KE ARAH PEMIMPIN DAIE YANG BERJAYA
PENDAHULUAN
Kita adalah pemimpin. Dan kita sentiasa diperhatikan oleh orang di
bawah pimpinan kita. Di rumah, suami atau bapa adalah pemimpin dan dia akan
dilihat oleh anak-anak dan isterinya.
Di dalam komuniti masyarakat, jika dia ketua JKKK, maka ahli di bawah
pimpinannya iaitu orang-orang kampung atau sebagainya akan melihat diri
pemimpin tersebut.
Di tempat kerja, kita adalah ketua jabatan bagi jabatan yang kita
pimpin. Dan staf-staf di dalam jabatan akan memandang ke arah kita.
Persoalannya, bagaimana kita ingin menjadi pemimpin daie yang
berjaya? Kita bukan sekadar pemimpin tetapi juga daie.
Pemimpin daie yang membawa para ahli pimpinan kita ke arah kehidupan,
sikap, akhlak, kerja yang lebih baik dan terbaik.
Dan Kami
jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin,
yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka
bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan
ayat-ayat keterangan Kami.
(Surah as-Sajdah:24)
Ketika kita dilantik menjadi pemimpin di dalam sesebuah jabatan,
maka apakah misi dan visi kita? Selain dari mencapai objektif tugasan kita,
apakah visi lain dalam memastikan modal insan dan akhlak mahmudah wujud di
dalam jabatan kita?
Maka ini yang perlu kita sama-sama fikir dan aplikasikan di tempat
kerja kita. Kerana baiknya organisasi itu bermula dari kita semua sebagai
ketua.
Jika kita memimpin ke arah kebaikan, maka kita akan dapat kebaikan.
Jika kita memimpin ke arah keburukan dan kerosakan, maka kita akan dapat dengannya.
TIPS PEMIMPIN DAIE
Anda kena jadi seperti yang anda seru. Jadikan orang yang memandang
anda bercita-cita untuk jadi seperti anda.
Ini adalah tips dalam menjadi pemimpin daie yang berjaya. Apabila
kita dilihat sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi, maka ahli pimpinan kita
juga akan bercita-cita untuk menjadi seperti kita.
Jangan berbicara dengannya tentang iman. Tetapi biarkanlah dia
merasainya dari pancaran cahaya yang terbias di wajah dan peribadimu.
Benar. Iman itu akan dirasai apabila sang pemimpin daie ini
melaksanakan apa yang dia yakini. Kerana cahaya keimanan itu jelas jika ia
dibuat dengan ikhlas dan akan terpancar pada peribadi sang pemimpin tersebut.
Jangan berbicara dengannya tentang akidah. Tetapi biarkan dia
menganutnya dengan sebab keutuhan peganganmu.
Jika seseorang melihat kita sangat istiqamah dalam agama kita,
tetap teguh dengan agama kita, maka sudah tentu dia akan menganutnya kerana
keutuhan kita terhadap agama anutan kita.
Jangan berbicara dengannya tentang ibadah. Tetapi biarkan dia
melihatnya dengan mata kepalanya sendiri (melihat bagaimana anda beribadah).
Mendidik tentang ibadah melalui pelaksanaan. Tidak cukup dengan
hanya bicara sahaja. Maka pemimpin daie yang berjaya adalah perlu menunjukkan
ketaatan dalam ibadah melalui pelakuan.
Jangan berbicara dengannya tentang akhlak. Tetapi biarlah dia
menyukai akhlak melalui penghayatanmu.
Akhlak baik yang kita praktikkan akan diikuti oleh orang yang
melihatnya. Ahli pimpinan kita akan mengikuti dan mencontohi kita melalui
akhlak.
Jangan berbicara dengannya tentang ukhuwah tetapi biarlah dia
merasai kemanisan ukhuwah sepanjang dia bersahabat denganmu.
Ukhuwah itu dapat dirasai bukan melalui perbicaraan sahaja. Perlu
dipalikasikan agar ukhuwah itu dapat dirasai dengan benar dan yakin.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Untuk
menjadi pemimpin daie yang berjaya, perlu menunjukkan contoh yang baik.
2.
Bukan
melalui perbicaraan atau seruan semata-mata, tetapi perlu melalui pelakuan dan
tindakan yang jelas.
3.
Dan
ini dinamakan qudwatun hasanah. Contoh yang baik. Contoh yang baik pasti akan
diikuti oleh orang yang melihatnya.
4. Pemimpin
yang hebat kurang bicaranya tetapi banyak tindakannya. Tindakan itulah yang akan
menjadi motivasi buat orang bawahannya.
5.
Ayuh
bermuhasabah “ Mahukah kita kita menjadi pemimpin daie yang berjaya?Jika ya,
tindakan perubahan perlu dilakukan segera.”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment