RAMADHAN: SEKOLAH TARBIYAH
PENDAHULUAN
Ramadhan merupakan sekolah tarbiyah yang perlu kita pelajari di dalamnya.
Belajar bagaimana untuk menjadi insan yang soleh.
Dan sudah tentu semester yang kita lalui hanya 1 bulan sahaja. Maka
wajarlah untuk kita mengambil peluang 1 bulan ini dalam membentuk peribadi
akhlak yang baik seterusnya mencapai apa yang dikatakan sebagai “moga-moga kamu
bertaqwa”.
Di dalam madrasah Ramadhan ini, apakah perkara yang kita sedang
tarbiyah kan? Dan apakah hasilnya nanti?
Sudah tentu silibus-silibus tarbiyah yang akan kita lalui berbentuk
ujian. Ujian di mana ia menentukan kita bagaimana diri kita sebenarnya.
SILIBUS PUASA
Di dalam silibus ini, kita akan diuji bagaimana kita menjaga dan
memelihara puasa kita. Jika sebelum ini kita mengambil remeh temeh soal aurat,
soal mulut, soal tingkah laku dan sebagainya, maka silibus ini memainkan
peranan dalam pembentukan syaksiah diri kita ke arah yang lebih baik.
Dan kita perlu berjaya dan selamat melaluinya. Jika tidak kita
hanya mengurangkan pahalanya sahaja dan pada akhirnya kita rugi serugi-ruginya.
Sedangkan misi kita adalah untuk mengumpul markah pahala yang kita
boleh manfaatkannya di akhirat kelak.
Tetapi jika silibus ini kita gagal, maka kita akan gagal bila mana
melalui bulan-bulan lain yang akan datang.
SILIBUS TARAWIKH (QIAM)
Dalam membentuk diri yang lebih rajin dan sihat, maka silibus
seterusnya adalah amalan qiam di bulan Ramadhan iaitu solat sunat tarawikh.
Ujian ini menentukan kita sama ada kita ini sebenarnya rajin
beribadah atau tidak. Dan perlu untuk kita mengambil peluang ini bagi
melatihkan diri agar rajin mengamalkan ibadah-ibadah sunat.
Tidak kisah buat 8 mahupun 21. Yang penting istiqamah. Kerana
istiqamah itulah yang akan membantu kita untuk terus suka membuat amalan-amalan
sunat di kemudian hari.
SILIBUS TADARUS AL-QURAN
Dalam menjadikan diri ini individu berakhlak, maka silibus al-quran
memainkan peranan. Peluang di bulan Ramdhan ini perlu untuk kita rajin membaca
al-quran dan memahami isinya.
Kerana dengan memahaminya, kita mampu untuk menjadi individu yang
akhlaknya adalah akhlak al-Quran.
Berusahalah untuk menajdi seperti Baginda Rasulullah s.a.w di mana
akhlak baginda adalah akhlak al-Quran.
Dan dengan amalan bertadarus ini juga, ia dapat menjadikan kita
sebagai pencinta kepada al-Quran.
SILIBUS SEDEKAH
Dalam usaha menajdikan diri kita ini seorang yang pemurah, maka
silibus sedekah perlu dilalui di bulan Ramadhan ini.
Kadang-kadang kita terlupa adakah kita ini dikalangan orang yang
pemurah. Maka di bulan Ramadhan ini, perlu untuk kita melatih diri untuk
memperbanyakkan sedekah.
Sedekah di bulan Ramadhan pahalanya berganda-ganda. Rugilah kepada
orang yang tidak memanfaatkannya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Jadikan
bulan Ramadhan ini bulan untuk melatih diri agar menjadi lebih baik dan
cemerlang.
2.
Ambillah
manfaat terhadap silibus-silibus yang telah disediakan di madrasah Ramadhan ini
bagi tujuan penambahbaikan pada diri kita sendiri.
3.
Renungkan
“ Jika bulan Ramdahan ini kita gagal berubah ke arah yang lebih baik, pada
masa akan datang keadaan akan tampak lebih sukar di masa akan datang”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment