MEMBINA UMMAH DENGAN SYARIAH
PENDAHULUAN
Dalam usaha kita membawa organisasi kita ke arah landasan syariah,
sudah pasti tujuannnya adalah untuk membina sebuah ummah yang bertamadun dan
tinggi profesionalismenya.
Ummah yang cemerlang adalah ummah yang sangat patuh pada syariah.
Persoalannya bagaimana kita ingin menjadikan atau membina ummah sebegini di
dalam organisasi kita?
Ummah/pekerja yang cemerlang akan membawa organisasi ke arah
kejayaan. Dan kegagalan akan terhasil jika mereka ini tidak cemerlang dalam
gerak kerja mereka.
Jadi bagaimana kita dapat membentuk sebuah ummah (pekerja) yang
hebat seterusnya memberi kejayaan kepada organisasi?
Kita mengambil contoh sejarah sultan Muhammad al-fateh dalam
memimpin orang bawah pimpinannya. Bagaimana al-Fateh memimpin hampir beratus ribu
tenteranya dan memastikan kesemua mereka tunduk pada satu arahan sahaja.
Sudah tentu pedekatan yang dilakukan adalah dengan memastikan
tenteranya taat pada perintah Allah s.w.t.
Mendidik mereka dengan patuh terhadap syariah. Membantu mereka
dalam menguasai pelbagai ilmu kemahiran.
Apabila iman kuat, sudah tentu misi akan mudah terlaksana. Inilah
kekuatan yang dimiliki oleh al-Fateh dan tenteranya dalam mencapai misi serta
objektif yang dirancang.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita dan pekerja kita masih
bertenaga atau layu? Tidak tahu apakah objektif yang ingin dicapai?
Hanya datang bekerja kemudian pulang dan kembali semula setiap hari.
Tanpa ada semangat untuk mencapai kejayaan?
Maka perlulah kita bermuhasabah kembali dalam usaha membina ummah
(pekerja) yang cemerlang melalui pendekatan syariah.
Apa yang penting kita juga perlu syariah terlebih dahulu.
UMMAH MENGIKUT AMIIR
Sudah tentu sesuatu ummah itu mengikut amiirnya yakni pemimpinnya.
Jika pemimpin ke kiri maka ke kirilah mereka. Begitulah juga sebaliknya.
Jika amiirnya tidak bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif,
bagaimana mungkin ummah akan mengikutinya.
Jika amiir sendiri tidak taat pada perintah Allah, berlaku sombong
dengan Tuhan, bagaimana pula dengan ummah? Sudah tentu kepimpinan itu akan
menajdi bercelaru.
Jika kita ini pemimpin yang zalim, sudah tentu kita akan gagal
membina ummah yang cemerlang. Apabila kita gagal membina ummah yang cemerlang,
apakah kita masih boleh merasakan yang kita ini boleh mampu mencapai objektif
dan matlamat yang kita idam-idamkan?
Sesungguhnya
mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab)
Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain
(dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan
pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
(Surah al-Jaathiyah:19)
SERAPKAN NILAI SYARIAH DALAM DIRI
Maka apakah penyelesaiannya? Sudah tentu kita sebagai amiir
(pemimpin) perlu bersama-sama menerapkan nilai-nilai syariah di dalam diri
bersama dengan ummah (pekerja) kita jika kita benar-benar ingin berusaha
mencapai matlamat yang dirancang.
Apakah nilai-nilai syariah itu? Iaitu sentiasa memastikan iman kita
dan pekerja kita pada tahap yang cemerlang.
Jika tidak, kita hanya mengulangi kesilapan yang sama di mana kita
hanya bermusuh dan berseteru di antara satu sama lain.
Caci maki, buka aib, melepaskan amarah dengan vandalism dan
sebagainya. Inilah akibatnya jika iman kita dan pekerja kita tidak stabil.
Kita sebagai amiir perlu memastikan masalah sebegini dielakkan.
Apakah pendekatan lain lagi yang kita ada selain menerapkan nilai syariah dalam
diri seterusnya memastikan iman bertambah kuat dan hebat hingga objektif dan
matlamat dapat dicapai.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Marilah
kita berusaha bersama-sama dalam melahirkan ummah yang cemerlang dengan
syariah.
2.
Ummah
yang kuat imannya akan sentiasa memastikan objektif tercapai.
3.
Ummah
yang gagal syariahnya akan mudah terjebak kepada perkara dan perbuatan yang negative.
4.
Perubahan
perlu bermula dari pemimpin dan kemudian diikuti oleh orang bawah pimpinannya.
5. Bermuhasabahlah
“ Apakah kita masih ingin terus menunggu atau ingin bermula dari sekarang
dalam membina ummah yang cemerlang dengan syariah?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment