Jubah

Jubah

Thursday, July 24, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN 12: JALAN KEMENANGAN BUAT SANG MUKMIN

TAZKIRAH RAMADHAN 12
JALAN KEMENANGAN BUAT SANG MUKMIN
PENDAHULUAN

Apakah ia jalan kemenangan sang mukmin? Seringkali kita mendengar kisah-kisah orang yang berjaya dan menang dalam apa jua bidang atau tugasan.

Hanya kerana mereka mengikut jalan yang betul dan benar. Jika betul jalannya, pasti kemenangan itu akan jadi mudah.

Walaupun jalan itu berliku, tetapi jika ia berlandasakan dengan panduan yang sahih, maka baginya kejayaan di penghujungnya.

Bagaimana pula dengan Ramadhan kita? Adakah kita melalui Ramadhan dengan jalan yang betul?

Apakah kita taat segala suruhan dan meninggalkan segala larangan sepanjang kita melalui jalan-jalan bulan Ramadhan ini?

Maka nilailah kembali. Kadang-kadang kita sangkakan kita di atas jalan yang betul, akan tetapi hakikatnya ia adalah salah. Buktinya di akhir penghujung Ramdahan kita, kita gagal mencapai kemenangan sebagai seorang mukmin.

Bukankah kemenangan yang hakiki di bulan Ramadhan adalah apabila kita dapat berubah secara menyeluruh lebih baik dari sebelumnya?

Pekara-perkara salah atau yang haram yang kita lakukan adakah kita sudah tinggalkannya?

Jika belum dan masih di bulan Ramadhan ini tiada perubahan, maka itu tandanya kita sedang lalu jalan Ramadhan yang lain yang tidak sama dengan umat Islam yang lain.

Maka kemenangan yang bagaimanakah yang kita inginkan lagi jika kemenangan yang sepatutnya kita dapat kita gagal meraihnya hanyasanya kita tidak benar-benar patuh atas ketaatan jalan yang yang telah ditetapkan.


HIJRAH JALAN KEMENANGAN

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah an-Nisaa’:100)

Jelas pada ayat ini bahawa jika seseorang itu berhijrah pada jalan Allah, maka baginya pintu rezeki yang sangat luas.

Bagaimanakah dengan kita? Adakah kita berhijrah kerana Allah s.w.t? Cuba perhatikan sejenak kehidupan kekeluargaan kita, kerjaya kita dan sebagainya.

Adakah kesemuanya itu sedang kita hijrahkan kerana Allah s.w.t? Jika ya, maka Alhamdulillah.

Oleh itu, jika kita inginkan kemenangan di dunia dan akhirat, jadikan hijrah kita adalah kerana Allah s.w.t.

Rezeki untuk kita itu ada. Akan tetapi ia tertahan kerana dek dosa yang kita lakukan. Diriwayatkan dari hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda: “Sesungguhnya seseorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya” (HR. Ahmad)

Maka tetap teguhlah atas jalan Allah s.w.t jika kita adalah kaum yang mahu beringat dan insaf.

Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
(Surah al-An’am: 126)

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang membawa kita ke jalan kemenangan.

2.      Berubahlah kerana Allah dan RasulNya, bukan kerana manusia.

3.      Berhijrahlah kita ke arah kebaikan kerana padanya ada rezeki yang luas.

4.      Peliharalah diri dari dosa kerana rezeki itu tertahan dek disebabkan dosa.

5.      Bermuhasabahlah “ Jalan bagaimanakah yang kita ingin pilih lagi selain jalan Islam yang telah Allah tetapkan buat umat manusia?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


TAZKIRAH RAMADHAN 11: TANGGUNGJAWAB UNTUK MENASIHATI

TAZKIRAH RAMADHAN 11
TANGGUNGJAWAB UNTUK MENASIHATI
PENDAHULUAN

Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa.
(Surah al-An’aam:69)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa kita tidak akan dipertanggungjawabkan atas dosa-dosa orang lain, melainkan setelah kita menasihati mereka.

Tugas kita sebagai individu muslim adalah menasihati orang lain akan kebaikan dan ketaatan terhadap Allah dan RasulNya.

Selain kebaikan, apakah lagi yang boleh kita nasihatkan? Iaitu nasihat berkaitan dengan larangan Allah s.w.t.
Percaya atau tidak reality umat sekarang suka buat sesuatu yang Allah larang, dan berat untuk lakukan yang Allah suruh.

Adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang demikian?

Dan tujuan kita saling menasihati adalah kerana satu perkara iaitu adalah untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Seperti yang kita ketahui, setiap kita bertanggugjawab dalam menasihati tetapi kita tidak dipertanggugjawabkan atas dosa jika mereka menolak nasihat yang diberikan.

Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.
(Surah al-Baqarah:119)

Jelas bahawa orang yang menasihati tidak akan dipertanggungjawabkan jka golongan tersebut menolak nasihatnya itu.

JANGAN TAKUT DALAM MENYAMPAI KEBENARAN

Apakah kita pernah terfikir bagaimanakah Rasulullah s.a.w berani dalam menyampaikan dakwahnya?
Itulah hebatnya baginda. Adakah kita mampu seperti baginda?

Cuba kita mulakan di tempat kerja. Mendidik rakan sekerja tentang syariat Islam, akhlak yang soleh dan solehah dan sebagainya.

Putus asa? Jangan berputus asa. Apakah kita tegar untuk melihat sahabat handai kita, ahli keluarga kita dicampakkan ke dalam api neraka?

Sudah tentu tidak. Maka kita memainkan peranan yang sangat penting selaku individu muslim.
Orang yang nampak dan menerima kebenaran maka ia memberi faedah pada dirinya. Allah s.w.t berfirman:

(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Surah al-An’aam:104)


PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Berusahalah untuk saling menasihati antara satu sama lain terhadap syariat Allah s.w.t.

2.      Nasihatlah dengan penuh hikmah kerana itu adalah cara Nabi Muhammad s.a.w

3.      Orang yang menerima kebenaran, maka faedah kembali pada dirinya.

4.      Bermuhasabahlah “ Apakah sumbangan kita dalam menegakkan syariat Allah s.w.t?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam

Monday, July 21, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN 10: MUKMIN DAN SYIAR ISLAM

TAZKIRAH RAMADHAN 10
MUKMIN DAN SYIAR ISLAM
PENDAHULUAN

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
(Surah al-Hajj:32)

Jelas pada ayat ini bahawa, orang-orang yang menghormati syiar Islam, memeliharanya dengan baik, itu tandanya dia adalah orang yang bertaqwa.

Bagaimana dengan kita sekarang ini? Adakah kita menghormati syiar-syiar Islam? Adakah kita menghormati setiap kepatuhan shariah yang kita laksanakan?

Dalam usaha kita membangunkan kepatuhan shariah di dalam pengurusan dan pentadbiran, kita kena kembali pada matlamatnya iaitu dalam usaha mewujudkan sebuah pengurusan dan pentadbiaran yang bersih dan telus.

Dan usaha kita bersama dalam melahirkan individu yang mukmin dan professional di kalangan pekerja-pekerja kita.

Apabila kita bicara tentang syiar Islam, pernahkah kita terfikir sejauh manakah ketaqwaan kita pada Allah s.w.t?

Pada level manakah tahap ketaqwaan kita dengan Allah s.w.t? Jika kita menentang syiar Islam, maka jelas kita berada di paras bahaya.

Jika kita menghormatinya, maka kita ada ciri-ciri sifat orang bertaqwa.

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
(Surah al-Baqarah:103)

Tiadak mahukah kita menggapai janji Allah ini? Orang yang beriman pasti akan berkejar-kejaran untuk mendapatkannya.

BERKATA-KATA BAIK PADA PENENTANG KEBENARAN

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
(Surah al-Israa’:53)

Sebagai invidu muslim, wajar bagi kita untuk berkata-kata yang baik. Sama ada sesama rakan sekerja atau orang lain yang menentang kita.

Dan berawasilah kita dengan syaitan. Jangan biarkan mereka memporak-perandakan kehidupan kita, baik dalam organisasi, keluarga mahupun masyarakat.

Jika kita berselisih pendapat, berkata-katalah dengan yang baik-baik.

Hebatnya Rasulullah s.a.w hinggakan dirinya disegani oleh pihak musuh. Hanyasanya baginda memiliki akhlak yang mulia.

Setiap tutur bicara baginda, membuatkan pendengarnya rasa tenang. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sebegitu atau sebaliknya?

Adakah setiap kali kita bicara pasti akan menyakitkan hati orang lain? Jika ya, maka jauhilah ia.

Tegakkan syiar Islam di mana kita berpijak, dan berkata-katalah dengan perkataan yang baik, kerana itu sifat orang yang bertaqwa.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Hormatilah syiar-syiar agama Allah jika kita ingin memilki sifat orang yang bertaqwa.

2.    Berusahalah dalam mempraktikkan syiar Islam di mana sahaja kita berpijak, kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai invidu muslim.

3.      Pelihara bicara kita dan contohilah Rasulullah s.a.w dalam kaedah berbicara.

4.      Bekata-kata baik terhadap orang yang menentang usaha kita dalam menegakkan syiar Islam.

5.      Bermuhasabahlah “ Benarkah kita adalah mukmin yang bertaqwa sekarang ini?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam

TAZKIRAH RAMADHAN 9: RAHMAT DALAM KETAATAN

TAZKIRAH RAMADHAN 9
RAHMAT DALAM KETAATAN

PENDAHULUAN

Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatanselama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
(Surah al-Nahl:52)

Jelas dari ayat di atas menerangkan kepada kita  tentang peranan kita selaku hamba untuk sentiasa taat padaAllah selama-lamanya.

Dan kita juga dituntut untuk tidak takut selain Allah s.w.t.

Bagamainakah ketaatan kita ketika ini? Sudah hampir berakhirnya Ramadhan. Adakah iman kita makin mantap atau tetap di paras bawah?

Adakah kita berada di paras bahaya di mana bila-bila masa sahaja kita akan hilang rasa nikmat ketaatan dan kecenderungan terhdap kemungkaran?

Maka berawasilah kita ketika ini. Peranan kita sebagai hamba dan juga khalifah perlu dititikberatkan.

RAHMAT APABILA BERSATU DALAM AGAMA ALLAH

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
(Surah Hud:119)

Bagaimanakah dengan kita? Adakah kita sudah bersatu dalam agama Allah s.w.t? Sudah pasti belum lagi. Kenapa?

Sebab kita masih bertelagah dan bermasam muka pada isu-isu kecil. Kita masih tidak mempraktikkan amar maaruf dan nahi mungkar.

Kita masih melihat umat Islam lain terus-menerus melakukan kemungkaran sedangkan kita mempunyai kekuatan dalam menegur mereka.

Kezaliman di antara kita sesame umat Islam masih berlaku. Kita zaling menzalimi antara satu sama lain.
Maka adakah kita masih berasa kita sedang berada dalam rakmat Allah s.w.t? Sudah tentu tidak.

PEMIMPIN TAAT RAKYAT JUGA AKAN TAAT

Sempena bulan Ramadhan ini, maka marilah kita berusaha menjadi pemimpin yang taat. Baik pemimpin dalam sesebuah organisasi, jabatan, keluarga mahupun masyarakat amnya.

Jika pemimpin taat, rakyat juga akan taat. Begitulah juga sebaliknya.

Pemimpin taat pada apa? Iaitu pemimpin yang taat pada perintah Allah, taat dalam melaksanakan syariat Allah, dan taat dalam menjauhi segal laranganNya.

Dan Allah s.w.t juga menasihati kita agar kita tidak mentaati orang yang melampau batas. Allah s.w.t berfirman:

"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
(Surah As-Syuaara’:151)

Jelas bahawa kita dilarang mentaati perintah orang yang melampaui batas. Iaitu orang yang melampaui batas-batas agama.

Perintah melakukan kemungkaran, kezaliman dan sebagainya, maka jauhilah ia.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Sesungguhnya dalam ketaatan ada kerahmatan.

2.      Jadilah pemimpin yang taat, jika mahukan rakyat juga taat.

3.      Jadikan bulan ini bulan ketaatn yang sebenar-benarnya.

4.      Jauhilah segala arahan perintah yang keluar dari syariat Islam, kerana padaNya ada kermurkaan dari Allah s.w.t.

5.      Bermuhasabahlah kita “ Adakah kita benar-benar taat?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam

TAZKIRAH RAMADHAN 8: 10 MALAM TERAKHIR

TAZKIRAH RAMADHAN 8
10 MALAM TERAKHIR
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,(1)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?(2)
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3)
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);(4)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(5)

(Surah al-Qadr:1-5)

Bagaimanakah 10 malam terakhir kita? Seperti yang kita ketahui, 10 malam terakhir padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Peluang yang ada setahun sekali. Mungkin dalam seumur hidup. Maka apakah yang kita akan buat untuk mengambi manfaat darinya?

Apakah yang kita akan doa ketika malam lailatul Qadar? Maka peluang ini jangan disia-siakan.
Seperti mana apabila kita mendapat tahu ada mega sale dari tempoh sekian sekian, maka ketika itu kita rasa sangat teruja.

Kita akan berusaha untuk mendapat barangan pilihan kita. Berebut-rebut untuk mendapat hasil belian.
Maka begitu jugalah kita dengan 10 malam terakhir. Berlumba-lumba membuat kebaikan. Kerana padanya ada pahala yang berganda-ganda.

MOHON AMPUN SEBENAR-BENAR AMPUN

Di malam-malam terakhir, apakah kita berasa dosa kita sudah terampun? Cukup yakinkah kita? Jika tidak, maka apakah tindakan kita?

Maka beristighfar dan berdoalah kepada Allah agar diampunkan segala dosa samada dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Sahih Bukhari)

TIINGKATKAN IMAN MALAM-MALAM TERAKHIR

Apa yang kita risaukan ialah jika di bulan Ramadhan pun iman kita tidak kuat, maka bagaimanakah kita akan hadapi di luar bulan Ramadhan?

Sudah bersediakah hati kita menghadapi tentangan dari syaitan? Syaitan tidak akan pernah redha jika manusia itu masuk ke syurga Allah. Mereka akan berusaha membawa kita bersama mereka ke lembah neraka.

Dan kita telah diebri amaran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Maka bagaimana kita mengahdapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah al-Baqarah:208)

Maka bagaimanakah persediaan kita? Cukup kuatkah atau masih lemah? Maka bermuhasabahlah kita.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Manfaatkanlah malam lailatul qadar dengan mempertingkatkan amal ibadah.

2.      Harapkanlah keampunan dari Allah dengan bersungguh-sungguh.

3.      Perkuatkan iman kita kerana selepas Ramadhan, syaitan akan menyambung semula tugasnya iaitu menyesatkan manusia.

4.      Jadikan malam-malam terakhir adalah malam yang dirindui dengan bulan Ramadahan ini.

5.      Bermuhasabahlah “ Apakah persediaan kita pada malam-malam terakhir ini?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam