Jubah

Jubah

Monday, December 22, 2014

KEJAHATAN DAN AMAL SOLEH

KEJAHATAN DAN AMAL SOLEH
(Sekadar Gambar Hiasan)
PENDAHULUAN

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
(Surah Ghaafir:40)

Tazkirah kali ini sama-sama kita mengambil iktibar dari ayat surah Ghaafir:40 di mana ia menceritakan tentang balasan amal jahat dan amal baik yang dilakukan oleh seseorang.

Apabila kita bicarakan tentang perbuatan yang tidak baik atau jahat, maka kita boleh senaraikan ia yang sangat banyak.

Pelbagai perbuatan kejahatan yang kita ketahui. Akan tetapi kita masih melakukannya dengan dalam keadaan kita sendiri mengetahui keburukannya.

Ini yang menjadi punca kenapa ummah kita makin hilang panduan, malah tiada perhubungan dengan Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita tahu sesuatu keburukan dan kita tahu balasannya, tetapi kita tetap melakukannya. Apakah puncanya? Sudah tentu berpunca dari hati yang sentiasa inginkan membuat sesuatu di luar batas agama.

Inilah juga menjadi punca kepada berlakunya kesalahan di dalam organisasi kita dan ia akan menjadi lebih teruk jika tidak dibendung dengan segera.

AMAL SOLEH YANG TIDAK DIAMALKAN

Allah s.w.t menjanjikan syurga yang tidak terhitung rezekinya di dalamnya bagi mukmin yang sentiasa beraml soleh.

Apakah dia amal soleh? Segala apa yang disuruh oleh Allah s.w.t dan apa yang dilarang olehNya.

Jika kita perhatikan, amalan-amalan soleh ini tidak popular dikalangan sebahagian umat Islam sekarang.

Bagi mereka perbuatan yang paling popular adalah apa yang boleh memmuaskan nafsu sahaja.

Cintakan benda yang haram dan berdosa. Dan hati yang sentiasa dambakan dunia semata-mata. Sedangkan kita tahu bahawa jika seseorang itu sedang melakukan perbuatan yang salah atau berdosa, maknanya ketika itu hati dia sedang hilang connection dengan Allah s.w.t.

Maka sentiasalah kita berhati-hati dalam perjalanan hidup kita ini, malah dalam kita membawa organisasi kita ini ke arah kepatuhan syariah.

TIDAK SAMA DAN TIDAK INSAF

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
(Surah Ghaafir:58)

Jelas pada ayat ini bahawa amal soleh dan amal kejahatan itu tidak sama. Kedua-duanya mempunyai balasan yang berlainan.

Dan bagi yang beriman dan beramal soleh, sudah tentu dia akan pastikan seluruh kehidupan dia adalah kerana Allah dan memastikan perjalanan hidupnya adalah seperti yang Allah pinta.

Maka bermuhasabahlah kita dalam menjadi seorang mukmin yang professional.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Berusahalah untuk tidak mengamalkan amalan kejahatan kerana padanya balasan yang setimpal.

2.      Jadikan kehidupan kita kehidupan yang bersyariat seperti yang Allah pinta.

3.      Tetap teguhlah dalam menjadi individu mukmin jika kita mengidamkan sebuah tempat tinggal yang terbaik di akhirat kelak.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


No comments:

Post a Comment