Jubah

Jubah

Monday, July 21, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN 9: RAHMAT DALAM KETAATAN

TAZKIRAH RAMADHAN 9
RAHMAT DALAM KETAATAN

PENDAHULUAN

Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatanselama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
(Surah al-Nahl:52)

Jelas dari ayat di atas menerangkan kepada kita  tentang peranan kita selaku hamba untuk sentiasa taat padaAllah selama-lamanya.

Dan kita juga dituntut untuk tidak takut selain Allah s.w.t.

Bagamainakah ketaatan kita ketika ini? Sudah hampir berakhirnya Ramadhan. Adakah iman kita makin mantap atau tetap di paras bawah?

Adakah kita berada di paras bahaya di mana bila-bila masa sahaja kita akan hilang rasa nikmat ketaatan dan kecenderungan terhdap kemungkaran?

Maka berawasilah kita ketika ini. Peranan kita sebagai hamba dan juga khalifah perlu dititikberatkan.

RAHMAT APABILA BERSATU DALAM AGAMA ALLAH

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
(Surah Hud:119)

Bagaimanakah dengan kita? Adakah kita sudah bersatu dalam agama Allah s.w.t? Sudah pasti belum lagi. Kenapa?

Sebab kita masih bertelagah dan bermasam muka pada isu-isu kecil. Kita masih tidak mempraktikkan amar maaruf dan nahi mungkar.

Kita masih melihat umat Islam lain terus-menerus melakukan kemungkaran sedangkan kita mempunyai kekuatan dalam menegur mereka.

Kezaliman di antara kita sesame umat Islam masih berlaku. Kita zaling menzalimi antara satu sama lain.
Maka adakah kita masih berasa kita sedang berada dalam rakmat Allah s.w.t? Sudah tentu tidak.

PEMIMPIN TAAT RAKYAT JUGA AKAN TAAT

Sempena bulan Ramadhan ini, maka marilah kita berusaha menjadi pemimpin yang taat. Baik pemimpin dalam sesebuah organisasi, jabatan, keluarga mahupun masyarakat amnya.

Jika pemimpin taat, rakyat juga akan taat. Begitulah juga sebaliknya.

Pemimpin taat pada apa? Iaitu pemimpin yang taat pada perintah Allah, taat dalam melaksanakan syariat Allah, dan taat dalam menjauhi segal laranganNya.

Dan Allah s.w.t juga menasihati kita agar kita tidak mentaati orang yang melampau batas. Allah s.w.t berfirman:

"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
(Surah As-Syuaara’:151)

Jelas bahawa kita dilarang mentaati perintah orang yang melampaui batas. Iaitu orang yang melampaui batas-batas agama.

Perintah melakukan kemungkaran, kezaliman dan sebagainya, maka jauhilah ia.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Sesungguhnya dalam ketaatan ada kerahmatan.

2.      Jadilah pemimpin yang taat, jika mahukan rakyat juga taat.

3.      Jadikan bulan ini bulan ketaatn yang sebenar-benarnya.

4.      Jauhilah segala arahan perintah yang keluar dari syariat Islam, kerana padaNya ada kermurkaan dari Allah s.w.t.

5.      Bermuhasabahlah kita “ Adakah kita benar-benar taat?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam

No comments:

Post a Comment