berfirman:
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya
telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari
Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu
serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa
buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya
sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Surah al-An’aam:104)
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Berusahalah
untuk saling menasihati antara satu sama lain terhadap syariat Allah s.w.t.
2.
Nasihatlah
dengan penuh hikmah kerana itu adalah cara Nabi Muhammad s.a.w
3.
Orang yang
menerima kebenaran, maka faedah kembali pada dirinya.
4.
Bermuhasabahlah
“ Apakah sumbangan kita dalam menegakkan syariat Allah s.w.t?”
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment