KORBAN
DAN TAAT
PENDAHULUAN
Pada
tanggal 10 Zulhijjah 1435 bersamaan 05 Oktober 2014, adalah merupakan hari raya
Aidil Adha. Hari raya bagi umat Islam selain Hari Raya Aidil Fitri.
Aidil
Adha seperti yang kita sedia maklum adalah hari raya korban di mana umat Islam
akan mengorbankan haiwan ternakan sebagai tanda ketaatan kepada Allah s.w.t.
Apabila
kita bicara tentang korban dan taat, apakah yang kita faham tentang kedua-dua
perkataan tersebut?
Apakah
yang perlu dikorbankan dan apakah ketaatannya? Apakah kaitan antara keduanya?
Sebagai
individu Muslim, apakah kita sudah korbankan sesuatu kerana Allah s.w.t? Korbankan
sesuatu untuk Islam?
Dan
adakah kita sudah cukup taat kepada Allah s.w.t terhadap setiap perkara yang
kita korbankan?
Ada
orang yang korbankan sesuatu bukan kerana Allah s.w.t. Tetapi kerana nama dan populariti.
Dan ini adalah suatu yang merugikan diri sendiri.
Apa
gunanya korban bukan kerana Allah?
(Dan juga) orang-orang yang sabar
(dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan
hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan
perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan
Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
(Surah
ali-Imraan:17)
Maka
taatilah Allah terhadap segala perintahNya. Berusaha kita mencari redha Allah
dalam ketaatan yang sepenuhnya.
KORBANKAN
APA YANG DIMILIKI KERANA ALLAH
Kisah
kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya semata-mata kerana
Allah, adalah bukti yang sangat hebat bagi seorang hamba terhadap ketaatannya
kepada Allah s.w.t.
Bagaimana
pula dengan kita? Sanggupkah kita korbankan sesuatu yang kita sayangi dan
cintai kerana Allah s.w.t?
Seperti
kisah Qabil dan Habil yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mempersembahkan
korban mereka, dan pada akhirnya Allah s.w.t menerima korban Habil kerana ia
adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada
mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku
dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri
kepada Allah). Lalu diterima korban salah
seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban)
dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan
membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
(Surah
al-Maidah:27)
KORBAN
DAN SEDEKAH
"Supaya mereka menyaksikan
berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan
menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada
mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah
kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu
dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah
al-Hajj:28)
Setiap
korban yang kita lakukan maka sedekahkanlah ia kepada fakir miskin. Tujuannya
adalah bagi mengingati kita yang senang ini untuk membantu yang susah.
Dan
pastikan sedekah itu adalah kerana Allah s.w.t bukan kerana manusia.
KETAATAN
DALAM PENGORBANAN
Allah
s.w.t amat cintakan orang yang taat kepadaNya. Orang yang sanggup korbankan
sesuatu keranaNya.
Seperti
manusia juga jika kita cintakan seseorang, sudah tentu kita sanggup korbankan
apa jua demi memastikan orang yang dicintai itu membalas cinta kita.
Maka
pengorbanan yang bagaimanakah lagi yang dapat kita persembahkan kepada Allah
s.w.t agar Allah menyayangi kita?
Maka
bermuhasabahlah kita dalam menilai kembali. Sudah cukup taatkah kita dengan Allah
dan sudah banyakkah kita korbankan apa yang dimiliki kerna Allah dan Islam?
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Jadikanlah
setiap korban yang kita laksanakan adalah kerana Allah s.w.t.
2. Perbanyakkan
sedekah kepada fakir miskin jika redha Allah itu yang sedang kita cari.
3. Taatlah
Allah dan berusahalah meraih cintaNya jika syurga menjadi idaman kita.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment