KEMARAU UKHUWAH
PENDAHULUAN
Musim
kemarau seperti yang kita ketahui adalah musim yang tidak digemari semua orang.
Kerana apa? Kerana padanya cuaca kepanasan, ketandusan air,dan tanaman tidak
akan membuahkan hasil.
Bagaimana
pula sekiranya berlaku kemarau ukhuwah? Ukhuwah seperti yang kita ketahui
bermaksud persaudaraan.
Islam
amat menitikberatkan soal persaudaraan dan perpaduan. Kenapa? Kerana dengan
persaudaraan dan perpaduan, maka sesuatu kejayaan dan keharmonian itu dapat
dicapai oleh setiap individu.
Bagaimanakah
kita dengan hubungan persaudaraan kita terhadap orang lain? Sudah cukup kuatkah
persaudaraan kita?
Adakah
kita sedang bermusuh? Jika kita sedang bermusuh, maka itu tandanya kita sedang
menghadapi kemarau ukhuwah.
Apabila
kemarau ukhuwah berlaku, apakah yang bakal terjadi? Apakah puncanya berlaku
kemarau ukhuwah ini?
Bagaimanakah
kita ingin mengatasinya sebagai seorang muslim yang taat pada Allah dan
RasulNya?
Apakah
Allah dan RasulNya suka akan permusuhan? Bagaimanakah kita ingin tukarkan musim
kemarau ukhuwah ini kepada musim ukhuwah yang lebih tenang dan baik?
KEMARAU
UKHUWAH KERANA TIDAK SEPENDAPAT
Acapkali
kita melihat ada golongan yang sering bermusuhan hanyasanya tidak sependapat terhadap
beberapa isu remeh-temeh yang di mana ia boleh diselesaikan dengan cara syura.
Sebagai
contoh suami isteri, apabila tidak bersependapat berkaitan pengurusan anak,
atau pengurusan harta, maka akan berlaku kemarau ukhuwah dan mahabbah. Nanti mulalah
si suami tak nak makan sama, tak tidur sekatil, atau sebagainya.
Bagi
ditempat kerja pula, kadang-kadang kita juga akan berlaku salah faham dan tidak
sependapat dengan rakan sekerja. Dan apabila tidak bersependapat, maka kita
akan cepat melenting.
Apabila
pendapat tidak diterima, maka kemarau ukhuwah akan berlaku. Contohnya, apabila
setiap urusan akan jadi tidak kena. Apabila sampai waktu solat, individu
tersebut memilih untuk tidak solat bersama dan berjemaah dengan individu yang
dia bertelagah.
Maka
nilai-nilai Islam itu hilang dan ukhuwah akan jadi rosak dek kerana perbautan
tersebut, sedangkan pada hakikatnya perkara itu boleh diselesaikan dengan cara
bermesyuarat.
Maka
dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepadaNya.
(Surah
ali-Imraan:159)
Kita
dituntut oleh Allah supaya bermesyuarat dalam setiap urusan. Jika tidak
berpuashati terhadap beberapa isu, jangan putus ukhuwah.
Allah
dan RasulNya tidak pernah redha terhadap individu muslim yang sengaja
memutuskan ukhuwah.
BASAHKAN
BUMI UKHUWAH DENGAN HUJAN MAHABBAH
Seperti
yang kita sedia maklum bahawa Umat Islam itu bersaudara. Oleh itu apabila
berlakunya kemarau ukhuwah dikalangan kita,sama ada antara kita dan rakan
sekerja, atau kita dengan masyarakat, atau kita dengan ahli keluarga kita, maka
basahkanlah bumi ukhuwah ini dengan hujan mahabbah.
Mahabbah
yang bermaksud kasih dan sayang. Sedangkan dengan binatang pun kita masih ada
perasaan kasih dan sayang, ini kan pula kita dengan manusia. Sama-sama adalah
khalifah Allah yang memakmurkan bumiNya.
Wujudkan
kembali perasaan mahabbah. Singkirkan segala api permusuhan. Kenangkan kembali
saat-saat kenal dahulu.
Seperti
suami isteri, kenang-kenangkan kembali saat mula-mula kenal. Wujudkan suasana romantik.
Bagi
rakan sekerja, bagaimana kita mula-mula kenal dengan rakan sekerja kita?
Malu-malu kucing. Bina kembali ukhuwah dengan ajak belanja makan. Kemudian
sembang secara berhikmah.
Apabila
bumi ukhuwah itu telah dibasahkan dengan hujan mahabbah, maka pimpinlah ukhuwah
itu dengan memasuki kembali ke jalan syariat Allah s.w.t.
Sentiasa
bertarbiyah hati sesama kita dengan didikan al-quran dan as-sunnah. Saling
nasihat-menasihati di antara satu sama lain dengan cara yang lemah lembut.
Jika
terlanjur kata yang boleh menguriskan hati dan perasaan, maka segera memohon
maaf. Kerana tidak rugi bagi kita yang memohon maaf.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1.
Kemarau
ukhuwah sangat bahaya bagi indvidu muslim. Maka jauhilah ia.
2.
Jika
kemarau ini berlaku, maka kejayaan dan perpaduan tidak dapat dicapai secara
bersama.
3.
Jika
tidak bersependapat, maka bermesyuaratlah dan carilah titik penyelesaian yang
disepakati.
4. Basahkanlah
bumi ukhuwah kita dengan hujan mahabbah kerana dengan mahabbah, ukhuwah itu
dapat dipereratkan.
5.
Jauhilah
buruk sangka sesama kita.
6.
Bermuhasabahlah
“Adakah aku sedang hadapi kemarau ukhuwah ataupun tidak?”
“Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment