BAGAIMANAKAH KITA MEMANFAATKAN NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN?
PENDAHULUAN
Tazkirah hari ini dimulai dengan sebuah peringatan dari Allah s.w.t
yang kita sedia maklum di mana Allah s.w.t telah berfirman:
Oleh itu
ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku
membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah
kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah al-Baqarah:152)
Allah s.w.t telah mengingatkan kita tentang suruhan untuk
mengingatiNya dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya.
Apakah nikmat yang Allah s.w.t telah berikan kepada kita? Dan
adakah nikmat yang Allah berikan kepada kita dan kita menyalahgunakannya?
Maka berawasilah kita sentiasa akan segala nikmat yang dikurniakan
Allah kepada kita agar kita tidak menyalahgunakannya atau mengkufurinya.
Apakah jenis nikmat-nikmat yang Allah kurniakan? Dan contoh-cotntoh
nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hamba dan juga khalifah adalah
seperti nikmat tubuh badan, nikmat akal, nikmat anggota, nikmat iman, nikmat
harta dan sebagainya.
Persoalannya bagaimana nikmat ini digunakan dan dimanfaatkan untuk
Islam? Ada orang yang kekurangan anggota, tetapi masih berusaha untuk ke masjid
mengimarahkan masjid.
Ada juga orang yang kekurangan anggota tubuh badan tetapi masih mampu
untuk menyampaikan dakwah. Bagaimana dengan kita?
Adakah kita ingin terus menggunakan nikmat yang ada tanpa
dimanfaatkan kepada Islam atau mulai sekarang kita manfaatkan keseluruhan
nikmat tersebut untuk Islam?
Bermuhasabahlah jika hati kita masih wujud keinginan untuk
melangkah ke syurga.
SELURUH HIDUPKU HANYA UNTUK ISLAM
Apabila kita bicara tentang seluruh hidupku hanya untuk Islam,
pernahkah kita terfikir apakah sumbangan kita terhadap Islam?
Cuba tanya anggota tubuh badan kita? Apakah sumbangan mereka pada
Islam? Cuba tanya harta kita, apakah sumbangannya kepada Islam?
Cuba tanya akal kita, apakah sumbangannya terhadap Islam? Bukankah
kita hari-hari membaca doa iftitah dalam solat di mana didalamnya terdapat ayat
yang menyebut “ Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya untuk
Tuhan sekalian Alam.”
Jika kita benar-benar memahami akan ayat tersebut, maka automatik diri
kita akan terasa untuk dimanfaatkan untuk Islam.
Nikmat yang kita manfaatkan untuk Islam, pasti ada balasannya.
Allah s.w.t berfirman:
Mereka
bergembira dengan balasan nikmat dari
Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan
pahala orang-orang yang beriman.
(Surah ali-Imraan:171)
UBAH DUNIA DENGAN SYARIAT ISLAM
Bagaimanakah kita dapat mengubah dunia dengan syariat Islam? Islam itu
aman. Dan amannya dunia apabila umatnya benar-benar mempraktikkan apa yang disyariatkan
oleh Islam.
Islam itu indah, kerana Islam memelihara umatnya dari sebarang
kerosakan dan kebinasaan. Islam memelihara dan mengangkat darjat wanita. Hak
wanita dijaga dalam Islam.
Islam menjaga kemaslahatan agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan
harta benda.
Maka apabila kita benar-benar mempraktikkan syariat Islam, dunia
akan menjadi indah dan aman. Setiap hak jiwa akan terpelihara dan Allah s.w.t
akan memeliharanya.
Dan berbaktilah kita terhadap agama Islam selagi mana kita terus
dikurniakan nikmat oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
"Dan
berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya
yang kamu sedia mengetahuinya.
(Surah asy-Syua’raa:132)
Jelas ayat ini akan suruhan untuk kita berbakti kepada Allah di
atas kurniaan nikmatNya kepada kita.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Sentiasa
kenanglah akan nikmat Allah s.w.t kepada kita dan jangan kufurinya.
2.
Manfaatkanlah
segala nikmat yang kita dapat untuk disumbangkan kepada Islam.
3. Praktikkanlah
syariat Islam dalam kehidupan kita,jika kita inginkan sebuah keamanan dan
kesejahteraan dalam hidup kita.
4.
Serahkan
jiwa raga kita untuk memperkenalkan keindahan Islam agar Islam itu difahami dan
dinilai baik oleh orang lain.
5. Bermuhasabahlah
“ Apakah nikmat yang telah dikurniakan kepadaku yang aku belum lagi
manfaatkannya untuk Islam?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment