Jubah

Jubah

Sunday, September 21, 2014

MENJADI PEMPIMPIN WIBAWA SEPERTI RASULULLAH S.A.W

MENJADI PEMPIMPIN WIBAWA SEPERTI RASULULLAH S.A.W
PENDAHULUAN

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemimpin yang hebat di kala hayat baginda. Corak pengurusan dan pentadbiran yang diterapkan oleh baginda menajdi contoh kepada umat Islam sehingga kini.

Dalam usaha kita membentuk sebuah pengurusan dan pentadbiran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, maka persoalannya apakah syarat dan kriteria yang diperlukan?

Konsep kesederhanaan, konsep ketaatan, konsep nasihat, konsep cegahan dan suruhan, dan sebagainya dipraktikkan dalam pengurusan baginda Rasulullah s.a.w.

Dan itulah yang menjadi hebatnya pengurusan baginda dalam mentadbir Madinah dan Makkah serta seluruh wilayah jajahan Islam suatu ketika dahulu.

Seorang pemimpin Islam, perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan, tekanan dan sebagainya. Dan pemimpin Islam yang benar-benar beriman, sudah pasti akan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran.

Malah pemimpin terdahulu dikalangan para sahabat, para tabien, kesemuanya meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan yang utama.

Kerana mereka tahu, jika sebagai pemimpin membuat keputusan tidak berlandaskn keduanya itu, maka keputusannya boleh membawa kepada kebinasaan.

Dan perlu untuk kita ingat bahawa, hanya kepada Allah sahajalah kita tunduk patuh bukan selainNya. Allah s.w.t berfirman:

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

(Surah ali-Imraan:83)

RASULULLAH S.A.W: PEMIMPIN YANG TAAT PADA PENCIPTANYA

Sedangkan Rasulullah s.a.w yang maksum, yang sangat hebat pun tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t, inikan pula kita sebagai umat Islam dan juga pengikut baginda.

Rasulullah s.a.w taat kepada Allah. Adakah kita sebagai umat nya ingin bertindak untuk menentang Allah sedangkan baginda sendiri sangat taat kepadaNya?

Maka persoalan ini perlu diutarakan kepada diri kita.Allah s.w.t boleh dikatakan sebagai majikan baginda. Taatnya baginda dalam melakasnakan tugas sebagai pesuruhNya.

Tiada alasan dan tiada keluhan. Ketaatan adalah paling utama. Tanggungjawab dan amanah yang disandarkan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Baginda berusaha untuk menjadi contoh kepada umat manusia, agar dengan kcontohan tersebut, umat manusia akan taat pada Allah s.w.t.

Inilah tujuan kita dituntut oleh Allah s.w.t untuk mentaatiNya dan mentaati RasulNya. Allah s.w.t berfirman:

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
(Surah al-Maidah:92)

Maka apakah kita ingin terus berpaling dari jalan Allah dan RasulNya dalam usaha menjadi seorang pemimpin seperti baginda Rasulullah s.a.w.

Baginda taat pada Allah s.w.t, adakah kita ingin menjadi umat yang menentang Allah s.w.t? Kita mengakui akan kesaksian terhadap Allah dan Rasulullah s.a.w. Tetapi adakah syahadah itu cukup sebagai bukti kita taat pada perintahNya sendangkan hakikatnya keita sedang perlahan-perlahan meninggalkan suruhan dan larangaNya?

Maka bermuhasabahlah, jika kita pemimpin yang benar-benar beriman.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Berusahalah untuk mencontohi pentadbiran dan pengurusan baginda Rasulullah s.a.w.

2.      Jujur, amanah, menyampaikan dan bijaksana, adalah sifat terpuji pada baginda. Maka contohilah ia.

3.  Sedangkan Rasulullah s.a.w taat pada penciptaNya, adakah kita selaku umatnya memilih untuk menentang pencipta yang menciptakan Rasulullah s.a.w yang kita cintai ini?

4.      Tetap teguhlah atas tali Allah s.w.t, dan jangan menyimpanginya.

5.      Bermuhasabahlah “ Tidak mahukan aku menjadi pemimpin sehebat Rasulullah s.a.w?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam

No comments:

Post a Comment