RAMADHAN:MEMBUKA
LEMBARAN KEHIDUPAN YANG BARU
PENDAHULUAN
Dengan
kedatangan Ramadhan yang Mulia ini, mengubat kerinduan buat orang-orang yang
beriman. Kerana di pentas Ramadhan inilah peluang buat setiap jiwa yang
bernyawa ingin kembali bertaubat kepada Tuhannya.
Ada
sebahagian kita dahulunya menjadi golongan yang paling hebat keingkarannya
kepada Allah s.w.t. Tetapi dengan hadirnya Ramadhan kali ini, ia menjadi sebuah
titik tolak kepada sebuah lembaran yang baharu dalam kehidupan.
Ciri-ciri
orang yang beriman adalah dia sentiasa berusaha untuk menarik perhatian
Tuhannya. Dengan pelbagai cara seperti memperbanyakkan amalan-amalan sunat,
istiqaamah dalam ibadah-ibadah fardhu, memperbanyakkan zikrullah dan
sebagainya.
Bagaiamanakah
cara baginda Rasulullah s.a.w mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t? Apakah
amalan yang selalu dilakukan oleh Baginda?
Maka
inilah yang cuba kita praktikkan dalam kehidupan kita terutamanya dalam kerjaya
kita ini. Menjadikan Ramadhan kali ini sebagai pentas penghijrahan diri ke arah
lebih bertaqwa.
Jika
perubahan kita itu membuatkan Allah dan Rasul gembira, maka itu adalah suatu
yang terbaik dan sempurna.
Maka
wajiblah ke atas kita mengambil peluang ini untuk berubah 360 darjah untuk
menjadi seorang mukmin yang profersional.
LEMBARAN
ORGANISASI PATUH SHARIAH
Seperti
yang kita semua maklum, bahawa kita sedang melangkah lebih laju di dalam
industri perhotelan patuh shariah.
Sudah
tentu makin kita melangkah laju makin dekat kita dengan kejayaan yang sudah
semestinya dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Malah
Allah s.w.t sudah memperingatkan kita tentang kejayaan buat orang-orang yang
beriman. Allah s.w.t berfirman:
Dan
janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan
Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu),
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai
kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(Surah
ali-Imraan:139)
Jelas
bahawa Allah s.w.t memberikan kata-kata motivasi buat kita orang yang beriman
untuk tidak lemah semangat dalam menegakkan syariat Islam.
BUKA
LEMBARAN BARU: DEKATKAN DIRI DENGAN ORANG YANG CINTAKAN TUHANNYA
Bila
mana kita ingin membuka lembaran hidup yang baru dalam kehidupan kita mahupun
dalam kerjaya kita, dekatkanlah diri kita dengan orang-orang yang mencintai
Tuhannya.
Kerana
itu adalah sebaik-baik pendamping. Pendamping atau diistilahkan sebagai sahabat
yang mampu mengingatkan kita tentang Allah, yang mengingatkan kita tentang dosa
pahala, yang mengingatkan kita tentang nikmat syurga dan seksaan api neraka,
yang mengingatkan kita akan janji-janji Allah terhadap orang-orang yang tunduk
dan patuh kepada suruhanNya, dan yang mengingati kita tentang hari Akhirat yang
sudah pasti kekal selamanya.
Dan
jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan
Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka
hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau
mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi
pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan
tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.(Surah
al-Kahfi:28)
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Jadikanlah
Ramadhan kali ini pentas untuk kita menghijrahkan diri ke arah lebih bertaqwa.
2. Dalam
cita-cita kita membawa organisasi kita ke arah patuh Shariah, maka lembaran
kehidupan juga perlu dihijrahkan.
3. Sentiasalah
dekatkan diri dengan orang yang boleh mengingatkan kita tentang Allah dan RasulNya.
4. Bertaubatlah
nescaya kita akan perolehi kejayaan dunia dan kejayaan akhirat.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah aku ingin membuka lembaran baru di bulan Ramadhan pada tahun ini
atau aku akan terus menunggu pada Ramadhan yang akan datang meskipun aku tidak
pasti aku masih hidup atau tidak nanti?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment