“TIDAKKAH
KAMU BERFIKIR?”
PENDAHULUAN
Setiap
kita diberikan oleh Allah s.w.t akal fikiran. Dan tidaklah akal fikiran ini
dikurniakan kepada kita melainkan agar kita manfaatkannya untuk berfikir.
Berfikir
tentang apa? Berfikir terhadap segala perkara berkaitan dengan kehidupan kita
di dunia ini.
Dan
sebagai hamba dan juga khalifah di muka bumi ini, sudah tentu kita dituntut
untuk sentiasa berfikir terhadap segala ciptaan Allah s.w.t.
Tujuannya
adalah untuk kita merasa akan kewujudan Allah seterusnya membina hubungan yang
baik denganNya.
Tetapi
malangnya, ada sebahagian umat manusia yang tidak suka berfikir. Jika berfikir
pun, ia lebih cenderung ke arah yang negatif.
Kerana
baginya memikirkan tentang agama adalah sesuatu yang memenatkan atau
membosankan sedangkan kehidupan dunia hanya sementara dan kehidupan akhirat
kekal selamanya.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu
berfikir?
(Surah
al-An’aam:32)
TAAT
PERINTAH ,TINGGI DARJAT
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya
dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung
kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti
anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah,
dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah
kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
(Surah
al-A’raaf:176)
Jelas
pada ayat ini bahwa golongan yangs entiasa berusaha mengamalkan perintah
ayat-ayat Allah s.w.t maka diberikan pangkat dan darjat disisi Allah s.w.t.
Begitulah sebaliknya bagi mereka yang lebih cenderung kepada kehidupan dunia.
Malah
orang yang memilih untuk mendustakan ayat-ayat Allah, mereka hanya emnzalimi
diri mereka sendiri.
Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
(Surah
al-A;raaf:177)
LALAI
MEMAHAMI AYAT AL-QURAN,GAGAL BEFIKIR
(Sekalipun
demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka
tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini;
dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang
mereka terus-menerus mengerjakannya;
(Surah
al-Mu’minuun:63)
Adakah
kita termasuk golongan yang sedemikian? Yang sentiasa lalai dalam memahami
keterangan-keterangan di dalam al-Quran.
Oleh
itu, elakkan diri kita dari menjadi golongan yang tidak mengambil iktibar dari
keterangan ayat al-Quran kerana kita sudah diberi kebaikan berbentuk akal fikiran
untuk berfikir.
KETERANGAN
SUDAH DISAMPAIKAN TETAPI TETAP INGKAR DAN KUFUR
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di
antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta
bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku
kufur.
(surah
Al-Furqaan:50)
Jelas
pada ayat ini bahawa masih terdapat golongan yang terus ingkar walaupun sudah
berulangkali peringatan itu disampaikan.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Jadilah
kita sebagai hamba dan khalifah yang sentiasa berfikir akan kekuasaan Allah
s.w.t.
2. Sentiasalah
memerhatikan keterangan Allah s.w.t agar kita untung dunia dan akhirat.
3. Andai
kita terus memilih untuk ingkar, maka bersedialah di hari pembalasan yang mana
tiada siapa pun yang dapat melepaskan diri darinya.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment