MEMBINA PERIBADI MUSLIM MELALUI TARBIYAH
PENDAHULUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan tarbiyah? Tarbiyah adalah satu
sistem didikan Islam, yang mana dengan didikan Islam ini, terbinanya
peribadi-peribadi Muslim yang Rabbani, yang memahami Islam dan menjadi pemimpin
umat. Dan tunjang kepada tarbiah adalah Usrah.
Usrah pula bermaksud keluarga. Atau satu sistem yang didalamnya ada
seorang naqib dan ahli usrah. Naqib ini berperanan untk membimbing dan
mentarbiah anak-anak usrahnya, sehingga terbinanya peribadi muslim.
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka
beberapa pemimpin, yang membimbing kaum
masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam
menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
(Surah as-Sajdah:24)
Jelas pada ayat ini bahawa setiap kita adalah pemimpin, dan
tanggungjawab kita adalah memastikan orang yang dipimpin itu, dibimbing
mengikut hukum agama yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Maka bagaimanakah kita dapat memimpin dengan menjadi pemimpin yang Rabbani
dalam melahirkan orang bawah pimpinan kita juga menajdi Rabbani?
Rabbani itu sendiri bermaksud orang yang menyembah Allah s.w.t
dengan ilmu dan amal yang sempurna. Sayyid Qutb dalam kitabnya Tafsir fi
Zilalil Quran menyebutkan bahawa Rabbani itu bermaksud orang yang menghubungkan
dirinya kepada Allah s.w.t dengan amal ibadah.
Dan ia membawa maksud supaya kita tidak hilang connection dengan
Allah s.w.t sesaat pun. Maka persoalannya bagaimana kita ingin menjadi pemimpin
yang Rabbani ini dengan sentiasa menswitch on kan connection dengan Allah
s.w.t.
Kerna kita tahu bahawa hilangnya connection, akan binasalah diri
kita.
SOLAT: CONNECTION SWITCH TERBAIK
Solat adalah connection utama. Seperti yang kita sedia maklum
bahawa Allah s.w.t sentiasa mendengar keluhan hamba-hambaNya dan solat adalah
tempat dan waktu yang terbaik untuk kita berkomunikasi dengan Allah s.w.t.
Dalam membina peribadi Muslim yang hebat, solat adalah titik
permulaanya. Gagal solat, maka gagallah hidupnya. Cemerlang solat, maka
cemerlanglah hidupnya baik di dunia mahupun di akhirat.
Pada hal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi
tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat.
Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Surah al-Bayyinah:5)
AKHLAK YANG BAIK: CERMIN AKHIRAT
Mempunyai karakter akhlak yang baik, maka konsep tarbiyah itu akan
mula membentuk peribadi muslim yang Rabbani.
Akhlak memainkan peranan yang sangat penting. Seorang yang cacat
akhlaknya, akan mendatangkan masalah pda diri, masyarakat dan juga sesebuah
negara.
Rosaknya organisasi kerana akhlak. Akhlak yang tidak baik dan tidak
mencontohi seperti Nabi Muhammad s.a.w maka kesannya akan dapat kita lihat akan
berlakunya porak-peranda, permusuhan, persengketaan dan sebagainya.
Peribadi Muslim itu akan terserlah dengan sendirinya apabila akhlak
itu benar-benar dipraktikkan. Dengan menanam nilai tarbiyah kepada ahli atau
orang bawahan pimpnan kita, maka matlamat dalam membina individu yang Rabbani dan
cemerlang, pasti mudah tercapai.
Perlu diingatkan bahawa tarbiyah adalah kunci kepada terbinanya
peribadi muslim yang Rabbani, seterusnya membentuk keluarga yang harmoni, dan
akhirnya membina tamadun yang berjaya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Tarbiyah
adalah satu sistem didikan Islam. Maka praktikkanlah ia di mana kita berada.
2.
Organisasi
yang hebat tarbiyahnya, pasti akan mudah untuk mencapai objektif dan matlamat
yang ingin dicapai.
3.
Marilah
kita melahirkan individu yang hebat dan Rabbani ini dengan menanamkan
nilai-nilai tarbiyah dan mendidik dengan syariat Islam.
4.
Pelihara
solat, dan mempraktikkan akhlak yang baik, jika ingin membuka kunci kejayaan
yang lebih besar.
5.
Bermuhasabahlah
“ Apakah tanggungjawab aku dalam mentarbiyah orang bawahan ku sudah
terlaksana atau belum?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment