TAZKIRAH
RAMADHAN 3
KE
ARAH UMAT YANG BERDISIPLIN
PENDAHULUAN
Datangnya
bulan Ramadhan membawa seribu satu rahmat. Banyak kelebihan Ramadhan yang boleh
kita raih pada bulan tersebut.
Dan
salah satunya ialah apabila ia merupakan peluang untuk kita sebagai umat Islam
untuk belajar mendisiplinkan diri.
Pentingkah
ia untuk kita lakukan? Sudah tentu. Kerana dengan mendisiplinkan diri,
kredibiliti umat Islam itu terjaga, di mana seperti yang kita tahu bahawa Islam
itu kaya dengan akhlak.
Apa
yang akan terjadi jika umat Islam tidak mendisiplinkan diri? Sudah tentu mereka
akan dilabel sebagai pemalas, pengampu, tidak menepati masa, tidak terurus,
selekeh dan sebagainya.
Apakah
hal sebegini yang kita inginkan sedangkan ini adalah perkara yang kontradik
dengan sifat-sifat Islam itu sendiri dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w?
Maka
berusahalah kita untuk menjadi umat yang berdisiplin. Berdisiplin demi menjaga
nama Islam itu sendiri.
Tetapi
bagaimana kita ingin mengambil peluang belajar untuk mendisiplinkan diri di
bulan Ramadhan?
Apakah
nilai-nilai murni yang ada di bulan Ramadhan yang boleh menjadikan kita umat
yang berdisiplin?
Sebab
itulah Ramadhan ini dikatakan sebagai sekolah tarbiyah di mana tujuannya adalah
mendidik diri kembali agar lebih baik dari sudut ibadah dan juga akhlak.
Potensi
diri akan jadi lebih baik jika kita benar-benar memanfaatkannya di bulan
Ramadhan dan seterusnya kekal dan istiqamah sehingga bila-bila.
Umat
yang berjaya adalah dari umat yang berdisiplin. Begitulah juga sebaliknya.
DISIPLIN
TERHADAP MASA
Bagaimana
ingin belajar disiplin dengan masa di bulan Ramadhan? Iaitu sebagaimana kita disiplin
terhadap masa sahur dan juga masa iftar (berbuka puasa).
Bagi
sahur, kita dituntut untuk bangun bersahur. Tujuannya ialah untuk mendapatkan berkat.
Tetapi dari sudut disiplin, ia mendidik kita untuk bangun di awal pagi.
Dan
kita tahu orang yang selalu bangun lewat akan membuatkan dirinya menjadi malas.
Lihatlah
bagaimana Islam mendidik umatnya agar berdisiplin. Satu bulan kita belajar
untuk bangun awal untuk bersahur dan mengambil berkat darinya, dan sedangkan
pada hakikatnya juga ia mengajar kita untuk disiplin bangun awal.
Dalam
bab berbuka puasa, kita dituntut untuk segera berbuka tanpa melengahkannya.
Kenapa? Kerana di situ juga ada
keberkatannya.
Samalah
juga dalam bab berdisiplin. Kita dituntut untuk menyiapkan sesuatu urusan itu
dengan segera dan berdasarkan dateline yang diberikan.
Melakukan
sesuatu itu dengan segera tanpa bertangguh-tangguh. Islam tidak suka akan
umatnya yang bertangguh-tangguh. Kerana bertangguh-tangguh inilah membuatkan
umatnya menjadi malas dan suka mencipta alasan.
DISIPLIN
TERHADAP PENAMPILAN DIRI
Dalam
berdisiplin terhadap penampilan diri, kita boleh mengambil manfaatnya dari
konsep ibadah tarawaikh dan tadarus al-Quran.
Bagaimana?
Iaitu sebagaimana kita menampilkan diri dengan berpakaian yang elok dan bersih
baik ketika ingin solat dan tdarus al-Quran, begitulah juga kita dalam hal-hal
lain.
Islam
sendiri menuntut umatnya agar sentiasa berpenampilan kemas dan bersih. Itulah
ia cara untuk berdisiplin terhadap penampilan diri.
Kadang-kadang
kita boleh lihat apabila ada segelintir umat Islam yang hadir untuk tarawikh
tidak memakai pakaian yang elok dan dalam keadaan tidak bersih sebagai contoh
mulut berbau akibat makan ketika berbuka puasa.
Dan
ini adalah perkara yang perlu dielakkan bagi umat Islam agar kita tidak dinilai
buruk oleh orang lain.
DISIPLIN
TERHADAP PEMAKANAN
Dalam
bab pemakanan, Islam menuntut kita agar bersederhana dalam bab makanan. Kita
boleh perhatikan ada segelintir umat Islam yang tidak berdisiplin terhadap
makanan.
Banyak
pembaziran yang kita boleh lihat terutamanya ketika mana membeli juadah berbuka
puasa.
Bukankah
Islam mengajar kita untuk berbuka dengan sekadarnya dan tidak melampaui batas,
dan pada akhirnya makanan tersebut dibuang begitu sahaja?
Maka
berawasilah selalu di dalam membeli makanan berbuka kerana ia juga mendidik
diri agar lebih berdisiplin dari sebarang pembaziran.
Selain dari bab pembaziran, kita juga boleh
belajar untuk mengawal pemakanan dari manfaat puasa itu sendiri.
Jika
sebelum ini kita gagal kawal corak pemakanan seharian kita. Maka Ramadhan hadir
memberi pengajaran melalui pendisiplinan terhadap kawalan makanan. Maka
manfaatkanlah ia sebaiknya.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Berusahalah
kita untuk menjadi umat yang berdisiplin.
2. Manfaatkanlah
peluang bulan Ramadhan ini bagi menjadi umat yang berdisiplin.
3. Umat
yang berdisiplin adalah umat yang berjaya.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment