Jubah

Jubah

Tuesday, September 8, 2015

DOA DIKABULKAN: YAKIN PADANYA

DOA DIKABULKAN: YAKIN PADANYA

PENDAHULUAN

Setiap hari sebelum kita memulakan langkah di dalam kehidupan kita, kita akan dahulukan dengan doa. Dan sudah tentu doa yang kita selalu bacakan setiap hari doa yang terbaik buat diri kita, keluarga kita, dan agama kita.

Dan kita juga yakin bahawa doa itu adalah sebagai suntikan motivasi untuk kita berasa lebih yakin bahawa sesuatu urusan kita itu akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Apatah lagi keyakinan itu datang dari firman Allah s.w.t sendiri:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah Ghaafir:60)

Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t menuntut kita untuk sentiasa berdoa kepadaNya. Dan sudah tentu Dia akan kabulkan. Yang penting yakin kepadaNya.

BILA DOA AKAN DIPERKENANKAN?

Yang selalu bermain difikiran kita adalah bilakah Allah akan kabulkan doa dan hajat kita? Dan bilamana persoalan ini diutarakan, maka ada sebahagian kita akan terus berputus asa.

Lebih-lebih lagi dalam urusan kehidupan kita bilamana kita tidak Nampak jalan keluarnya. Sedangkan pada hakikatnya Allah s.w.t itu Maha Mengabulkan Doa.

Dan kadang-kadang kita juga mengharapkan agar Allah s.w.t cepat-cepat kabulkan doa kita. Begitulah sifat manusia yang sentiasa tidak sabar terhadap sesuatu perkara.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Surah al-Baqarah:152)

Jelas pada ayat ini, kita dituntut untuk memohon kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh sabar. Sabar itu sebagai tanda kita ini benar-benar hamba yang bersungguh-sungguh .

DOA DAN SABAR DALAM MENEMPA KEJAYAAN DAN KEUNTUNGAN

Dan sudah pasti di dalam doa harian kita, kita akan berdoa agar Allah s.w.t kurniakan kepada kita kejayaan dan keuntungan yang diberkati di dalam organisasi kita.

Tetapi bilakah doa itu akan dikabulkan dan bagaimana ia akan dikabulkan, tidak perlulah kita khuatir. Letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah azzawajalla.

Apa yang perlu kita buat? Adalah dengan memastikan oeprasi dan pengurusan kita berada di atas landasan syariat.

Dan sudah tentu doa itu akan cepat dikabulkan apabila ia disertai dengan keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

Keimanan dan pengharapan yang sebnar-benarnya dari hamba yang berdoa.

MOHON KEAMPUNAN AGAR TAMBAH YAKIN

Dan sudah pasti kita akan lebih yakin bilaman doa itu disertai dalam keadaan kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t atas segala dosa-dosa kita dan kesilapan kita.

Disebabkan itu doa orang yang sentiasa memohon taubat kepada Allah s.w.t dan sentiasa menyedari kesalahannya, akan mudah dikabulkan kepada Allah s.w.t.

Sentiasalah doa agar diampunkan oleh Allah s.w.t dan diberi hidayah olehNya. Supaya kita ini tergolong orang-orang yang ditunjukkan jalan yang lurus dan golongan yang sentiasa diberikan nikmat.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Surah al-Fatihah:6-7)\

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Yakinlah dengan doa Allah s.w.t bahawa Dia akan kabulkan setiap doa kita.

2.      Pohonlah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.

3.      Iringilah doa kita dalam keadaan kita memohon taubat dan keampunan dariNya.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam



1 comment: