RAMADHAN: DOA YANG DIMAKBULKAN
PENDAHULUAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan yang padanya
mempunyai keberkatan di sisi Allah S.W.T.
Justeru itu, sebagai individu Muslim yang sentiasa dambakan syurga
Allah s.w.t, maka dengan kedatangan Ramadhan kali ini, dimanfaatkan sepenuh dan
sebaiknya.
Selain kelebihan puasa, Qiam, dan tadarus al-Quran, doa juga adalah
perkara yang sangat penting untuk kita memberi fokus.
Kerana dengan doa, kita dapat mengubah dari negatif kepada positif,
dari ingkar kepada taat, dari keji kepada puji, dari dibenci kepada dicintai.
Sedangkan Allah s.w.t telah berfiman:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia
berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi
perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
serta betul.
(Surah al-Baqarah:186)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t sentiasa dekat dengan
hambaNya. Dan Allah juga akan perkenankan setiap doa hambaNya.
Persoalannya adalah, adakah kita selalu berdoa kepadaNya? Apakah
yang kita doakan? Jika kita berdoa di dalam bahasa Arab, apakah kita faham akan
maknanya? Jika tidak faham, apakah yang perlu kita lakukan bagi memberi kesan
kepada doa yang dibaca?
DOA YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI
Mulakanlah doa kita dengan memohon kepada Allah s.w.t agar diberi
petunjuk dan hidayah. Pernahkah kita berfikir sejenak. Kenapa solat kita gagal
mengubah kita ke arah lebih baik atau diistilahkan sebagai orang yang
benar-benar bertaqwa?
Apakah kita tidak berdoa di dalam solat kita? Atau kita baca doa
dalam keadaan kita tidak tahu apa yang dibaca? Atau solat kita sendiri itu
gagal dilaksanakan dengan baik? Atau apakah kita sendiri tidak solat?
Maka rugilah jika kita ini benar-benar gagal memanfaatkan solat dan
doa dalam kehidupan kita?Dan bertambah rugi bila mana kita gagal memanfaatkannya
ketika di bulan Ramadhan.
Sedangkan kita tahu bahawa di bulan Ramadhan, doa sangat mustajab.
Rasulullah sallahu’alaihi wasallam bersabda:
ثَلَاثَةٌ
لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ
وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak
ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3)
doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)
APAKAH DOA YANG PERLU DIPOHON?
Doalah kepada Allah agar kita diberi hidayah dan petunjuk.
Berdoalah kepada Allah agar Allah tidak pesongkan hati kita dari kebenaran.
Doalah kepada Allah agar diri kita tidak terpesong dari ketaatan.
Berdoalah keapda Allah agar diri kita tidak menjadi hamba yang paling ingkar.
Berdoalah kepada Allah agar Allah memberi kehidupan yang terbaik buat diri
kita.
Berdoalah kepada Allah agar kita ini tergolong di kalangan ahli
syurga. Besarnya peranan doa di dalam kehidupan seseorang.
Tetapi malangnya, sebahagian umat Islam tidak suka berdoa. Dan jika
berdoa, hanya sekadarnya tanpa bersungguh-sungguh. Jika kita tidak berdoa
bersungguh-sungguh maka kita adalah hamba yang sombong.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Jadikanlah
bulan Ramadhan ini bulan yang aktif untuk kita berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t.
2.
Doalah
agar Allah pelihara diri kita dari kesesatan dunia yang apda akhirnya kita akan
tersungkur di pintu syurga.
3. Dekatkan
diri dengan Allah, pohon hidayah dariNya, luahkan isi hati kepadaNya, mengadu
kepadaNya tentang permasalahan kita dengan agama kita dan urusan kehidupan
kita.
4. Bermuhasabahlah
“Apakah kita masih ingin diam membisu atau menadah tangan berdoa dan bermunajat
kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berubah menjadi orang bertaqwa atau
tidak?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment