MEMBENTUK JEMAAH YANG PROGRESIF
PENDAHULUAN
Apakah yang dikatakan jemaah yang progresif? Siapakah golongan
jemaah ini? Bagaimanakah mereka bertindak?
Dari sumber kekuatan manakah mereka menjadi golongan yang
progresif? Siapakah idola mereka dalam membentuk jemaah yang progresif?
Persoalan-persoalan ini akan sama-sama kita bincangkan di dalam
tazkirah kali ini. Dalam usaha kita membentuk jemaah yang progresif yang patuh
shariah, maka kita perlu menilai kembali prestasi diri kita seiring dengan
status kita sebagai Muslim.
Selain itu, kita juga dituntut untuk bersabar dalam perjuangan
dalam berjemaah, kerana jelas pada hakikatnya bahawa kejayaan itu hadir dengan
diiringi kesabaran.
Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan).
(Surah ali-Imraan:200)
Jelas bahawa orang yang sabar itu dikurniakan kejayaan.
Persoalannya adakah kita ini jemaah yang sabar? Adakah kita ini jemaah yang
sentiasa bersedia menghadapi kesukaran secara bersama dalam mengerjakan
kebajikan dan kebaikan?
Maka dalam usaha untuk membentuk jemaah yang progresif, perkara
pertama adalah dengan sentiasa bersedia penuh sabar terhadap segala ujian yang
bakal mendatang.
Gagal bersabar, maka matlamat yang ingin dicapai juga akan gagal.
Jika tidak sabar dan tenang, sudah pasti jemaah kita akan huru-hara dan kacau
bilau.
Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w
membentuk jemaah yang kuat dan progresif?
JEMAAH PROGRESIF: BERPEGANG PADA TALI ALLAH
Dalam usaha menjadi jemaah yang progresif, maka apakah kriteria
sesebuah jemaah tersebut? Sudah tentu yang paling utama adalah jemaah yang
sentiasa berpegang pada tali Allah s.w.t.
Setiap ahli jemaah memegang erat tali yang sama, kemudian membentuk
kekuatan yang luar biasa, dan menyusuri laluan kehidupan yang berliku dan penuh
pancaroba, maka penamatnya sudah tentu kemenangan dunia dan juga kemenangan
akhirat.
Dan
sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia),
kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang
tetap menang.
(Surah al-Maidah:56)
Jelas pada ayat ini bahawa orang atau jemaah yang meletakkan Allah dan
RasulNya serta orang-orang yang beriman sebagai penolong, dan berdiri teguh di
atas agama Allah, maka dia atau mereka adalah orang yang menang.
JEMAAH PROGRESIF: TOLONG MENOLONG KE ARAH KEBAIKAN
Jemaah yang progresif juga adalah yang memiliki ahli yang sentiasa
tolong-menolong di antara satu sama lain.
Dan hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya
(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Maaidah:2)
Jelas bagi kita bahawa jemaah yang gagal adalah jemaah yang tidak
membantu ke arah kebaikan, malah membantu ke arah kejahatan dan kemaksiatan.
Adakah jemaah ini yang kita inginkan dalam organisasi kita? Tugas kita
sebagai ahli jemaah adalah sentiasa mengingatkan sesama ahli akan tujuan
sebenar dan mengingatkan juga segala perkara berkaitan dengan syariat.
JEMAAH PROGRESIF: AKHIRAT MATLAMAT UTAMA
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa
akhirat menjadi matlamat dan tujuannya, maka Allah menjadikan semua urusannya
lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan,
barangsiapa dunia menjadi tujuan dan tumpuannya, maka Allah mengacaukan semua
urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang
ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih
Jelas bahawa jemaah yang
meletakkan akhirat menjadi keutamaannya, maka segala urusannya akan menjadi baik
dan beroleh kekayaan pada hatinya.
Dan jemaah yang meletakkan
dunia sebagai matlamatnya, maka urusannya akan huru-hara, dan kemiskinan akan
dicampakkan pada dirinya baik miskin harta dan juga miskin akhlak.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Berusahalah
kita dalam membentuk jemaah yang progresif dengan memegang tali agama.
2.
Sentiasalah
menajdi jemaah yang bertolong-tolongan ke arah kebaikan.
3. Jadikanlah
akhirat sebagai matlamat utama jemaah jika kita ingin menempa kejayaan dunia
dan kejayaan akhirat.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment