HADIAH BUAT PEMIMPIN YANG BERIMAN
PENDAHULUAN
Apabila
kita bicara tentang pemimpin, ia merupakan tanggungjawab yang sangat besar bagi
sesiapa yang memegang position tersebut.
Kerana
ia melibatkan tanggungjawab dan amanah terhadap apa yang dipimpinnya. Jika dia
pimpin kepada yang salah, maka dia akan hadapi pelbagai masalah. Begitulah juga
sebaliknya.
Akan
tetapi realitinya, ramai antara kita suka untuk menjadi pemimpin. Ia sangat
bagus jika kita dalam keadaan benar-benar beriman ketika itu.
Kerana
jika kita bukan dalam keadaan beriman, maka corak pimpinan kita pasti tidak
akan berlandaskan al-quran dan as-sunnah.
Justeru
itu, ada positif dan negatifnya menjadi seorang pemimpin. Bagi seorang suami,
dia adalah pemimpin keluarga.
Jika
dia gagal dalam pimpinannya seperti tidak mendidik isteri dan anak-anak untuk
taat pada perintah Allah, maka dia adalah pemimpin yang bakal di check in kan
ke dalam api neraka kelak.
Oleh
demikian, bagaimanakah kita dapat menjadi pemimpin yang diredhai oleh Allah
s.w.t di samping meraih kejayaan di dunia dan juga di akhirat? Hari ini dikongsikan
2 cara untuk menjadi pemimpin yang beriman dan berjaya.
PEMIMPIN
YANG SENTIASA SUJUD
Apa
yang dikatakan dengan pemimpin yang sentiasa sujud? Iaitu pemimpin yang tidak
pernah meninggalkan solat.
Pemimpin
yang tidak pernah meninggalkan solat sudah pasti menjadi pilihan Allah untuk
menjadi pemimpin yang dicintai olehNya.
Sejarah
pernah membuktikan tentang pemimpin-pemimpin Islam yang hebat. Di antaranya
Nabi Muhammad s.a.w sendiri dan para sahabat, tabien dan sebagainya. Antara
tokoh pemimpin lain adalah seperti Salahudin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh.
Mereka
ini kita kenali sebagai pemimpin yang sangat hebat. Tetapi hebatnya mereka
kerana dahi mereka tidak pernah lekang untuk sentiasa sujud pada Allah.
Kerana
mereka tahu, dengan hanya mentaati Allah, barisan bawah pimpinannya akan
hormatinya.
Jadi
persoalannya, adakah kita ini pemimpin yang sentiasa sujud kepada Allah s.w.t
dalam erti kata lain adalah solat?
Adakah
kita ini pemimpin yang terlalu sibuk dengan urusan dunia sehinggakan kita
beralasan untuk tidak sempat menunaikan solat fardhu?
Maka
elaklah jadi pemimpin yang sombong dengan Tuhannya. Jika kita sombong untuk
meletakkan dahi kita serendah-rendahnya untuk Allah s.w.t, maka kita akan
menjadi pemimpin yang gagal.
PEMIMPIN
YANG TEGUH MEMEGANG PANJI SYARIAT
Apakah
panji syariat itu? Dan kenapa ia perlu dipegang teguh oleh seorang pemimpin?
Jika panji itu jatuh,apakah yang akan terjadi?
Panji
syariat itu adalah apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk ditaati, dan
apa yang telah dilarang oleh Allah untuk ditinggalkan.
Itu
adalah panji yang perlu dipegang erat dan kuat oleh sesiapa yang menjadi
pemimpin sama ada pemimpin dalam keluarga, atau masyarakat, atau organisasi,
mahupun sesebuah negara.
Kegagalan
memegang panji syariat ini pasti akan mengundang kegagalan terhadap orang-orang
bawahannya.
Dia
akan gagal mengurus dan memimpin orang bawahannya kerana tiada panduan dan
ketetapan untuk dipatuhi. Segala-galanya diuruskan mengikut hawa nafsu sahaja.
Seperti
dalam sesebuah peperangan, akan ada pemimpin yang ditugaskan untuk memegang
panji.
Jika
tumbang panji ini, pasti anggot tenteranya akan rasa cepat tertewas dan
menganggap seolah-olah mereka akan kalah.
Begitu
jugalah kita dalam organisasi, apabila pemimpin dalam sesebuah organisasi,
gagal untuk memegang panji dengan teguh dan menyebabkan ia tumbang, sudah pasti
ia akan mengundang kekecewaan kepada orang bawahan.
Mereka
menganggap para pemimpin mereka tidak lagi taat pada Allah dan ketika itu
pemimpin mereka hanya memimpin mengikut hawa nafsu sahaja.
Sebab
itu tidak hairan kita boleh lihat banyak perkara haram berlaku seperti rasuah,
penyelewengan, penipuan dan kezaliman berlaku.
Oleh
itu elakkanlah dari menjadi pemimpin yang suka mengikut telunjuk hawa nafsu.
Peganglah kembali dengan teguh panji syariat, dan jangan lepaskannya kerana ia
dapat mendorong orang bawahan untuk meningkatkan motivasi diri bagi mencapai
matlamat dan objektif yang sebenar.
Allah
berfirman:
Dan Kami
jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin,
yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka
bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan
ayat-ayat keterangan Kami.
(Surah
as-Sajdah:24)
HADIAH
BUAT PEMIMPIN YANG BERIMAN
Maka
apabila pemimpin itu benar-benar menjadi pemimpin yang beriman, maka sudah
pasti ada ganjaran dari Allah s.w.t buat mereka.
Tidak
lain dan tidak bukan adalah syurga yang menjadi idaman setiap orang. Pemimpin
yang gagal dalam pimpinannya, maka baginya neraka dan azab yang pedih.
Pemimpin
yang ke neraka ini adalah pemimpin yang secara jelas menolak ayat-ayat Allah
dan gagal dalam mempraktikkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dalam
organisasinya.
Jangalah
kita menjadi pemimpin seperti Firaun dan Taghut, tetapi jadilah pemimpin
seperti Nabi Muhammad s.a.w, di mana dia dicintai ketika hayatnya, dan dirindui
setelah wafatnya baginda.
Apakah
ganjaran syurga itu tidak besar buat kita sebagai pemimpin? Adakah ada hadiah
lain yang lebih besar lagi yang kita harapkan?
Sudah
tentu tidak. Kerana ahli neraka pun jika diberi setitis air ketika di neraka itu,
bagi mereka itu adalah hadiah dan nikmat yang sangat besar. Inikan pula sebuah
mahligai syurga Firdausi.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1.
Jadilah
pemimpin yang sentiasa sujud kepada tuhannya, dan janganlah sombong.
2.
Peganglah
paniji syariat Islam seteguh-teguhnya dan janganlah biarkan ia tumbang kerana
panji syariat adalah sumber motivasi buat orang bawah pimpinan sang pemimpin.
3.
Rebutlah
untuk menjadi pemimpin yang mendapat hadiah dari Allah s.w.t dan janganlah jadi
pemimpin yang dibenci Allah s.w.t.
4. Muhasabahlah
“Adakah aku kini seorang pemimpin yang benar-benar beriman dengan Allah
s.w.t atau tidak?”
“Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment