Jubah

Jubah

Monday, December 22, 2014

MENCARI KEMULIAAN DENGAN SYARIAT

MENCARI KEMULIAAN DENGAN SYARIAT
PENDAHULUAN

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Surah Faatir:10)

Dalam kehidupan kita, sudah tentu kemuliaan yang kita cari. Kemuliaan di sisi manusia apatah lagi kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

Dan kita sentiasa mengharapkan agar kemuliaan yang kita perolehi dapat membuatkan diri kita ini dihormati baik oleh pihak kawan mahupun pihak lawan.

Tetapi persoalannya kemuliaan yang bagaimanakah yang selayaknya buat kita sebagai manusia? Bagaimana ingin mendapat kemuliaan tersebut?

Maka berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa kemuliaan yang paling hebat adalah apabila seseorang tersebut berusaha mencari jalan untuk mematuhi perintah Allah s.w.t.

Orang yang sentiasa memastikan kehidupannya di atas kepatuhan shariah, maka disediakan baginya kemuliaan.

Kemuliaan itulah yang akan membuat individu tersebut sentisa dipandang tinggi oleh manusia yang lain.

PERKATAAN YANG BAIK DAN AMAL YANG SOLEH

Berdasarkan ayat di atas juga bahawa perkataan yang baik dan amal yang soleh yang menentukan kemuliaan seseorang.

Kerana perkataan yang baik dan amal yang soleh itulah yang diterima di sisi Allah s.w.t.

Bagaimana kita di dalam kehidupan ini? Adakah perkataan kita sudah cukup baik? Perkataan kita sesama rakan sekerja, antara ketua dan staf bawahan dan sebagainya?

Bagaimana pula dengan amalan kita? Amalan yang baik yang telah kita pelajari sebelum ini adakah kita benar-benar praktikkannya?

Apa yang jelas haram apa yang jelas halal adakah kita serius mentaatinya? Maka perlulah kita bermuhasabah kembali.

Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
(Surah Faatir:24)

MENDAPAT KEMULIAAN SECARA SALAH

Ada individu yang berusaha untuk mendapat kemuliaan tetapi melalui jalan yang salah. Menggunakan perancangan yang jahat dan tidak baik.

Sebagai contoh rasuah, beli undi dan sebagainya. Maka ini adalah salah satu perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Dan jelas pada ayat pada permulaan tazkirah tadi mengkhabarkan bahawa orang yang mencari kemuliaan melalui jalan perancangan yang jahat, maka azab seksa menantinya.

Oleh demikian, dalam usaha kita membawa kehidupan kita ke arah kemuliaan, maka sudah pasti kita perlu membawanya dengan kepatuhan shariah.

Jika ingin dipandang tinggi oleh manusia, maka yakinilah kita dengan firman Allah yang disebutkan tadi.

Kemuliaan diperolehi apabila kita patuh pada shariat Allah s.w.t.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Taatilah perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun

2.      Sentisa beramal soleh dan berkata-kata yang baik.

3.      Kemuliaan dapat diraih apabila perintah Allah ditaati.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam

No comments:

Post a Comment