KESALAHAN
DAN HUKUMAN: MENDIDIK DIRI UNTUK TAAT
PENDAHULUAN
Setiap
kesalahan, sudah pasti ada hukumannya. Sama ada hukuman tersebut berat mahupun
ringan, terpulang bagaimana bentuk kesalahan tersebut.
Dan
tujuan hukuman itu diberikan adalah sebagai didikan dan pengajaran buat pelaku
serta orang lain agar kesalahan yang sama tidak berulang.
Seperti
dalam sebuah organisasi, jika didapati ada pekerja yang melakukan kesalahan
yang bertentangan dengan polisi syarikat, maka baginya sebuah hukuman.
Hukuman
sebagai didikan, mahupun peringatan atau pengajaran kepada si pelaku untuk
tidak mengulanginya lagi.
Dan
dengan hukuman tersebut, maka si pelaku akan menjadi lebih taat.
Bagaimana
pula kita dengan kehidupan ini? Bukankah kita milik sang pencipta? Bukankah
kita ini dijadikan oleh Allah s.w.t? Dihidupkan untuk memakmurkan buminya ini?
Diberi peluang untuk berjalan dimuka bumi ini dengan izinNya?
Maka
persoalannya, apakah kita merasakan kita tidak akan mendapat hukuman jika kita
melakukan kesalahan di dunia ini? Sudah tentu padanya tetap ada hukuman.
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api
menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka;
dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu,
bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"
(Surah
az-Zumar:16)
Jelas
pada ayat ini bahawa telah disediakan sebuah tempat hukuman bagi hamba yang
tidak taat dan tidak patuh akan suruhanNya.
HATI
KERAS MEMBATU UNTUK INSAF
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah
dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah
petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan
selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras
membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka
yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Surah
az-Zumar:22)
Adakah
kita ini tergolong dikalangan golongan yang keras hati seperti batu? Yang susah
untuk meneriman nasihat dan peringatan dari Allah s.w.t?
Maka
perlu kita berawasi terhadap segala perbuatan, percakapan kita. Kerna jelas
dari ayat tadi bahawa orang yang membatu hatinya dari menerima peringatan, maka
dia akan berada di dalam kesesatan yang nyata.
ALLAH
TIDAK PERNAH MENGUBAH JANJINYA
Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab
(disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan
balasan imannya? Sudah tentu tidak) ! Oleh itu adakah engkau berkuasa
menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan
mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk
mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah;
Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
(Surah
az-Zumar:19-20)
Jelas
pada ayat-ayat di atas bahawa janji Allah itu adalah benar dan tidak sekali-kali
Allah mengubah janjiNya.
Bagi
yang suka melakukan kesalahan di dunia dengan tidak patuh terhadap suruhan dan
laranganNya, maka baginya hukuman yang sangat keras.
Bagi
yang taat setia akan perintahNya, baginya syurga idaman setiap jiwa.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Setiap
kesalahan pasti ada hukumannya. Maka awasilah diri sentiasa dari melakukan
kesalahan yang telah dilarang.
2. Lembutkan
hati untuk meneriman segala peringatan dari Allah jika kita ini benar-benar
ingin tergolong dikalangan orang yang beriman.
3. Allah
tidak pernah mengubah janjiNya. Maka bergembiralah wahai orang yang beriman,
dan berwaspadalah wahai orang yang ingkar dan kufur.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment