TAZKIRAH
RAMADHAN 7
MEMANFAATKAN
PELUANG YANG ADA
PENDAHULUAN
Allah
s.w.t berfirman:
Pada waktu itu Kami
meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada)
tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki
mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Surah
Yaasiin: 65)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang
keadaan di akhirat kelak di mana setiap amal perbuatan kita akan dihisab.
Dari
sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kesemuanya akan
dinilai oleh Allah.
Ketika
mana mulut akan dikunci, dan kaki serta tangan yang akan menjadi saksi.
Adakah
ketika hayat kita, kita telah memanfaatkan diri kita pada jalan Allah atau
tidak?
Bagaimanakah
umur, harta, tenaga dihabiskan? Adakah kerana Allah atau kerana perkara lain?
Maka
bermuhasabahlah kita sebaik-baiknya. Jika hayat kita tidak dimanfaatkan
semata-mata kerana Allah, maka kelak di akhirat kita akan rugi.
Oleh
itu, manfaatkan peluang yang ada. Pada saki-baki umur yang tinggal ini, perelokkanlah
kembali ibadah kita, pertingkatkan lagi amal jariah kita, berusahalah
menghindari segala pebuatan yang boleh mebawa kita kepada perbuatan dosa.
Apakah
kita masih berkira-kira untuk membiarkan peluang ini hilang begitu sahaja?
Ramadhan, membuka peluang itu ketika ini. Terima atau tidak itu adalah pilihan
kita sebagai orang Islam.
PERMOHONAN
DITOLAK
Permohonan
apakah yang ditolak? Allah s.w.t berfirman:
Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab
atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan
jika mereka memohon peluang untuk
mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang
diterima permohonannya.
(Surah
Fussilat: 24)
Jelas
bagi kita bahawa orang yang telah ditempatkan di neraka, maka baginya tiada
lagi peluang untuk memohon keredhaan Allah s.w.t.
Allah
s.w.t telah menutup pintu taubatnya di akhirat kelak. Maka persoalannya adalah
adakah kita tidak diberi peluang ketika hayat ini? Sudah tentu telah diberi
peluang.
Maka
kenapa kita masih memilih untuk keluar dari jalan yang benar dan jalan yang
telah disyariatkan Allah s.w.t?
Maka
disitulah kita perlu perhatikan diri kita semula. Adakah kita benar-benar
berada di jalan yang lurus.
AYAT
ALLAH DIJADIKAN EJEKAN
Allah
s.w.t berfirman:
"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah
kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan,
dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan
dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan
mereka tidak diberi peluang untuk
bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
(Surah
al-Jaathiyah:35)
Jelas
pada ayat ini bahawa orang-orang yang menjadikan keterangan ayat-ayat Allah
sebagai bahan ejekan ketika di dunia, maka apabila dia dicampakkan ke dalam
neraka, tiada peluang baginya pintu taubat.
Adakah
kita sedang mengejek-ejek ayat-ayat Allah s.w.t? Jika ya, maka apakah
keterangan ayat-ayat Allah yang sedang kita jadikan bahan ejekan?
Maka
berawasilah kita terhadap perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam,
halal-haram dan dosa pahala.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Manfaatkan
peluang yang ada untuk bertaubat.
2. Peluang
hanya diberikan ketika mana kita masih hidup.
3. Jadikan
bulan Ramadhan sebagai bulan taubat nasuha.
4. Carilah
keredhaan Allah di dunia ini, supaya kita dipilih Allah s.w.t untuk menjadi
ahli syurgaNya.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah aku sedang memanfaatkan peluang yang ada, atau aku ingin terus
mengejek-ejek segala keterangan ayat-ayat Allah s.w.t?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment