ANUGERAH KUALITI: KE ARAH KEJAYAAN YANG DIBERKATI
PENDAHULUAN
Kejayaan PNB Darby Park dalam mewujudkan sebuah sistem pengurusan
patuh shariah amatlah dikagumi.
Dalam usaha memastikan setiap gerak kerja, operasi, tindakan dan
keputusan segalanya patuh shariah, ia membuatkan prosesnya itu diberkati.
Tujuannya apa? Sudah tentu tujuannya adalah untuk memastikan rezeki
yang diperolehi adalah berkat dan baik. Tiadalah bergerak makhluk dimuka bumi
ini melainkan rezekinya sudah ditanggung.
Dan tiadalah
sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah
yang menanggungrezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh
mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Surah Hud:6)
Sebagai individu Muslim, perkara pertama yang perlu kita fokuskan
dalam kehidupan kita adalah dengan meletakkan pengurusan kita benar-benar patuh
shariah.
Tidak kira baik dalam kehidupan perniagaan, keluarga dan
masyarakat, segala-galanya perlu patuh shariah.
Dan amat penting bagi kita yang sentiasa mengucap dua kalimah syahadah
setiap hari yang mana kita mengikrarkan diri kita dengan ketaatan kepada Allah
s.w.t, adalah dengan memastikan suasana shariah itu wujud di persekitaran kita.
Tiada yang lebih indah jika kita dapat lihat Syariat itu ‘menari-nari’
disekeliling kita mengawasi tingkah laku kita agar segalanya menjadi baik.
OBJEKTIF YANG JELAS
Objektif organisasi ke arah pematuhan shariah adalah jelas.
Tujuannya adalah memastikan rezeki yang diperolehi adalah berkat dan halal.
Sesungguhnya anugerah di sisi Allah itu adalah paling hebat untuk
dicita-citakan. Kerana anugerah paling bernilai dan paling diidamkan oleh
seluruh jiwa di muka bumi ini adalah syurga Allah s.w.t.
Anugerah yang bukan senang untuk mendapatkannya melainkan
benar-benar kita laksanakan perintah dan laranganNya.
Sesungguhnya
orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di
dalam Syurga yang penuh nikmat:
(Surah al-Mutaffifin:22)
Maka adakah kita benar-benar berada di atas landasan objektif kita?
Tanggungjawab kita dalam memastikan kehidupan kita patuh shariah adalah
tanggungjawab kita bersama.
Apabila objektif jelas, maka tindakan juga menjadi jelas. Pelan
perancangan juga akan menjadi jelas.
Selain mewujudkan sistem pengurusan shariah organisasi, kita juga
berusaha melahirkan pekerja yang mukmin dan professional.
Peranan kita semua amat penting dalam membawa ke arah objektif
tersebut.
KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Justeru itu, apabila segala-galanya telah sempurna, maka bersiap
sedialah untuk kita menempa kejayaan.
Kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat. Dan akhirat adalah
matlamat kita yang utama. Segala perbuatan dan usaha disandarkan kerana Allah
s.w.t.
Untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, keringat amat
diperlukan. Tetapi keringat yang bermakna adalah keringat yang terhasil kerana
Allah s.w.t.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Sentiasa
memastikan objektif kita dalam perniagaan patuh shariah ini adalah jelas iaitu
kerana Allah s.w.t.
2.
Anugerah
paling bernilai adalah ganjaran syurga Allah s.w.t.
3.
Untuk
mendapat anugerah tersebut, ketaatan terhadap perintah dan laranganNya dilaksanakan
dengan baik.
4.
Wujudkan
suasana yang patuh shariah di tempat kerja, dan berusaha melahirkan
pekerja-pekerja yang mukmin dan professional.
5. Bermuhasabahlah,
“ Tidak mahukan kita menjadi salah satu kumpulan yang diumumkan untuk
mendapat anugerah syurga Allah s.w.t kelak?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment