BERSEFAHAMAN
DENGAN SYARIAT
PENDAHULUAN
Ketika
mana kehidupan manusia makin jauh dengan Tuhannya, maka kita dapat lihat pelbagai
unsur negative berterbangan disekeliling kita.
Manusia
kini hilang persefahaman di antara satu sama lain. Masalah kecil menjadi besar
hanya berpunca kepada ketidaksefahaman.
Dan
dendam menjadi berlarutan jika ketidaksefahaman ini tidak dibendung. Di dalam
Islam, perbincangan adalah perkara yang sangat dititikberatkan dalam mencari
jawapan terhadap segala permasalahan.
Bagaimana
dengan kita? Apakah kita sudah benar-benar berbincang dengan penuh hikmah baik
bersama rakan sekerja mahupun pekerja?
Dalam
bab syariat, adakah kita faham akan ia? Adakah kita benar-benar jelas akan
kepentingannya di dalam kehdiupan kita?
Perlu
kita sedar akan kepentingan syariat. Dengan syariat kita akan saling memahami
antara satu sama lain.
Seperti
contoh di dalam solat. Allah mensyariatkan solat kepada seluruh umat Islam. Dan
solat itu menjadi titik persefahaman antara kita dengan saudara kita yang lain.
Begitu indahnya syariat.
Persoalan
sekarang bagaimana kita mengikat persefahaman di antara kita dengan syariat?
Dimanakah titik persefahaman kita di dalam pengurusan dalam perniagaan ini?
Maka
sebaiknya kita meletakkan syariat sebagai titik pertemuan dan persefahaman kita
dengan yang lain.
Membentuk
sebuah pasukan yang kuat melalui sistem syariah. Sistem yang sentiasa
memastikan ahlinya bertanggungjawab terhadap kerja, amanah terhadap tugasan
yang diberikan, ikhlas dan jujur dalam perniagaan dan sebagainya.
Maka
ayuh kita bermuhasabah kembali dalam mengeratkan tali persaudaraan antara kita.
IBARAT
MENCUCI PINGGAN YANG KOTOR
Jika
kita dapati pinggan yang kita gunakan Nampak kotor atau berhabuk, maka apakah
yang kita lakukan?
Sudah
tentu kita bersihkan ia dengan air. Tetapi jika kita basuhkannya dengan sabun,
bukankah ia Nampak lebih baik dan bagus?
Begitulah
juga syariat. Sistem kualiti yang sedia ada sudah cukup baik dalam memastikan
pengurusan kita mencapai objektif yang ingin dicapai. Tetapi adanya sistem
syariah, ia menjadikan pengurusan itu menjadi lebih terbaik.
Kerana
syariah itu sendiri membentuk persefahaman yang kuat di antara kesemua ahli.
Inilah yang kita inginkan di dalam pengurusan kita. Pendekatan melalui syariah
dapat membawa kita ke arah persefahaman yang jelas.
Aspek
komunikasi yang diterapkan perlu diamalkan sebaik yang mungkin jika kita
benar-benar ingin mencapai persefahaman bersama.
JAUHKAN
DARI SEBARANG PERTELINGKAHAN YANG SIA-SIA
Seabagi
umat Islam, kita dituntut untuk menjaga tali persaudaraan. Segala masalah atau
perkara perlu dislesaikan dengan cara yang baik.
Kenal
pasti punca masalah, datangkan idea dan
hujah yang bernas, kemudian buat satu kesimpulan yang disepakati.
Maka
pertelingkahan tidak lagi berpanjangan. Pertelingkahan akan menjadi
berpanjangan apabila syariat tidak dijaga.
Percayalah,
bahawa sistem kehidupan yang bersyariat yang telah Allah aturkan ini sudah
cukup baik.
Pelihara
sistem syariat tersebut dengan melaksanakannya sbeaik mungkin. Berpegang pada
tali yang sama, dan jangan biarkan ia terlepas.
Jika
tidak kita tidak akan ada lagi persefahaman, malah permusuhan yang
berpanjangan.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Wujudkan
persefahaman dengan mengaplikasikan syariat Islam.
2. Jauhi
permusuhan dan persengketaan jika kita ini benar-benar orang beriman.
3. Tetap
teguhlah pada tali Allah, agar persefahaman itu dapat dicapai dan pada akhirnya
kejayaan itu dapat diraih.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment