NILAI-NILAI MURNI PEKERJA
PENDAHULUAN
Seperti yang kita sedia maklum bahawa setiap organisasi mempunyai
nilai-nilai murninya tersendiri. Dan tujuan nilai-nilai murni itu diwujudkan
adalah bagi melahirkan pekerja-pekerja yang mempunyai peribadi syaksiah yang
tinggi.
Dan ia sangat penting. Ia ibarat sebuah tonik yang memberi tenaga
kepada pergerakan organisasi untuk bergerak lebih maju ke hadapan.
Dalam Islam, akhlak yang hasanah sangat memainkan peranan yang
penting dalam membentuk peribadi seseorang khususnya umat Islam.
Dengan wujudnya sikap akhlak yang hasanah maka persekitaran menjadi
aman dan harmoni.
Apakah nilai-nilai murni yang kita ada? Apakah kita benar-benar
mempraktikkannya? Dan siapakah yang perlu memainkan peranan yang penting untuk
menyuntik tonik nilai-nilai murni ini dikalangan pekerja?
Dan kita dituntut untuk berusaha untuk membuat kebaikan pada diri
sendiri termasuk dalam melaksanakan nilai-nilai murni.
Allah s.w.t berifrman:
Dan dirikanlah
oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan
dari kebaikanuntuk diri kamu, tentulah kamu
akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa
Melihat segala yang kamu kerjakan.
(Surah al-Baqarah:110)
Jelas kita dituntut untuk dahulukan segala kebaikan pada diri
sendiri termasuk dalam membentuk peribadi diri yang lebih baik.
ALLAH KASIH AKAN KEBAIKAN
Apabila nilai-nilai murni diterapkan dalam diri, maka kita akan
dipandu untuk melakukan segala perkara yang membawa kepada kebaikan.
Keikhlasan, kejujuran, professional, kesungguhan, keazaman,
kerjasama dan sebagainya adalah merupakan nilai-nilai murni yang baik yang
boleh kita adaptasikan di dalam organisasi kita.
Dengan adanya nilai-nilai murni ini, maka objektif kita untuk pembangunan
modal insan akan lebih baik.
Allah s.w.t ada berfirman mengenai kasihnya Dia kepada orang yang
membuat kebaikan:
Oleh
itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan
pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya).
Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Surah ali-Imraan:148)
Jelas dalam ayat ini bahawa Allah s.w.t sangat mengasihi akan
orang-orang yang berbuat kebaikan.
PERMASALAHAN BERPUNCA DARI KITA
Kadang-kadang kita terfikir apabila berlakunya permasalahan baik
masalah dalaman mahupun luaran, dari manakah ia berpunca? Sudah tentu ia datang
dari kita sendiri. Kegagalan kita dalam menerapkan aspek syariah dan akhlak,
mengundang kepada bencana dan permalsahan.
Dan ia akan menjadi lebih parah jika ia tidak diselesaikan dengan
segera. Allah s.w.t berfiman:
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang
engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu
maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau
(wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang
membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran
hakikat ini).
(Surah an-Nisaa’:79)
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Berusahalah
untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pekerja agar kualiti pekerja
menjadi lebih baik dan mengagumkan.
2.
Segala
kebaikan yang kita buat adalah semata-mata untuk mendapat kasih Allah s.w.t dan
redhaNya.
3.
Terapkan
syariah dan akhlak di dalam jabatan dan sentiasa memastikan kedua-duanya
dipraktikkan dengan secara jelas dan baik.
4.
Organisasi
yang hebat bergantung kepada pekerja-pekerjanya. Hebat pekerjanya, maka
hebatlah organisasi.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallaualam
No comments:
Post a Comment