SEGERA
DAN PANTAS DALAM AMAL KEBAIKAN
PENDAHULUAN
Bagaimanakah
kita mulakan hari kita? Positif atau negative? Apakah perkara-perkara positif
atau perkara baik yang kita rancang untuk lakukan?
Apabila
kita bicarakan tentang amal-amal baik atau sebarang perlakuan yang baik, Allah
s.w.t telah sebutkan di dalam al-Quran tentang perihal hal ini.
Allah
s.w.t berfirman:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan
amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertaqwa;
(Surah
ali-Imraan:133)
Jelas
pada ayat ini bahawa Allah s.w.t menuntut kita untuk membuat amal kebaikan
dengan segera. Kerana ada matlamat yang diinginkan oleh setiap muslim.
Segera
kita dalam memohon keampunan Allah s.w.t.
Terutamanya dalam perkara-perkara yang kita buat dalam seharian hidup
kita.
Cuba
kita Tanya sekali pada diri kita, berapa kali kita memohon ampun dengan Allah
s.w.t? Bagaimanakah kita memohon ampun denganNya? Ikhlas atau cukup syarat
sahaja?
Maka
perlulah kita bermuhasabah kembali dalam memastikan diri kita ini benar-benar
menjadi orang yang beriman atau erti kata lain seorang mukmin yang professional
yang sentiasa bersegera dalam memohon keampunan pada Allah s.w.t.
Jika
dengan Allah kita sombong, maka kita tidak perlu hairan jika orang lain sombong
dengan kita.
SEGERA
DALAM MEMBENTUK NILAI-NILAI MURNI
Di
dalam setiap organisasi ada nilai-nilai murninya tersendiri. Dan nilai-nilai
murni itu adalah bertujuan memastikan setiap pekerja melaksanakannya dan
berusaha menjadi pekerja yang baik.
Maka
ia adalah sesuatu yang baik. Jika ia sesuatu yang baik, maka perbuatan seperti
itu perlu disegerakan. Kerjasama. Adakah kita bersegera dalam bekerjasama?
Setiap
permasalah ditanggung bersama atau kita buat dek je tanpa mengambil berat atau
berkongsi idea?
Integriti.
Adakah kita segera dalam menjadi pekerja yang berintegriti? Yang mana sentiasa
memastikan aspek kesempurnaan terhadap tugasan yang diberikan?
Profesionalisme.
Adakah kita sudah bersegera ke arah menjadi pekerja yang professional? Yang
memahami sepenuhnya skop kerja? Atau kita masih lambat dalam memahami skop
kerja yang diberikan yang pada akhirnya, tugasan itu menjadi tertangguh?
Maka
segala hal ini perlu kita segera laksanakannya dalam memastikan organisasi
lebih maju kehadapan.
MUKMIN YANG SEGERA DALAM AMAL IBADAH
Seperti
seorang mukmin yang sentiasa bersegera dalam amal ibadahnya. Berkejar-kejaran
dalam membuat kebaikan.
Atas
tujuan untuk mengejar mendapat keampunan Allah dan KeredhaanNya.Ini adalah
sifat mukmin yang sejati. Kita bagaimana?
Boleh
jadi kita terlalu bersegera dalam urusan dunia semata-mata tanpa bersegera
terhadap urusan akhirat.
Perlu
untuk kita mengimbangi kedua-duanya. Amal-amal kebaikan ada di dalam urusan
gerak kerja seharian kita .
Sebagai
contoh tadi kita bicara tentang nilai-nilai murni. Selain itu keikhlasan kita,
keamanahan kita, kesetiaan kita, dan sebagainya ada didalamnya.
Tinggal
lagi kita bersegera melakukannya dan pada akhirnya kita mendapat keampunan dari
Allah s.w.t.
Penting
untuk kita mendapat keampunan dariNya. Kerana itulah yang akan menentukan kita
di mana di akhirat kelak.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Bersegeralah
dalam membuat amal kebaikan agar keampunan Allah itu dapat diraih.
2. Sentiasalah
menerapkan nilai-nilai murni dalam kerjaya agar pengurusan menjadi lebih
berjaya disamping mendekatkan kita ke arah kejayaan yang lebih besar.
3. Jadilah
mukmin yang sentiasa meletakkan akhirat matlamat utamanya, jika kita benar-benar
ingin berada di tempat pengakhiran yang sempurna.
4. Sempurnakan
iman kita dengan amal baik, dan berusahalah mencari keredhaan Allah dalam
setiap amal kebaikan.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah aku bersegera dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal
kebaikan atau tidak?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment