AKAR
ROSAK, POHON BINASA
PENDAHULUAN
Bagaimanakah
keadaan ahli keluarga kita? Bagaimanakah keadaan pekerja-pekerja kita? Adakah
iman dan motivasi mereka masih kuat dan utuh?
Kerana
apa, kerana apabila kuatnya akar, maka pohon juga akan kuat. Dalam institusi
kekeluargaan, apakah akar di dalam keluarga? Sudah tentu ahli rumah tersebut.
Bagaimana
pula dalam organisasi? Apakah akar di dalam sesebuah organisasi? Sudah tentu
kita semua. Akar yang akan membuatkan pohon organisasi tumbuh dengan cemerlang.
Kadang-kdang
kita terlalu sibuk untuk menguatkan pohon tetapi terlupa untuk menguatkan akar
yang sangat penting.
Maka
tajuk tazkirah kali ini untuk kita sama-sama membincangkan tentang ‘bahayanya
rosaknya akar, kerana pohon boleh binasa’.
Allah
s.w.t telah mengingatkan kita akan kepentingan berjemaah. Akar yang kuat akar
yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Jemaah
yang kuat adalah jemaah yang saling membantu antara satu sama lain.
Dan dirikanlah kamu
akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua
(berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Surah
al-Baqarah:43)
Inilah
yang perlu kita terapkan di dalam organisasi kita sebenarnya. Akar jemaah kita
lemah, tidak bersatu, tidak menyokong antara satu sama lain.
Maka
apabila akar kita rosak, maka pohon organisasi kita juga akan binasa. Maka
bermuhasabahlah kita kembali dalam melihat akar-akar kita, adakah kuat atau
tidak.
Jika
lemah, apakah yang perlu dibuat? Jika lambat bertindak, pohon akan terus layu
dan layu.
SIRAMI
AKAR DENGAN MATLAMAT YANG JELAS
Matlamat
yeng jelas, sudah pasti akan membuatkan akar focus pada penumbuhan. Apabila
kita jelas terhadap matlamat kita dalam organisasi dan juga kehidupan, maka
tiada istilah main-main dalam urusan yang penting.
Tetapi
apabila matlamat tampak samar, maka akar juga akan hilang focus. Pentingnya
matlamat kita ini kerana ia adalah salah satu kekuatan motivasi bagi akar.
Sesungguhnya Al-Quran
ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada
Allah dengan berilmu).
(Surah
al-Anbiyaa’:106)
Matlamat
kita adalah untuk mendapatkan kejayaan. Kejayaan dan keuntungan yang diberkati.
Dan setiap proses ke arah matlamat tersebut kita harapkan ia dikira sebagai
ibadah.
Apabila
ia ibadah, maka perlu untuk kita memastikan ia berada di atas jalan Allah
s.w.t.
SIRAMI
AKAR DENGAN IMAN
Akar
yang terdedah dengan kebinasaan, adalah sangat bahaya. Dalam kehidupan kita
baik dalam organisasi, jika kita dan pekerja-pekerja kita terdedah dengan
perkara-perkara yang mazmumah seperti kemungkaran, kezaliman, buruk sangka,
penyelewengan, maka organisasi boleh rebah.
Maka
dengan demikian, cara untuk menghindari dari berlakunya perkara mazmumah itu
adalah dengan menyirami dengan air keimanan.
Mewujudkan
suasana yang syariah, melaksanakah kerja yang patuh shariah, memberi didikan
dan pemahaman terhadap ilmu agama, insyaAllah nescaya akar akan kuat dan taat
dan bersungguh-sungguh untuk membawa pohon organisasi ke arah kecemerlangan.
(Ketahuilah! Bahawa
orang-orang yang beriman serta
berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah
golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
(Surah
al-Balad:18)
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Sentiasalah
kita berusaha memastikan akar organisasi kita kuat dan utuh.
2. Iaitu
dengan cara meletakkan matlamat yang jelas, bukan samar-samar.
3. Sentiasa
sirami akar kita yakni kita dan pekerja –pekerja kita dengan keimanan terhadap
Allah dan RasulNya.
4. Dengan
demikian, kejayaan akan mudah tercapai.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah akar kita masih kuat atu tidak?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment