Jubah

Jubah

Tuesday, January 20, 2015

MEREKA SAKSI PERBUATAN KITA

MEREKA SAKSI PERBUATAN KITA
(Gambar Hiasan)
PENDAHULUAN

Apabila kita bicara tentang penyaksian, sudah tentu ia melibatkan sesuatu kes atau perbuatan atau perbicaraan.

Di mana penyaksian ini digambarkan sebagai saksi terhadap perbuatan salah laku.Di dalam mahkamah, saksi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sesuatu hukuman.

Maka tazkirah kali ini ingin sama-sama kita bermuhasabah bagaimana penyaksian terhadap kita di akhirat kelak?

Siapakah saksi itu? Bolehkah kita merasuah mereka di akhirat kelak? Apakah yang akan mereka katakan di dalam penyaksian mereka?

Allah s.w.t berfirman:

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah Fussilat:20)

Jelas pada ayat ini bahawa ketika manusia yang telah terpilih ke neraka , maka pendengaran dan penglihatan menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka kerjakan di dunia sebelum ini.

Adakah kita inginkan pendengaran dan penglihatan kita untuk menyaksikan perkara-perkara yang buruk tentang kita? Sudah tentu tidak.

Sudah tentu kita akan gentar dengan penyaksian mereka. Kerana kita tidak mampu menghalang mereka dengan apa cara sekalipun.

Justeru itu, berwaspadalah dengan saksi-saksi ini jika kita ingin selamat di akhirat kelak.

Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
(Surah Fussilat:21)

Jelas bahawa setiap kejadian yang diciptakan itu mampu untuk berkata-kata dengan izinNya. Dan kulit-kulit kita sudah tentu akan berkata-kata terhadap kita.

Jika kita di dunia baik, banyak beramal soleh, maka sudah tentu penyaksian mereka adalah baik.

SANGKA ALLAH TIDAK KETAHUI

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
(Surah Fussilat:22)

Jelas pada ayat ini bahwa kebanyakan kita yang melakukan kemungkaran dan kejahatan menyangkakan Allah tidak ketahui. Padahal Allah itu Maha Mengetahui dan pendengaran dan penglihatan kita itulah yang menajdi saksi selama ini.

Maka adakah kita masih ingin menyorok-nyorok untuk melakukan kemungkaran dan kejahatan sedangkan saki-saksi ini sedang mengawasi kita?

Malah disebabkan sangkaan sedemikianlah kita hanya membinasakan diri sendiri. Kita rugi akhirat sebab membuat sangkaan yang tidak tepat dengan Tuhan.

"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
(Surah Fussilat:23)

TIADA LAGI PERMOHONAN

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.
(Surah Fussilat:24)

Maka jelas bahwa sama ada kita sabar atau tidak , jika kita sudah terpilih ke neraka maka itulah tempat tinggal kita kelak. Dna jika ketika itu kita memohon kepada Tuhan untuk diberi peluang kedua, sudah tentu permohonan itu tidak diterima.

Maka selagi nyawa dikandung badan, kita masih mempunyai pilihan. Kita masih mampu untuk design hidup kita ke arah yang lebih patuh shariah.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Sentiasa berawasilah dengan saksi-saksi Allah ini.

2.      Berimanlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui.


3.      Kita masih ada peluang. Maka designlah kehidupan kita ke arah lebih patuh shariah.

No comments:

Post a Comment