MANUSIA DISEMPURNAKAN DENGAN 4 PERBEZAAN
PENDAHULUAN
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan
di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari
benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan
selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah al-ISraa’:70)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang mulianya anak cucu Adam.
Dan pelbagai kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada umat manusia.
Dan kelebihan-kelebihan inilah yang menjadikan tamadun manusia
begitu sempurna.
Dan kita tahu bahawa setiap kita mempunyai pelbagai perbezaan, dan
perbezaan itulah yang membuatkan kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Ibarat dua tangan yang apabila digenggam bersama-sama, maka tiada
lagi ruang yang dapat dimasukkan.
Maka apakah perbezaan itu yang membuatkan kita saling melengkapi di
antara satu sama lain? Hebatnya Allah s.w.t dalam menjadikan manusia itu
berbilang bangsa dan berbilang kaum, dan tiadalah manusia itu dijadikan
melainkan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujuraat:13)
Maka apalah perbezaan tersebut?
PENGALAMAN YANG PELBAGAI DAN BERHARGA
Perbezaan pertama adalah pengalaman. Kita semua masing-masing
mempunyai pelbagai pengalaman yang tersendiri.
Pengalaman dalam kehidupan, kerjaya, dan sebagainya inilah yang
membezakan kita. Akan tetapi perbezaan ini, jika ia dimanfaatkan bersama maka
ia akan menghasilkan sebuah perhubungan yang sempurna.
Sebagai contoh ada orang pengalaman hidup yang tidak baik, maka ia
kongsikan pengalamannya itu dengan menasihati orang lain agar tidak menjadi
sepertinya.
Ada orang yang pengalamannya baik, maka ia kongsikan pada orang
lain dengan memberi motivasi dan nasihat yang bernas.
Maka inilah yang melengkapi kita sebagai umat manusia. Jangan berlaku
sombong kerna kita semua mempunyai cerita masing-masing.
ILMU PENGETAHUAN YANG LUAS
Kita juga berbeda dari segi ilmu pengetahuan. Lihat sahaja
disekeliling kita. Banyak ilmu yang terdapat pada individu di sekeliling kita.
Ada yang mempunyai kepakaran dalam perniagaan, pengurusan,
hukum-hakam agama, komunikasi dan sebagainya. Maka bukankah ini yang
menyempurnakan kita sebagai umat manusia.
Dengan ilmu yang berbeda, maka kita salaing menghormati antara satu
sama lain, dan ilmu ini jika dikongsikan maka kita mampu membina tamadun
manusia yang hebat ilmunya.
LATAR BELAKANG KEHIDUPAN
Dan seterusnya kita berbeda dari segi latar belakang. Baik latar
belakang keluarga mahupun keturunan.
Dengan berbedanya latar belakang ini, kita dapat memahami antara
satu sama lain. Berbeda dari segi adat dan juga corak kehidupan.
Di Malaysia sahaja mempunyai banyak adat. Adat pepatih dan
sebagainya. Dan latar belakang inilah yang menjadikan kita untuk saling
kenal-mengenal lebih dekat.
Selain itu, latar belakang kehidupan dari sudut harta benda juga
membedakan. Bagi yang kaya sudah pasti akan membantu yang miskin. Bagi yang
mempunyai harta, sudah pasti dia akan kongsikan bersama dengan orang yang
susah.
Dalam Islam sendiri kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan
membayar zakat. Bukankah itu tanda Islam mengajar kita untuk melengkapi antara
satu sama lain?
PERASAAN YANG BERBEZA: PENGIKAT HUBUNGAN
Dan yang terakhir adalah perbezaan kita dari sudut perasaan.
Masing-masing kita punyai perasaan yang berbeza. Perasaan sedih, gembira,
kecewa, taajub, dan sebagainya.
Seabgai contoh jika seseorang dalam kesedihan, maka akan ada
seseorang yang lain datang memujuk dan memberi sokongan padanya untuk terus
tabah.
Seseorang yang kuat perasaan motivasinya, dia akan kongsikan dengan
individu lain yang sedang rasa tertewas.
Seseorang yang sentiasa gembira, pasti akan kongsikan bagaimana
untuk tidak menjadi sedih dan duka.
Itulah namanya kehidupan. Dan Islam hadir mengajak manusia untuk
sentiasa bertolong-tolongan antara satu sama lain dalam kebaikan.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Maidah:3)
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Sesungguhnya
manusia itu disempurnakan dengan 4 perbezaan, maka manfaatkanlah ia dalam
kehidupan kita.
2.
Kita
dijadikan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain, maka berkenal-kenallah kearah
kebaikan dan ketaqwaan.
3.
Islam
hadir dengan menjadikan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment