RAMADHAN: KEMENANGAN YANG DICARI
PENDAHULUAN
Apakah
kemenangan yang kita cari di dalam bulan ramadhan kali ini? Sebagai individu
Muslim setiap hari kita adalah kemenangan buat kita.
Tetapi
kemenangan yang bagaimanakah yang kita harapkan dan impikan?Sudah tentu
kemenangan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Dan
sudah pasti kemenangan yang kita harapkan adalah dari pertolongan Allah s.w.t.
Sukar untuk mendapat kemenangan tanpa pertolongan Allah.
Allah
s.w.t berfirman:
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan
maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia
mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah
(menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman itu berserah diri.
(Surah
ali-Imraan:160)
KEMENANGAN
MENJADI HAMBA BERTAQWA
Kemenangan
yang kita harapkan di bulan yang mulia ini adalah kemenangan menjadi orang yang
bertaqwa.
Menang
dalam membentuk personaliti yang patuh shariah, menang dalam menjadi insan yang
berakhlak, menang dalam menjadi manusia yang dihormati oleh masyarakat, dan menang
dalam menajdi pemimpin yang disegani oleh rakyat bawahannya.
Inilah
peluang kita di bulan Ramadhan, kita upgrade diri kita ke arah menjadi insan
yang soleh dan solehah.
Kemenangan
yang membawa ke syurga. Kemenangan yang boleh menjadikan kita hamba dan
khalifah yang berguna dan bermanfaat pada dunia.
KEMENANGAN
DALAM PERNIAGAAN
Seperti
yang sedia maklum, kita akan upgrade perniagaan kita ke arah patuh shariah.
Sudah tentu ia menjadi satu fenomena yang baru dan hebat.
Yang
akan menjadi perhatian dunia. Menjadi sebuah hotel patuh shariah, ia akan
menjadi contoh kepada masyarakat luar.
Apabila
pertolongan Allah dan kemenangan itu datang, maka kita akan lihat manusia akan
masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Apabila
datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya
menguasai negeri Makkah), -
Dan
engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka
ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya
Dia amat menerima taubat.
(Surah
An-Nasr:1-3)
Jeals
bahawa bila mana Allah bantu kita dalam mencapai kemenangan, kita akan lihat
orang ramai masuk ke dalam agama Allah (Islam) beramai-ramai).
Di
mana ada syariat, di situ ada kejayaan dan kemenangan.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1.
Berusahalah
mencari kemenangan yang diredhai oleh Allah s.w.t
2.
Kemenangan
dalam menjadikan diri agar lebih bertaqwa.
3.
Kemenangan
dalam perniagaan yang patuh shariah.
4.
Dan
kemenangan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment