Jubah

Jubah

Monday, July 21, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN 8: 10 MALAM TERAKHIR

TAZKIRAH RAMADHAN 8
10 MALAM TERAKHIR
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,(1)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?(2)
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3)
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);(4)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(5)

(Surah al-Qadr:1-5)

Bagaimanakah 10 malam terakhir kita? Seperti yang kita ketahui, 10 malam terakhir padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Peluang yang ada setahun sekali. Mungkin dalam seumur hidup. Maka apakah yang kita akan buat untuk mengambi manfaat darinya?

Apakah yang kita akan doa ketika malam lailatul Qadar? Maka peluang ini jangan disia-siakan.
Seperti mana apabila kita mendapat tahu ada mega sale dari tempoh sekian sekian, maka ketika itu kita rasa sangat teruja.

Kita akan berusaha untuk mendapat barangan pilihan kita. Berebut-rebut untuk mendapat hasil belian.
Maka begitu jugalah kita dengan 10 malam terakhir. Berlumba-lumba membuat kebaikan. Kerana padanya ada pahala yang berganda-ganda.

MOHON AMPUN SEBENAR-BENAR AMPUN

Di malam-malam terakhir, apakah kita berasa dosa kita sudah terampun? Cukup yakinkah kita? Jika tidak, maka apakah tindakan kita?

Maka beristighfar dan berdoalah kepada Allah agar diampunkan segala dosa samada dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Sahih Bukhari)

TIINGKATKAN IMAN MALAM-MALAM TERAKHIR

Apa yang kita risaukan ialah jika di bulan Ramadhan pun iman kita tidak kuat, maka bagaimanakah kita akan hadapi di luar bulan Ramadhan?

Sudah bersediakah hati kita menghadapi tentangan dari syaitan? Syaitan tidak akan pernah redha jika manusia itu masuk ke syurga Allah. Mereka akan berusaha membawa kita bersama mereka ke lembah neraka.

Dan kita telah diebri amaran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Maka bagaimana kita mengahdapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah al-Baqarah:208)

Maka bagaimanakah persediaan kita? Cukup kuatkah atau masih lemah? Maka bermuhasabahlah kita.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Manfaatkanlah malam lailatul qadar dengan mempertingkatkan amal ibadah.

2.      Harapkanlah keampunan dari Allah dengan bersungguh-sungguh.

3.      Perkuatkan iman kita kerana selepas Ramadhan, syaitan akan menyambung semula tugasnya iaitu menyesatkan manusia.

4.      Jadikan malam-malam terakhir adalah malam yang dirindui dengan bulan Ramadahan ini.

5.      Bermuhasabahlah “ Apakah persediaan kita pada malam-malam terakhir ini?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


No comments:

Post a Comment