MENJEMPUT REZEKI: KE ARAH SERVIS PERKHIDMATAN YANG TERBAIK
PENDAHULUAN
Setiap kita inginkan rezeki. Dan kita sentiasa memohon kepada Allah
s.w.t agar dikurniakan rezeki setiap hari.
Dan yang paling penting adalah rezeki yang diberkati oleh Allah
s.w.t.
Sesungguhnya
Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada
sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak
terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah adz-Dzariyaat:58)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t yang memberi rezeki kepada
sekalian makhluk. Maka sebagai hamba yang beriman, tidak perlulah kita
khuatirkan ia.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dalam
mencari rezeki.
Tajuk tazkirah kali ini ingin dikongsikan tentang cara kita
menjemput rezeki. Iaitu melalui dengan memberikan servis perkhidmatan yang
terbaik di dalam perniagaan kita.
Cuba kita tanya diri kita sendiri. Jika kita lapar, kedai makan
yang manakah yang akan kita pergi?
Jika kereta kita rosak, bengkel yang manakah kita akan hantar untuk
diperbaiki? Jika kita sakit, klinik yang manakah yang akan kita pergi untuk
dirawat?
Sudah tentu jawapannya adalah tempat yang terbaik. Tempat yang
terbaik tetap menjadi pilihan orang. Kenapa? Dengan tempat yang memberikan
sevis yang terbaik, membuatkan pelanggan berasa selesa.
Secara tidak langsung, rezeki peniaga atau individu di tempat
tersebut menjadi lebih baik. Kerana dia bersungguh-sungguh menjaga kualiti
servisnya agar menjadi yang terbaik.
Begitulah kaedah dalam kita menjemput rezeki. Kenapa perlu bersusah
mencari rezeki dalam keadaan kualiti pengurusan kita belum benar-benar terbaik?
Maka sediakan kualiti servis yang terbaik, insyaAllah rezeki akan datang.
BUKAN KITA YANG MENCARI, TETAPI MEREKA YANG MENCARI
Perniagaan tampak hebat apabila kita dicari pelanggan.
Berebut-rebut pelanggan untuk membeli dengan kita.
Itulah yang selama ini kita inginkan. Selain kita memberi khidmat
servis yang terbaik, tidak lupa juga kita akan kepentingan dalam menghasilkan
perkhidmatan yang patuh shariah.
Servis yang terbaik adalah servis yang patuh shariah. Kerana apa?
Kerna kita tahu bahawa yang memberi dan menahan rezeki itu adalah dari Allah s.w.t.
Perniagaan yang baik dan patuh shariah, akan diluaskan rezeki.
Perniagaan yang tidak baik, rezeki akan disempitkan.
Atau
siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada
kamu jika Allah menahan rezekiNya?
(Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam
keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
(Surah al-Mulk:21)
Maka jangan berlaku sombong dengan Tuhan kerana dariNya kita
peroleh rezeki dan dariNya juga rezeki kita boleh disempitkan.
REZEKI YANG MENCURAH-CURAH
Seperti yang kita bincangkan sebentar tadi, rezeki akan cepat hadir
jika kita bersungguh-sungguh mengekalkan kualiti servis kita.
Pelanggan akan tetap mencari tempat yang terbaik servis dan
kemudahnnya. Maka itulah cara kita dalam menjemput rezeki yang pernah
dikongsikan oleh para cendekiawan Islam dalam merungkai permasalahan rezeki.
Jika perniagaan kita sehebat mana pun, tetapi kualiti servis tidak
memberi kepuasan kepada pelanggan, maka sukar untuk kita menjemput rezeki.
Dan sentiasalah kita memastikan servis perkhidmatan kita adalah
benar-benar patuh shariah dan halal.
Dan kita sedia maklum bahawa rezeki itu tertahan kerana dek dosa
atau kemungkaran yang berlaku dalam kehidupan kita.
Elakkan dari perniagaan yang haram dan pengurusan yang mungkar jika
kita inginkan rezeki yang berkat dan luas.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Dalam
usaha kita menjemput rezeki, kualiti servis dan perkhidmatan perlu
dipertingkatkan agar menjadi lebih baik.
2.
Sentiasa
memastikan servis dan perkhidmatan benar-benar patuh shariah.
3. Luas dan sempitnya rezeki itu datang dari
Allah s.w.t. Maka berbaiklah dengan Allah dengan mentaati segala perintah dan
laranganNya.
4.
Berusahalah
memastikan perniagaan kita ini sentiasa dicari dan menjadi pilihan pelanggan.
5. Bermuhasabahlah,
“Adakah servis perkhidmatan kita sudah cukup terbaik dalam usaha kita
menjemput rezeki?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment