KAEDAH MELAYAN TETAMU PATUH SHARIAH
PENDAHULUAN
Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman
dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa
yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik
atau diam.
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan keterangan hadis ini, ia membawa maksud yang sangat
mendalam kepada kita. Bagaimana Allah dan RasulNya mengajarkan kepada kita cara
melayan tetamu dan memuliakannya.
Tazkirah kali ini akan kita bincangkan bagaimana cara melayan
tetamu mengikut kepatuhan shariah yang sebenar.
Apabila kita bicarakan tentang tetamu, sudah tentu ia melibatkan
orang luar yang hadir ke tempat kita.
Sebagai contoh di hotel, pelbagai jenis manusia yang datang dan
hadir untuk menginap di hotel kita.
Persoalannya, bagaimanakah cara kita melayan tetamu tersebut?
Adakah cara kita itu mengikut seperti yang diajarkan oleh Baginda Muhammad
s.a.w?
Bagaimanakah pula cara bicara kita dengan tetamu? Adakah penuh
sopan santun atau paksarela?
Dan bagaimanakah mimik muka kita? Adakah kita senyum dalam keadaan
ikhlas atau terpaksa?
Dan bagaimana pula kita menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
tetamu? Adakah kita menyombong diri tanpa mengambil berat atau sebaliknya?
Dan yang terakhir bagaimana kita berlaku adil terhadap
tetamu-tetamu kita? Adakah sama cara layanannya atau tidak?
MELAYAN TETAMU DENGAN PENUH KEADILAN
Kita dituntut untuk berlaku adil dalam melayan tetamu. Kita
dilarang untuk berbeza-beza cara layanan terhadap tetamu yang datang.
Bagaimanakah baginda Rasulullah s.a.w melayan tetamu ketika mana
ada tetamu datang ke rumah baginda?
Memberi layanan yang luar biasa kepada tetamu itu sunnah Rasulullah
s.a.w. Baginda mengajarkan kepada kita agar sentiasa melayan tetamu dan
memuliakannya sebaik yang mungkin.
Memberi ruang yang terbaik untuk tetamu berehat, menyediakan
makanan yang halal dan yang terbaik untuk tetamu makan, berkongsi pandangan
jika ia memerlukan, dan sebagainya.
Dengan melayan tetamu secara adil, itu adalah salah satu konsep
bagi sesebuah hotel yang patuh shariah.
Setiap tetamu adalah VVIP buat kita sebagai tuan rumah.
SENYUMAN ITU SUNNAH
Senyuman yang kita ukirkan buat tetamu itu sunnah. Maka perbuatan
tersebut ada ganjaran pahala. Indahnya Islam kerana mengajarkan kepada kita
bahawa dengan senyum itu boleh mengikat kasih-sayang di antara dua insan.
Membina hubungan yang baik melalui senyuman. Kegembiraan hadir pada
tetamu apabila melihat tuan rumah melontarkan senyuman keikhlasan kepada
mereka.
Dan baginda Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang sentiasa senyum
dan membuatkan hati-hati yang manusia yang melihat terasa tenang.
Senyuman yang ikhlas dapat dibezakan dengan senyuman yang tidak ikhlas.
Senyuman yang ikhlas automatik akan memberi layanan yang istemewa kepada orang
yang disenyum itu.
Automatik kita sebagai tuan rumah akan memberi servis layanan yang
terbaik yang tidak terjangkau oleh pemikiran tetamu kita.
SERVIS TERBAIK PATUH SYARIAH ADALAH DAKWAH
Ini adalah konsep dan tujuan sebenar. Dakwah tidak hanya
disamapikan melalui khutbah atau ceramah atau tazkirah.
Tetapi dakwah itu akan sampai juga melalui dengan mempraktikkan
akhlak yang baik.
Cara melayan tetamu mengikut sunnah baginda adalah akhlak yang
boleh diikuti.
Ini adalah sunnah yang kita mula tinggalkan sedekit demi sedikit
sedangkan Islam itu kaya dengan akhlak.
Berushalah untuk menunjukkan akhlak yang terbaik melalui penyediaan
servis perkhidmatan kepada pelanggan dan tetamu kita.
Dan indahnya Islam itu hanya akan didapati dari orang Islam itu
sendiri jika dia benar-benar orang yang beriman.
Maka oleh demikian, ayuh kiat semua bermuhasabah dan membina
kembali dengan menyediakan servis perkhidmatan yang benar-benar patuh shariah
bagi memenuhi sunnah baginda Rasulullah s.a.w.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Muliakanlah
tetamu seperti mana yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
2.
Berlaku
adillah terhadap tetamu yang hadir.
3.
Sentisa
lontarkan sneyuman yang penuh keikhlasan kerana senyuman yang ikhlas akan
memberi reflek untuk menyediakan layanan yang terbaik dan patuh shariah.
4.
Memberi
perkhidmatan yang terbaik adalah merupakan salah satu dakwah kita di mana kita
menunjukkan akhlak yang baik kepada tetamu/pelanggan.
5.
Ayuh
kita menyediakan sebuah layanan yang terbaik dan patuh shariah seperti yang
telah diajarkan oleh Islam buat pelanggan dan tetamu kita.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam