Jubah

Jubah

Thursday, September 3, 2015

ANDAI KITA BERHARAP SEBUAH PERTEMUAN DENGAN ILAHI

ANDAI KITA BERHARAP SEBUAH PERTEMUAN DENGAN ILAHI

PENDAHULUAN

Di akhirat kelak, kita berharap agar dapat dipertemukan dengan Tuhan yang menciptakan. Tuhan yang Mengatur hidup kita, Tuhan yang memberi rezeki dan nikmat ketika di dunia.

Kerana kita sedar, pertemuan itu adalah pertemuan paling besar di Akhirat kelak.Tetapi apakah wujud syarat yang perlu kita lengkapi untuk mendapat tiket pertemuan tersebut? Sudah tentu ada.
Allah s.w.t berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Surah al-Kahfi:110)

Jelas pada ayat ini bahawa sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Allah s.w.t, maka perlulah baginya untuk sentiasa mengerjakan amal soleh.

Jika tidak, maka ia adalah satu kerugian yang besar buat kita sebagai manusia.

SIAPA GOLONGAN YANG RUGI?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(Surah al-Kahfi:103-105)

Jelas pada ayat ini bahawa golongan yang rugi adalah golongan yang sentiasa kufur akan ayat-ayat Allah s.w.t.

Adakah kita begitu? Adakah kita ini jenis yang taat separuh dan ingkar separuh? Maka berawasilah kita jika kita benar-benar umat yang berakal.

ALLAH S.W.T DI DALAM KEHIDUPAN KITA

Dalam usaha kita melayari bahtera organisasi kita ke arah kecemerlangan dan servis yang terbaik, maka perlu untuk kita sentiasa merasai akan wujudnya Allah s.w.t dalam kerja kita.

Tujuannya adalah bagi memastikan kita ini dipandu di atas jalan yang benar, yang diredhai oleh Allah s.w.t, seterusnya selamat tiba di persisiran syurga Allah s.w.t.

Tetapi persolannya bagaimana? Sudah tentu dengan cara kita mewujudkan suasana Islamiah dan Syariah di tempat kerja.

Kita dituntut untuk sentiasa bersama-sama dengan golongan yang boleh dan selalu mengingatkan kita terhadap Allah s.w.t.

Justeru itu, perlu kita wujudkan Susana yang soleh dan solehah bagi mencapai apa yang dikatakan sebagai mardhatillah.

PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Jika kita menghadarap pertemuan dengan Allah s.w.t, maka perbanyakkanlah amal soleh.

2.      Elakkan diri kita dari menjadi golongan yang rugi iaitu golongan yang sia-sia amal baiknya di dunia.

3.      Wujudkan suasana yang soleh dan solehah yang boleh mengingatkan kita sentiasa terhadap Allah s.w.t.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam 

No comments:

Post a Comment