‘SEDANGKAN KAMU MENGETAHUI SALAHNYA’
PENDAHULUAN
Tazkirah kali ini akan dikongsikan berkaitan dengan amanah dan
tanggungjawab. Amanah yang telah diberikan kepada kita untuk kita
laksanakannya.
Setiap kita ada amanah tersendiri. Dan amanah ini jika tidak dijaga
dengan baik dan tidak dipelihara dengan sebaiknya, maka ia akan menjadi
khianat.
Sedangkan di dalam Islam, khianat adalah sikap yang semestinya di
benci oleh Allah dan RasulNya. Maka apakah kita ingin berlaku khianat terhadap
amanah yang telah dipertanggungjawabkan?
Apakah hukum khianati amanah?
Sudah tentu ia jatuh hukum haram dan berdosa.
Dalam aspek kerjaya, amanah yang telah ditugaskan kepada kita
sepatutnya di laksanakan dengan baik.
Akan tetapi malangnya, terdapat sebahagian umat Islam yang apabila
diberi amanah, dia khianati. Dan kesan khianat itu menjadikan umat
porak-peranda.
Allah s.w.t ada berfirman mengenai amanah ini:
Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya).
(Surah al-Anfaal:27)
Jelas pada ayat ini bahawa ayat larangan itu menunjukkan perbuatan
mengkhianati amanah itu adalah haram dan berdosa.
Maka awasi diri kita sentiasa agar kita tidak dikategorikan sebagai
pengkhianat amanah. Kerna Allah dan Rasul tidak pernah menyukainya.
KERJA ITU IBADAH DAN AMANAH
Kerja yang kita saban hari lakukan adalah merupakan ibadah dan juga
amanah. Maka perlu untuk kita memastikan ia benar-benar dilaksanakan dengan
baik.
Bagaimanakah kerja itu dikatakan ibadah dan amanah? Iaitu dengan
memastikan kerja itu disiapkan dengan baik dan sempurna.
Kualiti kerja yang diamanahkan itu sentiasa pada tahap yang
terbaik. Tiada penyelewengan di dalam tugasan atau kerja yang diberikan.
Seperti mana kita pelihara solat kita sebaik mungkin tanpa ada
cacat celanya, begitulah juga kerja kita yang kita sedang lakukan setiap hari.
Dalam solat, kita penuh berhati-hati dan teliti dalam setiap rukun.
Dan kita mengharapkan solat yang ditunaikan itu diterima oleh Allah s.w.t.
Malah kita juga mengharapkan ganjaran dari Allah setiap solat atau ibadah
yang kita lakukan.
Begitulah juga dalam bab kerja. Kerja itu ibadah. Dan perlu ia
disempurnakan dengan baik dan penuh teliti agar ia menjadi kerja yang
berkualiti tanpa ada cacat celanya di mana penghujungnya hasil kerja tersebut
memuaskan hati banyak pihak.
Selain itu, kerja juga adalah amanah. Amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada kita perlu untuk kita tunaikan ia dengan cara baik
dan sempurna.
KHIANAT ITU DOSA
Sesungguhnya
Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
tiap-tiap seorang yang khianat,
lagi tidak bersyukur.
(Surah al-Hajj:28)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t tidak suka kepada orang yang
berlaku khianat. Khianat terhadap janji serta khianat terhadap amanah.
Maka apakah yang pelru kita lakukan sekarang ini? Adalah dengan
memastikan amanah kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dipelihara
dan dilaksanakan dnegan baik.
Kita cakap kita tidak mahu masuk ke neraka, dan kita doa yang kita tidak mahu masuk ke
neraka, tetapi kita masih lagi khianat terhadap amanah yang kita lakukan.
Maka bermuhasabahlah kita jika kita ini benar-benar ingin melangkah
ke syurga Allah s.w.t dengan langkah yang sempurna.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Sentiasa
kita pastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan baik.
2.
Kerja
itu ibadah. Maka sempurnakanlah ia dengan baik.
3.
Kerja
juga amanah. Maka peliharalah ia jangan sampai dikhianati.
4.
Allah
tidak suka kepada orang yang khianati amanahnya. Maka berwaspadalah.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah aku ini bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan atau tidak?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment