“LAKSANA SYARIAT, KEHIDUPAN SELAMAT”
PENDAHULUAN
Bila mana kita menyebut tentang syariat, maka apakah yang ada di
dalam pemikiran kita? Sudah tentu kita akan fikirkan keterbatasan kita terhadap
sesuatu perkara.
Dan keterbatasan itu adalah bertujuan untuk melindungi kita dari
cenderung ke arah kehidupan yang negatif
Tetapi malangnya masih ramai di antara kita yang tidak memahaminya
dengan baik seterusnya memandang syariat itu sebagai negatif.
Sedangkan bilamana syariat itu dilaksanakan, maka kehidupan akan
menjadi selamat dan sejahtera.
Bukankah kita inginkan kehidupan yang sejahtera baik untuk diri
kita, mahupun keluarga.
Dan sudah tentu untuk mencapai kehidupan yang sejahtera serta
selamat, maka al-Quran menjadi panduan hidup kita.
Allah s.w.t berfirman:
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan
jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut
keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur)
kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya
juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(Surah al-Maidah:16)
Jelas pada ayat ini bahawa al-Quran itu diturunkan sebagai
jalan-jalan keselamatan buat kita yang berusaha untuk mencapai keredhaanNya.
Maka apakah yang perlu kita lakukan? Praktis syariat dalam
kehidupan, dan berdoa agar kita diluruskan perjalanan kehidupan kita hingga
sampai ke syurga Allah s.w.t.
ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA
Kenapa syariat ini perlu dituruti? Sudah tentu itu sebagai tanda
Allah s.w.t sayangkan hambaNya. Sedangkan seorang ibu pun kasih anaknya, inikan
pula Allah s.w.t Sang Pencipta yang menciptakan hamba-hambaNya.
Seorang ibu seorang yang penyayang, Allah lagi Maha Penyayang.
APakah Allah ingin membiarkan hamba-hambaNya sesat jalan dalam kehidupan? Sudah
tentu tidak.
Cuma hamba itu sendiri perlu berusaha mengejar keredhaanNya di
setiap penjuru kehidupan. Dan cara yang terbaik adalah dengan mengikuti
al-Quran dan as-Sunnah.
Allah s.w.t berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan
Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya,
maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan
dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan
dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
(Surah Yunus:58)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t kasihkan hambaNya. Dengan
kedatangan al-Quran sebagai petunjuk buat manusia. Apatah lagi buat kita
manusia yang berada di akhir zaman.
KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT SELAMAT
Sudah tentu bilamana kehidupan dunia kita selamat, maka akhirat
kita juga selamat. Dan ia selamat apabila syariat diutamakan dan dilaksanakan.
Mungkin ada dikalangan kita umat Islam yang rasa terbeban dengan
syariat ini, tetapi percayalah tiadalah satu yang Allah ciptakan itu suatu yang
sia-sia dan merugikan.
Pasti ada sebab musababnya.Cuma tinggal kita untuk memahaminya
dnegan baik seterusnya menikmati kehidupan yang penuh bersyariat seperti
orang-orang beriman yang lain.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari
Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan
pahala orang-orang yang beriman.
(Surah ali-Imraan:171)
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Berusahalah
untuk memahami syariat dan laksanakannya dengan baik.
2. Tetap
teguhlah pendirian kita dalam melaksanakan syariat Allah jika kita benar-benar
idamkan pengakhiran yang baik.
3.
Allah
kasihkan orang yang beriamn dan beramal soleh, Tidakkah kita mahukan kasih Allah
s.w.t?
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment