MENJANA
KEUNTUNGAN DENGAN SYARIAT
PENDAHULUAN
Kadang-kadang
kita pernah bertanya pada diri kita, mampukah syariah mendatangkan keuntungan
dan kejayaan buat sesuatu organisasi atau syarikat?
Mampukah
sistem shariah boleh membantu ke arah pembentukan modal insan pekerja?Sejauh
manakah keberkesanan terhadap pengaplikasian tersebut?
Adakah
sistem shariah itu sesuatu yang membebankan atau tidak? Maka pada artikel kali
ini marilah kita sama-sama bincangkan potensi sistem pengurusan shariah dalam
sesebuah organisasi dalam usaha meraih keuntungan yang luar biasa dan diberkati
disamping melahirkan individu pekerja yang juga luarbiasa baik luaran mahupun
dalaman.
Apabila
kita bicara tentang syariat, sudah tentu ia melibatkan perkara-perkara yang
bersangkutan dengan hukum.
Dan
peranan sistem tersebut adalah bertujuan menjadikan kualiti sesebuah organisasi
itu menjadi lebih baik dan luar biasa.
Segala hukum yang
tersebut adalah batas-batas (Syariat)
Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(Surah
an-Nisaa’:13)
Jelas
bahawa hukum-hakam itu adalah batas-batas Allah s.w.t buat hambaNya yang
bergelar manusia.
Seperti
yang kita sedia maklum, bahawa kita adalah khalifah yang diperintahkan untuk
memakmurkan bumi Allah ini.
Maka
tanggungjawab kita memastikan ia dimakmurkan dengan sebaiknya dan Allah s.w.t
sudah menyediakan sistem syariat kehidupan buat manusia.
SISTEM
SYARIAT MEMBERI KEPUASAN KEPADA PELANGGAN
Jika
kita teliti terhadapa sistem pengurusan shariah ini, ada baiknya yang boleh
kita ambil. Kejayaan sesebuah syarikat adalah apabila keuntungan yang diraih
itu diberkati.
Kebahagiaan
sesebuah keluarga adalah apabila rezeki yang diperolehi oleh ibubapa adalah
rezeki yang diberkati.
Begitulah
kita dalam organisasi. Memastikan sumber keuntungan yang diperolehi adalah
berkat. Dan keberkatan ini itu akan dapat dilihat melalui kesetiaan, kejujuran,
ketaatan, kerjasama dan sebagainya.
Sistem
syariah ini sudah tentu juga mementingkan aspek kepuasan pelanggan. Tetapi kepuasan
yang bagaimanakah yang mereka dan kita inginkan? Sudah tentu kepuasan yang
positif bukan negatif.
Mungkin
ada pelanggan yang suka perkara-perkara yang negatif seperti makanan dan
minuman non-halal, aktiviti yang tidak bermoral dan sebagainya.
Tetapi
kebanyakannya inginkan perkara yang positif. Dari segi kemudahan yang terbaik dan
juga perkhidmatan yang terbaik.
Dan
inilah perkara positif yang boleh membawa kita ke arah keuntungan yang luar
biasa. Sistem syariat adalah sesuatu yang positif, menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan yang positif, disamping menjadikan organisasi dan pekerja yang
positif, seterusnya memberikan kepuasan yang positif dan keuntungan yang
positif.
MENGELAK
DARI KEGAGALAN DAN KERUGIAN
Punca
kegagalan dan kerugian adalah apabila kita melakukan sesuatu tidak mengikut SOP
yang telah ditetapkan.
Selain
itu objektif atau matlamat yang tidak jelas membuatkan seseorang kurang
motivasi dalam dirinya.
Maka
bagaimanakah lagi kita dapat lakukan dalam memastikan keuntungan itu diraih?
Sudah tentu dengan memastikan pengurusan dan pentadbiran organisasi kita
berlandaskan sistem pengurusan syariat.
Jika
tidak kita akan hadapi sebuah kegagalan disamping akan berlaku permasalahan
dalaman di dalam organisasi kita.
Dan sesiapa yang
derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah
ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat
menghina.
(Surah
an-Nisaa’:14)
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Dengan
pengaplikasian sistem syariah, sesebuah organisasi mampu menjadi lebih luar
biasa dalam segenap aspek.
2. Baik
dalam aspek perniagaan mahupun pembangunan modal insan pekerja.
3. Kepuasan
pelanggan dapat diraih apabila kita menyediakan kemudahan, perkhidmatan yang
terbaik dan positif.
4. Maka
syariah mempunyai resepi dalam memberi kepuasan positif tersebut.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment