PEMBELAAN DAN KEMENANGAN
PENDAHULUAN
Dalam kita melayari kehidupan yang mencabar ini, dalam kita sedang
berusaha memandu kehidupan dan organisasi kita ke arah keredhaan Allah s.w.t,
adakalanya kita akan terasa sedikit penat dan letih.
Malah sampai satu tahap kita akan rasa ingin mengalah. Mengalah
kerana cabaran dan halangan dari anasir-anasir luar sangat kuat dan hebat.
Tetapi percayalah bahawa tiadalah yang lebih hebat dan lebih
berkuasa melainkan Allah S.W.T yang menciptakan, yang menghidupkan dan yang
mematikan.
Apakah ada kuasa lain yang sehebat Allah s.w.t? Sudah tentu tidak.
Maka apakah perlu untuk kita berasa gusar dan khuatir jika apa yang sedang kita
usahakan mendapat halangan dari anasir-anasir luar.
Perhatikanlah sebuah firman Allah s.w.t sebagai galakan buat kita
untuk terus berpendirian teguh di atas syariatNya.
Allah s.w.t berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu
membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan)
dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Surah Muhammad:7)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah s.w.t akan membela buat mereka
yang membela agama Allah s.w.t.
MEMBELA SYARIAT ALLAH DI MUKA BUMI
Selari dengan peranan kita sebagai khalifah, khalifah yang
bertanggungjawab memakmurkan bumi Allah ini, bertanggungjawab dalam memegang
amanah yang diberikan, dan bertanggungjawab dalam menyampaikan kebenaran, maka
sudah tentu ia satu pembelaan yang sangat besar.
Dan sudah tentu dalam menunaikan tanggungjawab tersebut pasti ada
liku-likunya. Dan liku-liku ini perlu dihadapi dengan kekuatan iman yang jitu.
Di mana terdapat Allah di dalam hati.
Tuags sebagai muslim yang mengimani akan kebesaran dan keagungan Allah
s.w.t, serta perutusan para Rasul, maka sudah pasti tanggungjawab dalam membela
agama Allah itu adalah suatu yang wajib bagi kita jika kita benar-benar
inginkan kemenangan.
KEMENANGAN YANG DIJANJIKAN
Berdasarkan firman Allah s.w.t sebentar tadi,Allah menjanjikan
kemenangan. Kemenangan buat mereka yang membela agama Allah s.w.t
Bukankah kemenangan ini yang sedang kita cari? Kemenangan dalam
perniagaan, kemenangan dalam melahirkan organisasi yang berjaya, kemenangan
dalam memberikan kepuasan kepada para tetamu dan pelanggan, kemenangan dalam
mendidik anggota kerja ke arah lebih taat dan patuh terhadap sebuah kepimpinan.
Maka jika kita benar-benar memelihara dan menjaga syariat Allah s.w.t,
sudah tentu kemenangan itu akan datang kepada kita tanpa kita duga.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Berusahalah
untuk membela agama Allah s.w.t walau kita berada di mana sekalipun.
2.
Tetap
teguhlah di atas jalan syariat Islam, jika kita idamkan kemenangan yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.
3.
Janji
Allah itu pasti, maka kejarlah janji itu jika kita benar-benar beriman
kepadaNya.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment